Thursday, 30 January 2014

Sekarang aku patung, tapi esok aku fairy.

Untuk memuliakan islam di mata dunia, aku perlu memuliakan diri aku sebagai penuntut ilmu. Dengan ini, aku perlu cuba semaksima mungkin untuk berjuang memerah malam pekat untuk mengisi otak yang kosong. Ilmu bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperoleh. Sebaliknya sikap sabar, tekun dan usaha itu yang sangat sukar diterapkan dalam diriku.
Memandang isu muslim yang murtad, hati bergetar menahan marah, namun aku hanya umpama patung yang tidak mampu melakukan apa-apa. Melihat kezaliman tentera yahudi ke atas saudaraku sendiri, sayu pilu dan geram dihati. Tapi kakiku hanya kaku. Tidak ada apa yang aku mampu lakukan untuk mereka! Kalau aku ada duit, aku sudah lama membebaskan tanah2 penduduk Islam. Kalau aku ada kuasa, sudah lama aku sematkan keadilan.
Tapi....
Aku tidak mampu melakukan apa-apa.
Jauh diluar bidang kuasa aku.
Tidak terdaya aku memautnya.
Ilmu.
Dengan ilmu, aku pastu boleh memberi manfaat untuk orang lain.
Kejayaan tanpa kegagalan umpama menang tanpa lawan.
Kegagalan aku hari ini. Akan aku semadikan buat pesanan dan pedoman untuk membuahkan satu kejayaan kelak.
Aku adalah penuntut ilmu.
Mencari ilmu untuk membela umat Islam.
Mencari ilmu untuk menegakkan agama Islam.
Masa masih belum berakhir.
30 Januari 2014 @ 11:53pm

Result gempak tak terkata

Wah, tak sangka sangat, result sem ni gempak2 terutama SMS2411. Terlalu tinggi sampai kena repeat paper. HOHO.

Thursday, 23 January 2014

Diet atkin | Mampukah aku?

Dalam hati, siapa yang tak mahu jadi kurus n sihat?

Aku pun nak... tapi... godaan itu....
Nasi,... aku tak boleh hidup sehari... kecuali kalau makan chicken chop hari2 takpelah jugak.
Sob sob.
Kalau makan egg roll pun best jugak.

Hurm, kalau boleh masak sendiri,...

Xpelah. Nak try jugak start cuti sem ni. Banyak perubahan nak buat.

1. Diet
2. Study
3. Jaga muka
4. Jaga kebersihan
5. Kurangkan main game
6. Kurangkan tengok cerita (ni memang susah sangat)
7. Tak payah pikir bisnes!!

Nak sesuatu, kita kene korbankan sesuatu.

Sem ni.. target nak jadi pelajar cemerlang.

Hmm. Of course i can ! (Kata2 semangat)

Nak tampal kat bilik kata2 semangat ni. Hehehh.

Ok bai
*mesin jahit xsampai lagi. Maybe sampai esok kot. Hoho lambat gler..

Sunday, 19 January 2014

Mengimpikan sebuah mesin jahit

Review | Global Sewing Machine GSM-505
paling murah aku jumpa kat lazada

Aku dah usha mesin jahit ni lama dah. sampai dah 2 kali dia restock. Nasib baik kali ni aku sempat beli. Malam jumaat hari tu aku beli mesin ni. lepas aku beli, stok tinggal 4 je. esok pagi aku tengok tinggal satu.. tengahari aku tengok dah out of stock dah.

Hehe, terpaksa pinjam duit kakak aku dulu. Duit aku dalam asb. :P Tak sabar nak tunggu mesin ni sampai. Setakat ni dah 3 kali la aku beli daripada lazada. 1st aku beli note 8, 2nd, aku beli sony mp3... n third aku beli mesin jahit ni  :) so far, aku trust lazada.

 Haha, mula la aku berangan jahit baju sendiri, seluar sendiri, kain sendiri. HA HA HA. tapi aku takdelah fikir nak buat duit guna mesin ni. cuma nak jahit baju n seluar aku yang koyak....

Haish. 

Apa kelebihan mesin ni? 

