paling murah aku jumpa kat lazada |
Hehe, terpaksa pinjam duit kakak aku dulu. Duit aku dalam asb. :P Tak sabar nak tunggu mesin ni sampai. Setakat ni dah 3 kali la aku beli daripada lazada. 1st aku beli note 8, 2nd, aku beli sony mp3... n third aku beli mesin jahit ni :) so far, aku trust lazada.
Haha, mula la aku berangan jahit baju sendiri, seluar sendiri, kain sendiri. HA HA HA. tapi aku takdelah fikir nak buat duit guna mesin ni. cuma nak jahit baju n seluar aku yang koyak....
Haish.
Apa kelebihan mesin ni?
1. MURAH.
Aku tengok mesin jahit brothers n singer n yang lain2 semua mahal. beratus2, beriban2. Disebabkan aku beginner, jadi aku beli yang murah je ni dulu. Kalau aku dah pro, baru aku upgrade.
2. BANYAK FUNCTION
Boleh nampak kan ada banyak jahitan boleh jahit.. bukan setakat jahitan lurus je, tapi ada macam2 jahitan. Lepas tu dia ada jugak led(lampu), ada cutter, ada drawer.. n ada jugak disediakan foot pedal. press je... Dia jugak ad reverse sewing, tak macam mesin jahit lama nenek aku ni, kena terbalikkan baju.. aish.
3. BERAT & SAIZ
Berat yang dinyatakan adalah 4.5kg, jadi, aku rasa oklah takdelah ringan sangat. So, nak jahit tu akan rasa utuh la xgerak2... Saiz dia pun tak delah mini sangat n tak besar sangat.. 31cm panjang.
Aku harap, aku gembira la dengan mesin ni nanti, sebab aku tengok review2 orang yang guna ni hepi je...
Hope video ni dapat bagi inspirasi korang untuk menjahit :)
Hope dapat tiba dengan cepatnya.
No comments:
Post a Comment