Sunday, 29 September 2013

Apabila si tangan parkinson melukis.

Ni la hasil lukisan potrait yang kedua. Kegigihan si tangan parkinson melukis, hasilnya herot2. Sebelum ni memang tak reti melukis. Dan tak pernah melukis. Pernah try jadi macam apa tah. Imaginasi teruk.
Tapi baru tahu yang sebenarnya tangan parkinson ni boleh lukis gambar. Haha! Beribu-ribu tahniah. Ingatkan tak boleh buat apa.
Ambik masa lama jugak about 3 jam. Lama. Habis masa nak buat homework. Tapi puas hati n bila lukis tadi rasa fedup, kenapa aku mesti lukis? Nak berhenti dah tadi tapi fikir takpelah habiskan jelah. Hurm, jadi jugak la akhirnya. Comel model ni. Haha.
Puas hati n lega dapat lukis, macam dah hilang sekejap resah n assignment bagai. Haha. Sekejap je k. Laa ni risau homework tak siap lagi.
Fighting!

Saturday, 28 September 2013

Aku dibius cinta

Aku dibius cinta? Haha.
Teringat forum bersama Hilal Asyraf, Ust Fatimah Syarha n Salimah Habibi. Org selalu suruh think out of the box, tp out of the box there is another box. Semakin keluarnya kita daripada sesuatu box, masih ada box lain yang belum dijajah. ^_^ Ilmu Allah tu semakin dikaji, semakin banyak n mendalam.

***************************************

Pernah tak anda terfikir
"Kenapalah aku boleh suka dia?" (Nada gelak)
"Mcm mana aku boleh syok kat dia?"
"Ntah papelah. Mcm org bodoh je.."
Macam tu la aku rasa. Dia datang dan pergi dengan sendiri.. tanpa ada hati yang terluka, aku mahupun dia. Dia tak pernah tahu n aku xpernah bgtau.
Tak apalah, selamat.
Malu dengan diri sendiri. Kenapa suka kat dia? Ntah apa2 lah. Pelik bin ajaib sbb dia dtg tiba2 tanpa dijemput dan pergi tanpa dihalang. Perasaan tu seolah2 seperti mengagumi seseorang tapi disalah erti dengan cinta, haha.
Ada orang kata, jangan hina diri sendiri kalau tersuka pada seseorang kerana hakikatnya semua tu adalah takdir Allah. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Jangan rasa malu ataupun rasa "bodoh".
Teruslah menanti Mr/Ms.Right melamar.  :D
N lastly nak tanya. Salahkah mencintai seseorang? Dari sudut islam macam mana?

♥ Cinta lenyap apabila lenyapnya sebab. Cinta teragung sebabnya juga mestilah teragung. Cinta abadi, sebabnya juga mesti abadi. Cintailah kerana Allah kerana apabila kecewa, cinta tidak pudar kerana cinta Allah mengatasi cinta kepada manusia ♥

Ckp pasal cinta memang seronok, boleh buat seseorang rasa bahagia (:
HARD WORK BEATS TALENT, FIGHTING!!

Sunday, 22 September 2013

Sorang2.

Tak tahulah. Rasa sunyi. Rasa alone.
Why.
Hurm. T_T
Kali ni jugak rasa malas sangat nak berniaga. Malas nak cari duit, rajin nak pergi belajar. Huhuhu erm. Seronoknya kalau ada kereta sendiri. Tak perlu bergantung pada orang lain, I really dont like to ask someone.mengharap simpati, aku suka ada barang aku sendiri. Boleh guna sendiri, buat apa2 je.
Kalau hati xsenang boleh ambik angin kat luar. Boleh pergj pantai ke. Ah bestnya. Maybe sbb xdpt swim kut hrni. Tu rasa sedih pilu semacam. Huhuhuhuhu....
Huh. Rasa malas sangat nak belajar, mcm2 rasa. Tadi borak dengan adik. Hilang pulak segala resah n rasa xsenang dlm ht.
Btw, haritu cuba lakar someone yg I minat. Song jae rim. Xsangka jadi sikit. ^_^ first time tu buat. Tapi waktu buat tu kepala pening tapi otak clear. Xde masalah. N focus,..
Haish. Hrni mmg la kan

Thursday, 12 September 2013

Kenapa sukar membentuk tabiat?

