Friday, 28 March 2014

Apa bezanya UIAM dengan universiti yang lain?

Salam, ceria hari ini ya ! walaupun assignment tak siap, walaupun exam dah dekat. keep santai. jangan mudah stress. ^_^ sekarang ni holiday sampai september, tapi rindu pulak pada uia. betapa kuatnya penangannya :P

Kalau belum tahu lagi, saya sebenarnya pelajar UIAM/IIUM Kuantan. Currently degree in Mathematics, future concentration on Computational Mathematics, minor ICT insyaAllah. Nak kongsi sedikit sebanyak apa yang ada di UIA ni khususnya kampus Kuantan. 

APA ISTIMEWANYA IIUM?

1. Kami ada group fb IIUM Online & IIUM Kuantan Chit Chat. Kat situ lah boleh membeli belah, kat situ la isu-isu semasa, perdebatan berlaku, perkongsian maklumat, kat situ juga curahan rasa dan tidak kepuasan hati, kat situ la promote aktiviti dan event. Segala bentuk bahan maklumat, hiburan, iklan dan macam-macam lagi.  tak ni selingan je.

1. Budaya Islamik
Tak tipu, memang kat Uia terserlah budaya islamik terutama di IIUM Kuantan berbanding IIUM Gombak. Hal ini kerana mungkin struktur geografi (maksudnya gombak kan dekat dengan KL, pengaruh sosial yang berleluasa) Berbeza dengan IIUM Kuantan, walaupun Kuantan juga bandar, namun budaya islamik memang sangat terserlah. Memang ada segelintir yang memakai pakaian menjolok mata, tapi tidaklah keterlaluan (ketat, sendat, etc) Perempuan dan lelaki tidak bebas bergaul, hatta di cafe, dalam kelas mahupun di mana-mana. Memang ada segelintir, tapi peratusnya terlalu sedikit. 

2. Event/Organization yang aktif
Memang banyak sangat event, sampai tak sempat nak join semuanya.. Banyak sangat aktiviti, aktiviti ini juga sepenuhnya dikelolai oleh student sendiri. Advisor cuma memantau dan sign je proposal. Event termasuk ceramah, grand event, tournament, discussion. Event tahunan contohnya IKOD, MAIFEST, IIUM Berselawat. Semua event-event ni kebanyakannya open untuk orang luar kecuali tournament, ada yang khusus untuk pelajar uia sahaja. 


3. Student di anak tiri kan.
Ok yang ini agak pelik oii. kenapa? apa sudah jadi? huhu banyak sangat complains daripada student tentang sikap staff yang terlalu-terlalu annoying. Lagi2 kisah pak guard n staff kat admin building. banyak sangat oo Staff tak buat keje, staff tengking student, staff berleter, staff selalu takde, staff lambat wat keje, staff itu staff ini.... Ada pulak dia buat parking untuk staff semua.. student kena parking jauh2 dari library n kulliyah... Sampai kami rasa kami di anak tirikan. ehh. bukan nak suruh manjakan student. tapi student pun ada perasaan and hak weh. kami bayar depa. gaji staff n lecturer guna duit kami jugak... Jangan rasa hebat sangat pegang status staff uia. emo plak. huhu bukan semua staff. segelintir laa. Sampai harini pun aku tak dapat kad siswa aku wehh!!!! dah tahun tiga dah ni...

4. Kosong
Ni aku spesifik kat IIUM Kuantan laa. Bangunan baru banyak sangat dibina. Tapi tapi tapi bangunan kosong weh! Tak nampak budaya taman ilmu pun. Jalan-jalan kat uia memang tak macam jalan kat u lain. kalau malam2 lagi la takde orang pun. ada pun sikit je kat kuliah2. tu pun kalau ada kelas/event. hari lain tak nampak. Kalau siang-siang pun tak ramai yang jalan kaki. student kaya2 bawak kereta. aku je xmampu ag bawak kereta. kalau berminat untuk sedekah kereta sebijik sila contact aku.

5. Saman everywhere
Pak guard memang suka saman-saman orang. kat sini sekali saman RM50. kadang2 dia clamp je. Sekali lagi aku tekan kan, aku takde kereta dan aku tak pernah kene saman. Ni semua aku baca dan lihat complain2 diorang je. HUHU semuanya daripada keyboard warriors. Kadang2 tu..... bila student parking laju je dia saman... tapi kalau staff parking..... boleh plak dia buat tak tau. lagi2 ada satu kes yang staff uia parking kat laluan untuk OKU. Ada gambar dan bukti siap. pergh. OKU + Kereta staff logo UIA siap. Bukan kat UIA Gombak je kes saman ni, kat UIA Kuantan pun apa kurangnya. Kes parking kat mahallah la banyak skali.......

6. Tak ramai student cemerlang
Ehh. termasuk aku. Senang citer kat sini, UIA tak ramai dapat 4-flat. Bukan maksud aku tak pandai cuma result dalam slip je tak cantik. lagi satu boleh tengok jugak budaya budak2 uia ni bukan kaki study. hehe alamak kantoi. Tak semua.. Majoriti memang kaki study. tapi bukan study yang sampai wat research tu. skema sangat. Study2 jugak, korea, anime, idol layan jugak. HEHE.hindustan pun layan skali laa.. Ada beberapa faktor la jugak result kurang cemerlang. Ikut individu jugak. Ada yang malas study, ada jugak sebab lecturer kedekut markah bagi soalan susah2. Ada jugak sebab carry mark rendah. Ada macam2 sebab dan musababnya..

Aku rasa.. entri aku kali ni agak kasar jugak kan
maaflah ye. hehe. tapi tu la nak wat camne. aku cuma bagitau je.
aku tak menyesal duduk kat uia ni
malah aku rasa bersyukur dan bertuah dapat belajar kat sini.
beberapa isu di atas aku tak berapa nak amik kisah sangat.
hidup mesti diteruskan. hahahaha
semua ada hikmahnya.

Sony Cybershot Dsc-W830 Review

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah lama impikan sebuah kamera digital. hehe. Dah lama sangat2 mengidam. Akhirnya (minggu lepas) pergi East Coast Mall pergi beli kamera ni. 3jam kut nak pilih.. sampai tak pergi kelas. tapi puas hati :D


Ni contoh2 gambar yang di ambil :)

Hari pertama testing
Zoom 8x. Cantik kan zoom dia?

Ni gambar yang tak di zoom. Tengok crane yang kecik tu

Waktu ni petang2.. baru lepas hujan. keadaan lembap

petang2 jugak. saja amik gambar langit

susah jugak nak snap gambar dekat sbb focus smpai 5mm je. nasib baik la ni dia tak gerak laju sangat. setelah beberapa attempt..

close up keychain dari korea. XD

Snap dalam kereta bergerak. Otw balik rumah

Waktu ptg kul 1 camtu..

Dalam bilik nak tempah jahit baju kurung. ekekeke

Gambar curi. Nak tengok camera ni boleh tak amik gambar laju2 haha

budak-budak kan memang takleh duduk diam! semua gambar bergerak. nasib comel

I am sad

I am sad..
I am alone..

HUHU

takde orang nak bercerita. takde orang nak berborak
bukan aku takde kawan
tapi aku takde kawan baik
yang tau semua rahsia aku

aku cuma ada sorang yang aku boleh luahkan segalanya
tentang impian aku, cita-cita aku,.
tapi kini dia menyepi
dan aku sendiri

aku rasa lemah
rasa macam hilang tempat bergantung
hilang tempat membebaskan creativiti

banyak benda aku nak buat
bermula dengan business
study
agama
macam-macam

aku rasa tak kuat
nak buat semua impian aku ni
takde orang nak support
takde orang nak bagi galakan
takde orang aku nak bertanya

:(
I am sad
I am alone
i really need support

orang selalu kata
"there's always a woman behind a man"

i think
"there's always a man behind a woman"
is also true

apa pandang2?!