Monday, 22 March 2021

Update 2021

 Selepas covid melanda, business aku makin rancak. Ramai orang beli online 😘. Bila aku baca balik blog aku ni, kelakar, bodoh semua ada. Aku rasa teruknya aku dulu 😡


Biasalah pengalaman mengajar erti kehidupan. Manusia sentiasa lakukan kesilapan. Sentiasa maafkan orang lain memang tak mudah tapi bagus untuk diri sendiri. Sebelum ni aku memang simpan dendam. Satu malam, aku maafkan semua orang dan hatiku lebih tenang. Aku let go semuanya... Aku buang semua kenangan pahit. Dan aku mengorak langkah dengan lebih yakin untuk maju kehadapan tanpa bawa semua kepahitan dan kekesalan.


Covid 19 merubah corak kehidupan manusia yang normal. Lockdown buat ramai hilang pekerjaan. Kehidupan sekarang kena struggle. Alpa sekejap boleh jatuh terjunam. Maka, ramai yang bisnes online dan buat part time untuk tambah income.


Tapi rakyat Malaysia memang rakyat yang boros πŸ˜† termasuk aku. Tadi aku pergi ioi putrajaya, ya allah sesak gila nak mati. Sesak dia sama macam sebelum covid. Aku jalan pun selisih orang. Aku nak elak tapi ramai yang jenis tak kisah. Hopefully aku baik-baik sahaja.


Bila balik, keluar je ioi terus masuk simpang ke Putrajaya. Actually, Selangor KL tak boleh masuk Putrajaya sebab Putrajaya bukan PKPB. Dah kalut ingatkan nak u-turn, sekali ada polis jaga masa uturn tu. Diorang suruh berhenti, yang tanya aku tu pakai seragam askar. Tanya aku nak pergi mana.. Aku pun jujur jelah tersalah masuk jalan dan uturn balik pergi ioi. Sebab aku takde idea nak kelentong apa.... And... Jujur is the key...


Askar tu lepaskan je kitorang. πŸ™πŸ™πŸ™ Selamat daripada kena saman 10k. Balik tu rasa selsema dan malam tu aku mimpi budak uia... Yang lama aku tak contact, jadi aku pun ushar ig n fb diorang.. Ada yang ada, ada yg xde ig/fb. Hmm... 5 tahun sudah aku tinggalkan uia. Rasa sekejap je..


Sekarang aku masih struggle dalam kehidupan. Masih struggle dalam bisnes. 😍 Doakan yang terbaik buat aku. 

No comments:

Post a Comment