Sunday, 30 December 2012

Anakku Sayang

Kerut didahi ayah bersatu
Mempertimbang impian yang lebur
Harta pemangkin segala
Maruah dibakar selamba

Dimana anak soleh yang dahulu
Diajar ilmu, dididik iman
Berteman lunakan Al-Quran
Sebagai panji bergelar dewasa

Sedikit ujian menimpa
Selautan ilmu melimpah
Seolah-olah kau tidak berharga
Agama sudah tidak memberi makna
Kau rasa bahagia tetapi hakikatnya derita
Bahagia yang hanya sementara
Derita yang berpanjangan di alam sana

Anakku,
Ayah sudah tidak mampu
Sudah selesai tugasku menegurmu
Jangan kau heret aku bersamamu
Segalanya terserah padamu..

:'(

Tuesday, 20 November 2012

Cinta Sang Solehah

Hening bayu menerkap wajah Solehah. Laut ungu memberikan cahaya rindu. Dalam diam dia memendam rasa. Dalam diam dia mengarang cinta. <3

#my bad. zaman jahiliyyah..

Kata-kata indah itu bisa
Gurau senda hangat itu luka
Tercipta rindu bukan antara kita
Hanya aku yang mengaku rindu

Rindu padamu biar lama sudah terpisah
Takkan begitu mudah dilanggar ombak
Tegar cintaku mengharap cintamu
Walau jauh hatimu kau bawa pergi

Semalam ungkapanmu bermakna
Bernada merdu memanah kalbu
Getar jiwaku malu memandangmu

Hari ini kau menyepi
Menanti pun kau tetap diam
Bulan berlalu pun masih tetap pendirianmu

Mungkin aku tak lepas ujianmu
Yang mencari zaujah solehah
Untuk santapan akhirat sana

Zara.Zanirah

Subhanallah, Dia yang mencipta cinta.

Matahari Yang Menyubur Bumi

Semalam kusangka angin berduka
Membawa ribut mencemar dunia
Namun suratan yang maha Esa
Kini kumampu menghidu harumnya bunga
Mekar bersama mentari yang ketawa

Jika ditakdirkan malam gelita
Petanda matahari berkubur sepi
Purnama pula hilang tiada ganti
Zuhud duniawi mewarnai kembali
Kehilangan nikmat yang tidak disyukuri

Zara.Zanirah


Menulis tidak susah tetapi berkarya perlu diasah. Biar tajam menusuk kalbu.
Dakwahlah selalu :)

Thursday, 15 November 2012

Bermujahadah zuhud didunia

Subhanallah...
Bumi Palestin bergolak kembali
Warna merah terang dimana-mana
Darah muslimin tidak henti-henti mengalir
Kekejaman Israel semakin tidak terperi

Namun senyuman diwajahmu menenangkan
Syurga yang Allah janjikan kukuh dihati
Syahid itu manis, harum menyubur jiwa
Bahagia menantimu...

Sempena Hijrah 1434 tahun ini,
saya ingin berkomitmen dengan diri
mencari ilmu seperti Imam Syafie
mencakna minda seperti Khalifah Uthman bin Affan

Aminn..

Daripada Ustaz Zaharuddin.
(sumber Sham Kamikaze)

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Sunday, 21 October 2012

Pabila anak kecil berpidato.


Subhanallah. Maha suci Allah yang maha menciptakan langit dan bumi. Hari ini tertonton siri Adik-adikku musim kedua di TV1. Petah sungguh anak-anak kecil itu berpidato. Yang sempat saya tengok Zaki n Jannati. Pidato yang releks tapi amat menyentuh jiwa oleh adik Jannati bertajuk Di Bawah Satu Naungan.. Best.

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah program ini sudah dijalankan di Indonesia sejak lama dahulu. Namun baru kini Malaysia memulakan langkah sedemikian. saya lupa apa nama program tu Sejarah telah membuktikan, Indonesia terlebih dahulu menerima Islam, malah terlalu ramai ulama-ulama dari seberang yang lebih tinggi ilmu agamanya.

