Prosedur sangat mudah. Kawan aku bagitau ada program SL1M pasal IT. Sebab dia dapat daripada emel, jadi aku pun tak tahu laa boleh ke aku emel dia.. haha. Pastu aku emel je cuba nasib.. sebab dia kata first come first serve. Satu hari, dia emel "You have been identified and selected to join blabla... You have to sent the attach form and latest resume". Terkejut sebab terlalu excited sampai nak tulis pun gegar2. hahaha
3 hari aku tak dapat balasan, jadi aku pun emel balik tanya dia dah dapat ke emel aku.. Dia kata don't worry, akan bagi offer letter selepas 14th November. Program start 23 November. Alhamdulillah sangat sebab aku memang nak masuk dalam IT company. Gaji rendah tak apa asalkan aku dapat belajar. Punyalah pulun kan aku. Sob2
Tapi aku musykil, takde interview pulak. Eheh. Kalau nak tahu kan, aku dah terima 4 panggilan interview termasuk TM tapi aku tak pergi. Kenapa aku tak pergi? Satu, jauh kat KL, mak aku tak berapa setuju. Kedua, aku takut T_T. Bayangkanlah dia call aku harini, nak suruh pergi interview esok lusa. Aku tak ready apa-apa.
Oh ya, aku pun dapat panggilan interview SL1M daripada Malaysian Building Society Berhad, MBSB. Kawan aku kata bagus, syarikat besar.. MBSB pun ada offer kakak aku, tapi dia tak pergi sebab dia pregnant. Aku tak pergi pun interview sebab fikir transport and tempat tinggal kat KL. Tambahan aku demam pagi tu. Malam tu dah pening kepala nak pergi ke tak. Ceh, bukan apa, aku tak kisah, tapi family aku kisah. Lagipun, macam mana nak support diri aku sendiri sebab aku takde saving langsung T_T (Ini cuma alasan.. kata hati yang tak nak)
5 bulan aku cari kerja tapi tak pergi interview. Kawan aku yang baru habis belajar dah kerja dah, aku menganggur lagi. Kawan aku kata pergi je interview belum tentu dapat. Biasakan dengan interview. Bagi aku, buat apa pergi interview kalau dah dapat nanti tolak kan? Memandangkan aku tengah jimat cermat sekarang.
Kalau nak apply Khazanah Nasional SL1M Green boleh klik sini..
By the way, aku sekarang tengah cuba buat long term investment. Kalau nak tau pasal "Mesin Duit Autopilot" emel aku nshafiqah.nsf [at] gmail (dot) com. Aku pun tengah cuba-cuba buat duit dengan Amazon.
Lpas join sl1M green, pg mana ek?
ReplyDelete