Monday, 30 November 2015

Minggu Pertama - SL1M Green Khazanah Nasional



Ladies only

Sudah hampir seminggu aku menjalani latihan SL1M Green Khazanah Nasional. Pejam celik pejam celik je dah seminggu. Untuk pengetahuan semua, SL1M Green Khazanah Nasional ni mesti cukup 30/31 hari. Kalau tak nanti tak dapat elaun ataupun dapat sikit je. So, WAJIB datang semua aktiviti SL1M. Kehadiran diambil. Weekend pun ada kelas jugak. (Ahad tak tentu, biasanya takde)

Hari Pertama ( 23 November 2015 )

9.00am Check in bilik di The Arc, Cyberjaya (Macam kondo ada swimming pool & gym)
2.00pm Briefing sikit mengenai rules and regulation, insurance & lain-lain

Hari Kedua ( 24th Nov 2015 ) 

Pre Test. Ada 4 jenis test: Managing Change, Entrepreneur, English & IT.
Satu test ada 40-60 soalan. Masa diberi 30-1jam tak silap.

Managing Change: Pandai-pandai google sebab aku memang tak faham & tak pernah dengar
Entrepreneur: Basic laa, mcm...xingat
English: Ada reading & writing. Writing ni essay laa, korang kena ingat format essay. Time aku kena buat surat rasmi complaint. Dah tak ingat langsung macam mana. Masa diberikan agak sedikit. Manfaatkan sebaiknya.
IT: Microsoft Word, Excel, PowerPoint & lain-lain. Vector/Raster, image format n lain-lain

Ini hanya pre-test, jadi korang tak perlu risau sebab akan ada post-test. Test ni untuk ukur berapa banyak improvement korang. Ada assignment & exam la setiap module.

Hari Ketiga & Seterusnya ( 25-28 Nov )

KELAS. Haha. Jangan risau lah, korang punya kelas macam kelas kat universiti dulu-dulu.. hehe jangan risau sebab memang banyak presentation. Seriously. Tak boring langsung. Aktiviti semua best-best & lecturer MMU sangat sporting & warm. Cuak pun hilang.

Kelas ada banyak module antaranya Reading, Writing, Listening, Managing Change, Grooming, Entrepreneur, Multimedia, Leadership n lain-lain. Bagi aku, kelas-kelas dalam SL1M ni sangat padat & complete. Aku rasa macam tak pernah belajar pun masa kat U dulu lagi2 English. Presentation skill pun bertambah. Daripada ketar-ketar boleh nampak improvement dalam diri masing-masing.

Untuk weekend yang lalu, kitorang belajar pasal Leader in You. Yang ni aku akan buat entri khas sebab aku sangat-sangat terkesan dengan module ni.

30 November 2015

Kelas Grooming 1 hari. Korang akan diajar macam mana nak buat body language, make up, attire & inner grooming. Cara duduk dan jalan semasa interview. Cara cakap & body language. Proper attire ikut body type & color cosmetic & pakaian yang sesuai untuk korang. Seronok weh. Time make-up, ladies tempat lain tak campur dengan boys.

Inner grooming ni mempercantik dalaman. Hehe. Macam mana? Seperti idiom "You are what you eat." Pemakanan seimbang sangat penting untuk membina badan yang sihat & kulit yang cantik. The best protein extracted is from plant not animal. Contohnya soya, kacang & lain2. Ikan sekarang, kita tak boleh jamin kualitinya sebab terlalu banyak pollution.

The Arc, Cyberjaya


SL1M Green Khazanah Nasional

1. 1 month skills training, 6 month on the job (ala2 praktikal)
2. Tempat tinggal & transport disediakan tetapi makanan tak disediakan.
3. Elaun RM1500 sebulan ( Next time ada dengar pengurangan )
4. Company tak pasti lagi
5. Kelas 9am - 5pm sahaja.

Antara cabaran aku kena hadapi kat sini ialah makanan kat sini memang mahal belaka. Tak sama macam kat universiti korang dulu. Lepas tu, makanan kat sini memang banyak mamak. Kalau melayu susah sangat nak dapat tapi ada je kat Food Court dekat padang tu. 

Thursday, 12 November 2015

20 Gambar Konvokesyen UIA Paling Unik 2015





 Baru berapa hari yang lepas 7-9 November 2015 berlangsung Konvokesyen UIAM yang ke-31... Maka bermulalah alam pekerjaan kalau tak sambung belajar lagi. Nah nak payung sikit gambar unik budak UIA konvo. Kreatif sangat...






















Monday, 2 November 2015

Sheatdaddy Buat Hal

S**tdaddy hari ni buat aku semak je
Dah beli domain name pastu nak mintak Verification ID.
Time daftar pun tersilap letak info. Mana taw dia mintak ID. Sebelum ni tak pernah pulak.

ZZZ

Habis RM4 aku. DaMNn!!

Burn jelah domain tu buat domain baru. Jangan harap aku nak beli kat godaddy balik. HUHU
Nasib baik RM4 je kot! n nsib baik tak buat advertisement lagi huhu.. Dahla harga terbaru cekik darah. RM66 kot gila mahal!

Nasihat aku jangan beli kat Godady laa. Dah la banyak hidden charge. Privacy pun mahal.


Simplenote Applikasi Memo Terbaik Sync Laptop Dengan Smartphone


H e l l o  November !

Selama ni cari juga applikasi memo apa yang sesuai untuk sync text handphone dengan laptop. Pernah guna Evernote tapi tak minat. So uninstall. Baru-baru ni try lagi cari.. Jumpa simplenote. Senang, ringan dan cepat sync sebab simplenote boleh masuk text je. Gambar, video etc tak boleh.

Sesuai untuk buat memo, research and lain-lain. Sync gambar lambat kan? Kita boleh sync url je.. 

Simplenote boleh log in dekat laptop atau di mana-mana browser. 



Laptop UI
Kelebihan:
- Pantas | Baru tekan Tambah (+) automatic sync terus dekat browser dan smartphone.
- Ringan | Tak perlu data yang banyak untuk sync text
- Simple | User Interfacenya sangat simple tetapi modern
- Search | Boleh cari text yang lama balik
- Pin | Boleh pin memo yang penting
- Tag | Boleh susun post mengikut tag
- Kira Perkataan dan Huruf
- Share & Print
- Publish with URL link
- Available for Android & Apple
- Pin Lock | Kunci Memo anda dengan pin
- Light and Dark Theme
- Tukar Saiz tulisan (Extra small --> Extra large)