Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Sunday, 3 January 2016

Cara Daftar Syarikat di SSM KL Sentral dengan Menaiki Transport Awam

Assalamualaikum hi semua.

Alhamdulillah hari khamis yang lalu bersamaan 31 December 2015 aku berjaya daftar syarikat. Aku buat kat KL Sentral. Jenuh aku mencari bangunan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak sangat bangunan aku dah confuse walaupun kat luar KL Sentral je. Berapa kali tah aku tanya orang.

Macam mana nak pergi SSM di KL Sentral dengan transport awam?

1. Gigihkan diri anda menaiki bas, lrt, erl ataupun ktm untuk sampai ke KL Sentral (NU Sentral)
2. Keluar bangunan tu melalui lorong sebelah Chatime. Ada satu je kedai Chatime kat situ or boleh tanya Customer Service dia dekat je dengan kedai Chatime tu
3. Dah keluar nanti anda akan nampak banyak gila bangunan tinggi sampai tak dapat baca pun tu bangunan apa. Haha. Lintas jalan kat sebelah kiri.
4. Lintas jalan guna laluan pejalan kaki. Jangan lupa tekan butang kat traffic light tu. Korang boleh nampak dari jauh ramai orang lintas.
5. Dah lintas, jalan ikut je laluan pejalan kaki berbumbung. Bangunan SSM disebelah kiri anda.
6. Korang akan nampak bangunan tu seperti gambar di bawah


7. Bangunan SSM adalah bangunan yang ada banyak petak2@block kat bangunan tu. (Kedua dari kanan)
8. Dah nampak? Okay so naik tangga ke arah bangunan tu.
9. Kat depan tu ada tulis SSM besar2 tapi pintu masuk utama dia kat belakang. So korang pergi belakang. First korang akan jumpa satu pintu masuk tapi bukan yang tu. Kat depan tu ada beberapa mesin SSM. Kat dalam tu ada lif jugak tapi bangunan tu untuk carpark je. Tak percaya korang masuk naik lif pergi tingkat 14. Tingkat 14 tak wujud. haha
10. So pergi belakang akan jumpa glass door. Bila masuk akan jumpa ATM mesin Bank Rakyat dan kaunter besar2 SSM.
11. Naik lif tingkat 14 disebelah kanan anda.
12. Dah sampai. Nanti ada dua pintu masuk. Pilih bahagian pendaftaran kot. (Part ni aku dah lupa)

Amik nombor giliran anda. Tekan A untuk daftar guna nama sendiri, Tekan B untuk daftar nama tred (nama rekaan). Pastikan borang anda di cek di Kaunter 12 sebelum nombor giliran anda dipanggil.

Document Penting Pendaftaran Syarikat

1. Borang A
2. Borang PNA 42 (Bagi yang menggunakan nama Tred)
3. Salinan IC Pemilik & Rakan Kongsi

*Abaikan Borang PNA 42 sekiranya anda tidak menggunakan nama tred.
**Isi borang dan bawa borang & IC siap2 dari rumah bagi memudahkan proses pendaftaran
**Baca Panduan dan Contoh borang lengkap disini. Sekiranya anda tidak dapat download borang menggunakan link di atas, sila download borang A dan borang PNA 42 disini.

Setelah nombor giliran anda dipanggil dan pembayaran dibuat, sila pergi ke kaunter 12 dan tunggu sehingga nama anda dipanggil. Berikan resit yang anda dapat tadi untuk dicop dan sila semak semula surat pengesahan pendaftaran sekiranya terdapat kesalahan ejaan @ lain2.

**Penting supaya korang tak perlu ke sini lagi untuk tukar. Aku punya ada sikit salah ejaan terus tanya balik kat abg hensem kaunter 12 tu. :P

----------------------------------

Lama jugak tunggu dekat 2 jam untuk uruskan pendaftaran sebab ramai sangat orang haritu.
*Bergantung kepada masa dan ramai orang jugak. Ada yang kata 30 minit je dah siap


Borang PNA42

Resit


Sunday, 19 January 2014

ceritera | aku ada resdung

I am having a very bad sinus. Sebelum ni aku tak percaya yang aku ada resdung. sebab hari tu buat pemeriksaan kulit muka dia kata xbyk sinus. Jadi, conclusion aku buat, aku cuma alah pada habuk, dan cuaca. hakikatnya itu adalah resdung. Tahun lepas & sebelum2nya aku setiap pagi akan bersin tapi sem lepas. tahun lepas........ kesihatan aku bertambah baik. Takde hingus meleleh. Jarang selsema. Aku rasa mungkin sebab sem lepas aku tak pergi swimming langsung! Sebab aku ada baca elakkan swimming waktu selsema. dulu aku selalu. selsema tak selsema aku bantai je.

Tapi tadi aku terkejut bila hingus aku keluar bersama darah. walaupun sikit je... tapi aku risau dan terus search. rupanya tu adalah simptom2 resdung. Maka, aku kena terima hakikat yang aku ada resdung. Dah tau ada resdung, aku pun gatal lah duk search rawatan resdung. Biasa kan rawatan resdung guna asap... Aku pernah la jugak buat beberapa kali. tapi tak selalu. huhu la ni.... aku terfikir pasal HERBALIFE. terdetik aku nak consume herbalife semata-mata untuk resdung. Herbalife kan banyak bonus, dapat kurus, sihat, bertenaga..... tapi sepanjang pengalaman aku, kalau satu ubat/rawatan ni penawar untuk semua sakit....... maka ada sedikit keraguan di situ.

Aku tak tau kenapa aku selalu fikir negatif pasal herbalife. Maybe sebab dia mahal kut. huhu. tu je. Dulu, ada seorang kawan aku ni tak jadi ikut pergi kursus keusahawanan anjuran pihak universiti. Sebaliknya dia menjadi herbalife distributor. Waktu tu aku selalu cakap kat dia, rugi ko x g kem tu.... tapi hakikatnya.... seminar herbalife tu mungkin lebih bagus daripada kursus usahawan yang aku pergi ni... sampai sekarang dia rajin cari orang untuk herbalife. Aku agak terkejut bila mana dia tak malu langsung untuk promote herbalife, and sanggup pergi mall/kedai mana2 n cari orang untuk sebarkan makanan nutrisi (herbalife).

Tapi kini, aku rasa, herbalife is not a bad supplement. tapi diorang marah, ni bukan ubat, bukan supplement  tapi makanan nutrisi. Pada aku sama je. hahahaha. Sebab bilaorang dengar supplement je orang akan lari. jadi dia tukar mind set yang ni makanan nutrisi.

Family aku sampai sekarang tak kaya-2. kayap adalah. Aku sendiri....... bila la nak kaya............ Aku cuma banyak fikir & berangan je tapi tak ada tindakan. n tak ada modal. adui. bila agaknya aku akan berani bertindak... huhu tolong aku. . . . . . . . .

takde orang boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri.


Monday, 14 October 2013

Berhari raya di rumah sendiri. Perasaan itu....

sangat boring dan pelik. banyak pulak menu makanan yang ingin disediakan... kalau balik raya kat kampung dulu tak ada pulak rajin nak masak banyak2.. mungkin terlebih excited sebab first time raya kat rumah sendiri! itulah mak n nenek aku. kat kampung, atuk dah tak ada. rumah tu pulak didiami oleh pakcik aku. Jadi, rasa janggal dan tak berapa selesa bila duduk dirumah "orang".

Menu raya ni lain daripada apa yang selalu buat kat kampung dulu. Menu tetap kat kampung mesti rendang ayam, soto, ketupat, kuah kacang. Tak pernah masak daging sebab keluarga belah ayah aku ramai tak makan daging. Tapi menu kali ni rendang kerang, ayam goreng, ketupat palas n kuah kacang mesti ada (family favourites) hehe.

*****************************

Sambungan Cashflow Quadrant:



Aku selama ni fikir yang Quadrant B - big business ni macam minda seorang usahawan... mengembangkan bisnes, mencipta idea.. tapi salah semua tu. semua tu masih berada dalam quadrant S-Self-employed. Quadrant B ni adalah bisnes yang mana menggunakan masa orang lain dan duit orang lain! Semakin berjaya bisnes, semakin banyak masa free untuk keluarga. Bukan seperti di Quadrant S; Semakin berjaya dan berkembang bisnes, semakin sibuk dan kurang masa. Nampak tak perbezaan Quadrant S & B ? Kalau nampak tu maksudnya ada potensi untuk melangkah ke Quadrant B  (:

Tadi sebelum baca buku Cashflow Quadrant, tersalah set mind n baru rancang nak buat bisnes kad kahwin. tapi idea tu nmpknya kene reject. Nak jadi Quadrant B kene fikir system yang terbaik n the boom macam McDonald. Semua orang boleh buat burger lagi bagus daripada McD tapi tak semua boleh ada sistem yang bagus macam McD.

:) mak panggil buat ketupat palas. see u next time insyaallah.