Assalamualaikum, banyak sangat isu-isu negara kebelakangan ini. Isu minyak naik, isu syria, isu mesir, n lagi2 dalam paper banyak sangat isu eksiden. tettt.

Bukan nak cakap pasal isu, apa lagi mengolah isu.
Cuma nak habaq kat hang, yang cek dah tak pikiaq pasal jodoh, kawen... (haih berterabur loghat kedah)
Kadang, bila tengok citer2 korea, best plak. aiseh. HAHAHAHAA

tapi tu laa, cek tak habis study lagi. family pun tak bagi, jadi malaih la nak pikiaq ni semua. tak ada gunanya. tiba masa akan kuseru namamu. :D

Okeh bukan tu.

Masuk sem baru, bantal pun baru, pen baru, henfon baru. waw. semua benda nak baru. bilik baru, rumet baru, tudung baru, tuala baru, spend** baru. krik krik.

haha dan juga matlamat yang baru!

Tapi susah saya mahu membentuk disiplin yang baru. Tabiat yang baru. (Selepas duduk membesarkan diri dirumah tanpa buat apa-2) Sangat susah nak bentuk jiwa yang baru.

Alhamdulillah sebelum masuk UIA, pergi kem pembangunan modal insan anjuran bank rakyat kat Port Dickson. 3 hari 3 malam. Seronok! n waktu tu memang membara semangat baru. semangat samurai n semangat AL-Fateh. Terusik minda, namun hanya untuk seketika. Kemudian, ia semakin kabur dan menghilang seperti angin lalu. Di mana semangat itu? Di mana kekuatan dan ketajaman minda seperti Al-Fateh?

Sedikit tentang kem tu.
Waktu tu sangat berkobar2 jawab soalan nak menang. Khusyuk tengok video n penceramah tu, sebab nanti sapa dapat jawab soalan dia bagi 100 dollar untuk satu soalan. (dollar jutaria sahaja T_T) Memang tekun gila dengar. Lepas tu bila nak bagi soalan tu, ha ha, angkat tangan je!! tapi penceramah tu dah boring dgn aku agaknye T_T dia tak nak layan pun aku angkat tangan. hampes.

N waktu tu jugak aku sedikit berani untuk bersuara. bercakap depan orang ramai. memang la malu n takut orang ckp mcm2.. muka pun memg merah habis la bila nak luah  pendapat. n i am different than the real me. betul la org ckp, "i am what i want to show to you." Memang selalu sangat bende ni berlaku, memang ada kala aku tak mahu bersosial dengan orang, adakalanya aku mahu menonjolkan diri, adakalanya jugak aku mahu jadi baik hati n comel, kadang2 nak jadi cool je... macam2. tapi apa sifat sebenar kau? sebab semua tu nampak plastik! krik krik krik. aku je yg tau.....

Kembali kepada Al-Fateh.
Aku memang teruja dengan hero islamik yang tinggi Spiritual Quotient (SQ), Intelligence Quotient (IQ) n Emotional Quotient (EQ) ni. Ustaz kata, nak membentuk IQ, bermula dengan SQ maka akan lahirnya EQ. Taatnya Sultan Muhammad bin Murad 2 kepada Allah, IQ yang tinggi, belajar dan fasih 7 bahasa, EQ yg hebat, diberi ujian yang sangat dahsyat, apabila ramai tenteranya terbunuh, Ahh, macho gila laa.

pss: Fatih Sefaragic dah kawen

xde kaitan. okay bai. Minor in ICT ^^ tapi kelas hari sabtu and ahad 9am-5pm. SABAR. Maintain EQ.

salam petang dari bandar kuantan. pizza. pizza.