Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

Copy | Fizik Merungkai Kepentingan Solat Berjemaah



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


credit to Islam Agamaku

Sunday, 3 April 2011

Apa ada pada fries McDonald?

Haha, baru kali ni aku dapat tengok. huiyoo. erm, cume aku a bit tak percaya. tapi korang boleh test sendrik. Mungkin berbeza Malaysia n Inggeris. haha.



Agak2,, die letak ape ek. pelik jugak. more info

Saturday, 2 April 2011

Kenapa langit senja berwarna merah?


Terdapat bebrilion-bilion dust and water particle yang ada kat sekeliling kita. Langit mendapat cahaya daripada matahari itu sendiri. Dan cahaya matahari itu sebenarnya terdiri daripada warna-warna pelangi. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu
(indigo adalah warna campuran biru dan unggu)



Apabila matahari tegak diatas kepala kita, warna merah-jingga-kuning tersebar daripada cahaya matahari dan kita melihat matahari seakan-akan berwarna kuning. Tapi warna hijau-biru-ungu bertindak sebaliknya. Warna-warna ini dipantulkan oleh dust and particle di udara ke langit. Sebab itu langit berwarna biru.



Saat matahari mulai terbenam, cahaya harus melakukan perjalanan jauh melalui atmosfera sebelum sampai kepada anda. Lebih daripada cahaya tercermin dan tersebar. Disebabkan kurang mencapai anda terus, matahari muncul kurang terang. Warna matahari itu sendiri muncul untuk mengubah, pertama untuk oren dan kemudian ke merah.  Hal ini kerana gelombang yang pendek berwarna biru dan hijau lebih banyak tersebar. Hanya  gelombang yang panjang tertinggal dalam direct beam yang mencapai mata anda.
Sun red at sunset

Langit di sekitar matahari terbenam boleh mengambil banyak warna. Paling banyak kejadian terjadi ketika udara mengandungi banyak zarah kecil debu atau air. Zarah ini memantulkan cahaya ke segala arah. Kemudian, kerana beberapa cahaya bergerak ke arah anda, jumlah yang berbeza daripada gelombang yg pendek (biru-hijau-ungu) yang tersebar keluar. Anda melihat gelombang yg lebih panjang (merah-jingga-kuning), dan langit tampak merah, merah muda atau oren.


dan bila malam, langit hitam : kerana tiada cahaya yang dipantulkan daripada matahari. 

waallahualam..

Tuesday, 18 January 2011

Kenapa air tersejat dan hujan?

Hujan itu rahmat.

Ini adalah topik yang baru saya belajar semalam ! interesting...
tatau la nape teringin nak pampang kat sini.. hehe,, saja nak buat revision balik...

Ini adalah topik States of Matter. 


Vaporization = Evaporation.
Ok ceritanya begini, apabila cuaca panas (temperature increase) molekul air akan semakin laju bergerak. Lalu akan mem break (pecahkan) bond between the molecules. (kerana energy molecule tu lagi tinggi daripada attraction force (intermolecular forces). Jadi molekul air akan bercerai berai dan keluar daripada permukaan cecair ke udara. Beginilah rupanya macam mane air boleh tesejat...


Ni pasal condensation (hujan) lakk.
Wahh. Partikel2 dah bebas kat udara... tapi... kalau terlalu banyak (lebih daripada separuh drpd yang asal dah bebas ke udara) partikel2 akan duk rapat2 balik antara satu sama lain.. nama pon condense kan... mestilah particle tu makin banyak.. Jadi ini menyebabkan intermolecular forces antara molekul tadi jadi semakin kuat dan menyebabkan vapour pressure tinggi. Jadi partikel akan bertembung semula dan kembali ke liquid state. (As you know particle liquid (air) duk rapat sikit berbanding particle gas (udara) yang duk jauh2 sangat.

>>> bila molekul tu duk makin rapat antara satu sama lain, jadi state die akan bertukar daripada gas ke liquid. sama macam hujan. daripada awan... dan mendung (condense) dan hujan....
fuhh : susah nak explain
harap paham. taa paham buat2 paham jer.. haha
takdelah.. tak paham tanyalah pd yg pakar... :))


Malaikat diperbuat daripada cahaya, tapi kenapa kita tak nampak?

Salam sahabat semua..
Disini saya ingin berkongsi sedikit keajaiban Allah...
Semalam madam Physics menimbulkan satu persoalan..

"Malaikat diperbuat daripada cahaya.. tapi kenapa kita tak nampak malaikat?"
Dalam fikiran saya dah macam2 sy fikir.. Macam2 jawapan saya dengar dari kawan saya.. sebab kita takleh lihat malaikat laa... malaikat lain dimensi la... malaikat tu spesel laa... Allah xbg tengok lahh... Emm, memg logik jawapan tu.. tapi, fikiran saya dapat menangkap apa jawapannya! hehehe.....

cube teka??

jawapannya :

kerana ELECTROMAGNETIC WAVES !!!

Electromagnetic Waves

Focus on Visible light : 7 spektrum cahaya

Basically, elektromagnetic wave ade 7 : Gamma ray, X-ray, Ultraviolet, Visible light, Infrared, Microwaves, Radio Waves. Setiap gelombang belainan frequency dan wavelength. Ultraviolet merupakan gelombang yang mempunyai frekuensi paling tinggi dan Radio wave sebaliknya.

Tahukah kawan2... sebagai manusia biasa, kita sangat terbatas dalam penglihatan kerana kita hanya mampu melihat gelombang : Visible Light.. Kalau tengok gambar kat atas tu, betapa kecilnya visible light nak dibandingan dengan waves lain..

Jadi oleh itu, percayalah bahawa malaikat tetap ada walaupun kita tak nampak mereka... Mungkin mereka mempunyai frekuensi dan gelombang yang berbeza.. serupa juga dengan binatang seperti semut... adakah kita mendengar apa yang mereka cakap? tak kan jadi..... Belajarlah ilmu sains kerana sains mengungkap setiap kejadian makhluk Allah di bumi.... Wallahualam...