Monday, 22 March 2021

Update 2021

 Selepas covid melanda, business aku makin rancak. Ramai orang beli online 😘. Bila aku baca balik blog aku ni, kelakar, bodoh semua ada. Aku rasa teruknya aku dulu 😵


Biasalah pengalaman mengajar erti kehidupan. Manusia sentiasa lakukan kesilapan. Sentiasa maafkan orang lain memang tak mudah tapi bagus untuk diri sendiri. Sebelum ni aku memang simpan dendam. Satu malam, aku maafkan semua orang dan hatiku lebih tenang. Aku let go semuanya... Aku buang semua kenangan pahit. Dan aku mengorak langkah dengan lebih yakin untuk maju kehadapan tanpa bawa semua kepahitan dan kekesalan.


Covid 19 merubah corak kehidupan manusia yang normal. Lockdown buat ramai hilang pekerjaan. Kehidupan sekarang kena struggle. Alpa sekejap boleh jatuh terjunam. Maka, ramai yang bisnes online dan buat part time untuk tambah income.


Tapi rakyat Malaysia memang rakyat yang boros 😆 termasuk aku. Tadi aku pergi ioi putrajaya, ya allah sesak gila nak mati. Sesak dia sama macam sebelum covid. Aku jalan pun selisih orang. Aku nak elak tapi ramai yang jenis tak kisah. Hopefully aku baik-baik sahaja.


Bila balik, keluar je ioi terus masuk simpang ke Putrajaya. Actually, Selangor KL tak boleh masuk Putrajaya sebab Putrajaya bukan PKPB. Dah kalut ingatkan nak u-turn, sekali ada polis jaga masa uturn tu. Diorang suruh berhenti, yang tanya aku tu pakai seragam askar. Tanya aku nak pergi mana.. Aku pun jujur jelah tersalah masuk jalan dan uturn balik pergi ioi. Sebab aku takde idea nak kelentong apa.... And... Jujur is the key...


Askar tu lepaskan je kitorang. 🙏🙏🙏 Selamat daripada kena saman 10k. Balik tu rasa selsema dan malam tu aku mimpi budak uia... Yang lama aku tak contact, jadi aku pun ushar ig n fb diorang.. Ada yang ada, ada yg xde ig/fb. Hmm... 5 tahun sudah aku tinggalkan uia. Rasa sekejap je..


Sekarang aku masih struggle dalam kehidupan. Masih struggle dalam bisnes. 😍 Doakan yang terbaik buat aku. 

Saturday, 11 June 2016

Jadual Bas Percuma SMART Selangor dari Sepang



Harini aku nak balik rumah aku kat Pekan Sepang. Selangor kan ada buat bas percuma SMART SELANGOR dari ERL Kota Warisan (Salak Tinggi) ke KLIA, KLIA 2, Pekan Sepang, Sungai Pelek dan last sekali Tanjung Sepat. Jadi aku main cuba-cuba je.. Tunggu dan tunggu.. Tak sampai2 😅

Tengah menunggu tiba-tiba muncul bas Selangor Free ni.. Tapi yang tu ke banting. Dia kata ke Sepang,  Sg Pelek bas lain.. Abang bas tu tengok la jadual bas Selangor free ni, alih2 dah lepas kul 12 tengahari tadi. 😅 Bas seterusnya pada pukul 4 petang. Maka taknak tunggu lama.. mak aku pun amiklah kat erl ni..

Dah ada jadual ni senang lah takde tertinggal bas...  😂😂

Ni jadual bas free Selangor ke Tanjung Sepat..


Semoga ada lebih banyak bas free kat selangor.. Takde lah setiap 4 jam... 😂 Apapun bersyukur jugak laa ada bas free..

Wednesday, 2 March 2016

Magnet Hati

Acapkali insan baru akan hadir dalam hidup kita tapi berapa lama agaknya ia akan berada dalam radius perhubungan kita. Ada kalanya ia tersasar sedikit daripada graviti kehidupan kita. Ada yang kembali. Ada juga yang tidak kembali. Untuk insan kerdil seperti aku.. Graviti nucleus hidup aku terlalu rendah sehingga ramai yang tersasar melepasi maksimum koordinat sebuah persahabatan.

Entah.

Aku pun tak tahu

Mungkin aku yang bersalah

Sehingga mereka berjauhan

Mungkin juga nilai kemaafan itu terlalu mahal

Sehingga aku tidak mampu membelinya

Sebab itu aku lepaskan..

Salah aku lagi ke?


Sehinggakan dunia aku seperti ikan di dalam balang kaca. Dikelilingi ramai orang tapi tiada siapa yang boleh masuk ke dunia aku. Dimensi yang berbeza.