Saturday, 5 December 2015

Leader in You - SL1M Khazanah



Sabtu minggu pertama di SL1M Khazanah ni ada module Leader in You. Simple & ringan je pengisiannya tapi aku sangat terkesan. Selama ni, mindset aku "Aku bukan leader, aku tak boleh jadi leader, aku takde bakat jadi leader, aku tak pandai jadi leader etc". Tapi, sampai bila aku nak bawak mindset aku ni. Satu hari nanti aku akan jadi leader untuk anak-anak aku. Mungkin kalau ada rezeki, aku akan jadi leader untuk employee aku.

A leader can be trained.

Selama ni aku ingat leadership ni bakat semulajadi sebab aku memang tak pandai lead orang langsung. Dan bila sekali aku tak dapat bawak, aku dah give up. Madam cakap, leadership cannot be trained over a night. Mungkin perlukan masa sebulan, 2 bulan atau setahun untuk train? 


Dalam module kali ini, madam akan point sapa-sapa je untuk kedepan. Nama aku tak dipanggil. Selamat lagi. Bila buat aktiviti berkumpulan, nama aku dipanggil sekejap untuk lead mission membuat kapal. Madam suruh buat kapal guna straw n salotip. Kitorang buat kapal yang biasa je. haha skema sangat. Yang lain siap buat spaceship lagi. Haha tapi akhirnya, madam puji kitorang banyak. Bagi aku diorang yang wat spaceship lagi bagus sebab boleh fikir di luar kotak.


Tu aktiviti pertama. Aktiviti kedua, kitorang kena pilih 3 daripada barang-barang yang disediakan untuk jatuhkan 3 biji telur daripada level 1 ke bawah tanpa retak dan pecah. huhu. 

Entah macam mana, aku di point oleh ahli-ahli group aku untuk jadi leader. Huhu Tak pernah terfikir pun sepanjang hari tu aku nak jadi leader. Jadi bermulalah kehidupan aku sebagai leader. Leader je buat kerja banyak haha. Adehh. Ada beberapa obstacle & bonus yang dia bagi sepanjang aktiviti tu berlangsung seperti dapat tali tiba2 & kena tambah telur lagi satu. Jadi total 4 telur. huhu. Dan secara mengejutnya, leader setiap group kena tukar! Wuaaa aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku memang tak boleh nak fit in dalam group tu.


Satu sebab idea kitorang berbeza sebab pada asalnya strategi group aku yang lain tak sama dengan diorang. Waktu tu aku cakap dalam hati jelah lebih kurang macam ni.. boleh ke jadi macam ni... Aku tak konfiden dengan diorang. Time tu aku bagi pandangan aku n diorang ikut je.. sampai satu masa tetibe salah sorang group tu cakap tak boleh macam ni... sudah... kenapa tak cakap awal-awal?? T_T Aku stress tetibe. Lepas tu terus tukar strategi lain.

Bila try jatuhkan telur tu sepatutnya ada satu belon, entah macam mana belon tu kempis. Aku tak tahu malas nak tanya. So, telur kitorang yang selamat 2 biji je daripada 4. Aku sedih. Aku salahkan diri aku kenapa aku tukar idea asal diorang. Aku salahkan diri aku sebab tak jadi ketua yang baik. Hari tu aku down sangat-sangat. Haha ditambah lagi dengan khabar angin tutt~~~~ rasa helpless. Kesian kat team aku. Tapi aku rasa kalau belon tu tak kempis, kitorang boleh je selamatkan 4 biji telur tu. Nak buat macam mana takde rezeki T_T