Mahupun begitu, dunia sudah berubah. Biarpun Indonesia dikenali Serambi Mekah, namun demikian, panggilan itu kian terhakis. Tapi tak semua. Sebagai contoh : sekolah-sekolah elit di Indonesia kebanyakan : uniform bagi perempuan hanya skirt dan lengan pendek. Seringkali kita lihat dalam filem2 indon. Malah cerita indon juga banyak yang berkisarkan Islam, tapi pelakonnya masih berskirt & tak pakai tudung. (cerita yg masih ditayangkan sekarang ). Wataknya cukup solat & mengagungkan Quran, tetapi : itulah (pakainnya masyaALLAH)

Tak tahu apa nak jadi. Malaysia pon sama jer. Berlakon citer agama tapi kat luar..... ish3 Berbeza lakonannya dengan diri sebenar.

Tuesday, 4 September 2012

Small phone , big feature.

Xperia Mini St15
Handphone ni dah pakai dekat 10 bulan. Sangat2 smart actually (kalau xpakai cover). Walaupun kecik, tapi henfon ni 1ghz n 512mb ram. Processor power tu pasal cepat makan bateri. Ni bukan henfon x10 mini tau. henfon ni screen size dia lgi besar. Pe pun, best pakai ni. walaupun rasa nak upgrade je ke Arc S. sebab screen besar best laa. huhu. herm.harga sekarang pun dah jatuh rm400-500 boleh dapat.

kenapa aku suka sony ericsson (xperia)? 

  1. Sound best. ada walkman player,
  2. Processor power.
  3. Screen cantik.
  4. Design cool.
  5. Murah ( Harga berbaloi dengan feature) 
  6. sebab handphone first w200i. sony jugak, hehe


tapi sony + sony ericsson lack

  1. camera kabur & noise (nak banding dengan galaxy s2) better +100 pergi beli camera sebijik. hehh
  2. xberapa lasak macam nokia. boleh baling kat anjing.
  3. xde

yang paling best
handphone kesayanganku ini sudah pun unlock bootloader (walaupun warranty ori belum habis)
selamat ber root & xde brick

kadang ase nak letgo je.
nak arc s.
sesapa anak orang kaya hulur la henset arc s sebijik.
huhuhu

tunggu la 2 thun lagi ke . hehh


Sunday, 19 February 2012

Thx ipanel

Salam u all, almaklumlah sekarang sibuk siket, yela kan, baru masuk kampus :P
hehe. eh eh. da lame xbukak ipanel. so, ipanel jadi lagi tak skarang>? woo. mestilah masih ada. Tadi baru buat survey dapat 900mata. waaa. N baru je tebus 30rgt tadi. hehe :P Bile lagi agaknye boleh dapat ek... HAHA. i luv u i panel.... muah3.. duduk buat survey je boleh dapat duit. erm, sminggu skali bukak. 5minit jer. Tak payah bazir masa berlama2 kat ipanel ni. hehe.

Kakak haritu baru je join. memula die tak caye tau. saya dah dapat kat ipanel ni dekat RM200 dah. tak banyak. tapi dapat jugak kan. sekarang ni pon nk pakai duit byk. aduh. broadband nak beli lagi. duit ptptn tak masuk lagi. so sekarang kakak saya sibuk la dengan survey die. macam2 dia masuk. HAHA. bleh katakan die ketinggalan zaman laa. hehe.

UPDATES.
sekarang boleh tebus ipanel tanpa kos *free* kalau dulu nak tebus 500mata+100cas = RM5. sekarang 500+0 cas =RM5. so untung la kan :) hehe. survey tak lame. tadi amik masa 5minit je.. HUHU. anyway like like. hehe. boleh add saya kat facebook yer :P thx all. 

reg here : http://my.ipanelonline.com/register.html?inviter_id=627383