1. MURAH.
Aku tengok mesin jahit brothers n singer n yang lain2 semua mahal. beratus2, beriban2. Disebabkan aku beginner, jadi aku beli yang murah je ni dulu. Kalau aku dah pro, baru aku upgrade.

2. BANYAK FUNCTION
Boleh nampak kan ada banyak jahitan boleh jahit.. bukan setakat jahitan lurus je, tapi ada macam2 jahitan. Lepas tu dia ada jugak led(lampu), ada cutter, ada drawer.. n ada jugak disediakan foot pedal. press je... Dia jugak ad reverse sewing, tak macam mesin jahit lama nenek aku ni, kena terbalikkan baju.. aish.

3. BERAT & SAIZ
Berat yang dinyatakan adalah 4.5kg, jadi, aku rasa oklah takdelah ringan sangat. So, nak jahit tu akan rasa utuh la xgerak2... Saiz dia pun tak delah mini sangat n tak besar sangat.. 31cm panjang. 

Aku harap, aku gembira la dengan mesin ni nanti, sebab aku tengok review2 orang yang guna ni hepi je...



Hope video ni dapat bagi inspirasi korang untuk menjahit :)



 Hope dapat tiba dengan cepatnya. 

ceritera | aku ada resdung

I am having a very bad sinus. Sebelum ni aku tak percaya yang aku ada resdung. sebab hari tu buat pemeriksaan kulit muka dia kata xbyk sinus. Jadi, conclusion aku buat, aku cuma alah pada habuk, dan cuaca. hakikatnya itu adalah resdung. Tahun lepas & sebelum2nya aku setiap pagi akan bersin tapi sem lepas. tahun lepas........ kesihatan aku bertambah baik. Takde hingus meleleh. Jarang selsema. Aku rasa mungkin sebab sem lepas aku tak pergi swimming langsung! Sebab aku ada baca elakkan swimming waktu selsema. dulu aku selalu. selsema tak selsema aku bantai je.

Tapi tadi aku terkejut bila hingus aku keluar bersama darah. walaupun sikit je... tapi aku risau dan terus search. rupanya tu adalah simptom2 resdung. Maka, aku kena terima hakikat yang aku ada resdung. Dah tau ada resdung, aku pun gatal lah duk search rawatan resdung. Biasa kan rawatan resdung guna asap... Aku pernah la jugak buat beberapa kali. tapi tak selalu. huhu la ni.... aku terfikir pasal HERBALIFE. terdetik aku nak consume herbalife semata-mata untuk resdung. Herbalife kan banyak bonus, dapat kurus, sihat, bertenaga..... tapi sepanjang pengalaman aku, kalau satu ubat/rawatan ni penawar untuk semua sakit....... maka ada sedikit keraguan di situ.

Aku tak tau kenapa aku selalu fikir negatif pasal herbalife. Maybe sebab dia mahal kut. huhu. tu je. Dulu, ada seorang kawan aku ni tak jadi ikut pergi kursus keusahawanan anjuran pihak universiti. Sebaliknya dia menjadi herbalife distributor. Waktu tu aku selalu cakap kat dia, rugi ko x g kem tu.... tapi hakikatnya.... seminar herbalife tu mungkin lebih bagus daripada kursus usahawan yang aku pergi ni... sampai sekarang dia rajin cari orang untuk herbalife. Aku agak terkejut bila mana dia tak malu langsung untuk promote herbalife, and sanggup pergi mall/kedai mana2 n cari orang untuk sebarkan makanan nutrisi (herbalife).

Tapi kini, aku rasa, herbalife is not a bad supplement. tapi diorang marah, ni bukan ubat, bukan supplement  tapi makanan nutrisi. Pada aku sama je. hahahaha. Sebab bilaorang dengar supplement je orang akan lari. jadi dia tukar mind set yang ni makanan nutrisi.

Family aku sampai sekarang tak kaya-2. kayap adalah. Aku sendiri....... bila la nak kaya............ Aku cuma banyak fikir & berangan je tapi tak ada tindakan. n tak ada modal. adui. bila agaknya aku akan berani bertindak... huhu tolong aku. . . . . . . . .

takde orang boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri.