Sunday, 3 January 2016

Cara Daftar Syarikat di SSM KL Sentral dengan Menaiki Transport Awam

Assalamualaikum hi semua.

Alhamdulillah hari khamis yang lalu bersamaan 31 December 2015 aku berjaya daftar syarikat. Aku buat kat KL Sentral. Jenuh aku mencari bangunan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak sangat bangunan aku dah confuse walaupun kat luar KL Sentral je. Berapa kali tah aku tanya orang.

Macam mana nak pergi SSM di KL Sentral dengan transport awam?

1. Gigihkan diri anda menaiki bas, lrt, erl ataupun ktm untuk sampai ke KL Sentral (NU Sentral)
2. Keluar bangunan tu melalui lorong sebelah Chatime. Ada satu je kedai Chatime kat situ or boleh tanya Customer Service dia dekat je dengan kedai Chatime tu
3. Dah keluar nanti anda akan nampak banyak gila bangunan tinggi sampai tak dapat baca pun tu bangunan apa. Haha. Lintas jalan kat sebelah kiri.
4. Lintas jalan guna laluan pejalan kaki. Jangan lupa tekan butang kat traffic light tu. Korang boleh nampak dari jauh ramai orang lintas.
5. Dah lintas, jalan ikut je laluan pejalan kaki berbumbung. Bangunan SSM disebelah kiri anda.
6. Korang akan nampak bangunan tu seperti gambar di bawah


7. Bangunan SSM adalah bangunan yang ada banyak petak2@block kat bangunan tu. (Kedua dari kanan)
8. Dah nampak? Okay so naik tangga ke arah bangunan tu.
9. Kat depan tu ada tulis SSM besar2 tapi pintu masuk utama dia kat belakang. So korang pergi belakang. First korang akan jumpa satu pintu masuk tapi bukan yang tu. Kat depan tu ada beberapa mesin SSM. Kat dalam tu ada lif jugak tapi bangunan tu untuk carpark je. Tak percaya korang masuk naik lif pergi tingkat 14. Tingkat 14 tak wujud. haha
10. So pergi belakang akan jumpa glass door. Bila masuk akan jumpa ATM mesin Bank Rakyat dan kaunter besar2 SSM.
11. Naik lif tingkat 14 disebelah kanan anda.
12. Dah sampai. Nanti ada dua pintu masuk. Pilih bahagian pendaftaran kot. (Part ni aku dah lupa)

Amik nombor giliran anda. Tekan A untuk daftar guna nama sendiri, Tekan B untuk daftar nama tred (nama rekaan). Pastikan borang anda di cek di Kaunter 12 sebelum nombor giliran anda dipanggil.

Document Penting Pendaftaran Syarikat

1. Borang A
2. Borang PNA 42 (Bagi yang menggunakan nama Tred)
3. Salinan IC Pemilik & Rakan Kongsi

*Abaikan Borang PNA 42 sekiranya anda tidak menggunakan nama tred.
**Isi borang dan bawa borang & IC siap2 dari rumah bagi memudahkan proses pendaftaran
**Baca Panduan dan Contoh borang lengkap disini. Sekiranya anda tidak dapat download borang menggunakan link di atas, sila download borang A dan borang PNA 42 disini.

Setelah nombor giliran anda dipanggil dan pembayaran dibuat, sila pergi ke kaunter 12 dan tunggu sehingga nama anda dipanggil. Berikan resit yang anda dapat tadi untuk dicop dan sila semak semula surat pengesahan pendaftaran sekiranya terdapat kesalahan ejaan @ lain2.

**Penting supaya korang tak perlu ke sini lagi untuk tukar. Aku punya ada sikit salah ejaan terus tanya balik kat abg hensem kaunter 12 tu. :P

----------------------------------

Lama jugak tunggu dekat 2 jam untuk uruskan pendaftaran sebab ramai sangat orang haritu.
*Bergantung kepada masa dan ramai orang jugak. Ada yang kata 30 minit je dah siap


Borang PNA42

Resit


No comments:

Post a Comment