Kalam Kalbu

BEST OF THE BEST

"Apabila Allah makbulkan doamu, maka Dia menyayangi kamu. Bila Dia lambat makbulkan doa kamu, maka Dia ingin mengujimu. Dan bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang yang lebih baik buatmu..."
******* 

Bila letih & hilang semangat, ALLAH tahu bahawa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisan berpanjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila merasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, ALLAH setia disisimu. Bila kamu telah mencuba segalanya tetapi masih buntu, ALLAH ada penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, ALLAH ada jawapannya.





"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia turunkan hujan, ribut & petir.. Kita menangis dan bersedih tertanya-tanya kemana hilangnya matahari?? Rupa-rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang INDAH untuk kita."
---------------------------------------- 
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua tu, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


aku mungkin bukan ibu kamu, kakak kamu, adik kamu, seseorang sesiapa untuk kamu.

tapi kalau sudah tidak lagi ada apa2 utk memberikan telinganya,
khabarkan sahaja. aku ada. -fynnjamal

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini. 
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana : Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

No comments:

Post a Comment