Salam sayang dari fasha.. Sori sgt2 xsmpt nak update smlm. Semalam ada majlis restu. jd taa sempat nak update. Mggu ni sibuk cket. Jumaat-Sabtu-Ahad ni fasha taa dpt menaip sebab BTN !! Biro Tata Negara. BTN ni memg wajib untuk semua student. Lebeh kurang mcm PLKN la gak kot. Penat lahh nanti.
Erm, ape jer? Ntahla. Tu jer nak gtau. Jadi tak payah la dtg belog fasha 3hari ni sebab takkan ade post baru. huhu. okeyhla. nak stadi probability. ptg ni quiz. c u next week !!!
hehe penat tau buat. dekat sejam gak.. ahakk.. alhamdulillah jadi.
Besznye..... hehe...
********
Tadi saya belajar optic ( lens and mirror )
semalam belajar RLC Circuit ( Resistance, Inductance and Capacitance )
Persoalan : Suara siapakah yang akan sampai dulu kepada AHMAD ? A atau B ?
Clue : Frequency suara A lebih tinggi dari frequency suara B.
...........
anda pasti ?
...........
kenapa bukan yang lagi satu ??
...........
jawapannya..
...........
sama !
kenapa? kerana : frekuensi takde kaitan pun dengan kecepatan bunyi bergerak kui3 biarpun besar atau kecik frekuensi sesuatu bunyi tu, speed die sama jer... hahahahahaha !!!!
p/s : saya tatau pon frekuensi sebenar suara manusia ! :P (tadi tu main hentam ja ! ^^)
********
& shh : polis ade frekuensi berlainan tau dengan frekuensi komunikasi yang lain (etc : telekom, maxis, celcom )
jadi : kita tatau apa frekuensi polis untuk berkomunikasi.... :)
add info :
Jangkauan Frekuensi yang dapat didengar (audible frequency range) oleh manusia berkisar antara 20 Hz – 20.000 Hz.
Infrasonic adalah suara dibawah 15 Hz
Ultrasonic adalah frekuensi suara dibawah Audible >20 000 Hz
Supersonic adalah frekuensi suara diatas kecepatan suara. (Tatau lah mcm mne. taa blaja lg.. :P)
Haha ! Wow ! Mungkin pelik bagi anda, kerana Malaysia belum ada kes lagi bercerai (tak tau la kalau ada, tp minor la kot) Berita bila ntah. kawan saya kata tadi, Facebook, laman sesawang yang digilai tak kira tua muda, telah membuatkan 30% penceraian di US kerana facebook .
Peguam yang mengendalikan urusan penceraian (Divorce lawyer) kata, melalui facebook, banyak pasangan menipu pasangannya. Tambahan pula, sumber daripada firma guaman, 1/5 daripada petition penceraian adalah facebook.
Mark Keenan, Managing Director of Divorce-Online berkata :
"Saya telah mendengar daripada kakitangan saya bahawa ada ramai orang mengatakan bahawa mereka telah menemui hal-hal tentang rakan mereka di Facebook dan saya memutuskan untuk melihat betapa lazim itu dan saya benar-benar terkejut melihat 20 peratus dari seluruh tuntutan yang mengandungi rujukan kepada Facebook."
Seorang wanita berusia 35 tahun malah mendapati dirinya diceraikan melalui facebook !
( Memanglah facebook connecting people.. haha)
Lagi taa boleh belah bile :
Suami isteri yang dah boring dengan pasangan mereka cari menggunakan reaunion site (facebook la) untuk cari kekasih lama atau kekasih pertama diorang dolu-dolu kala . kah3
Persidangan organizer Emma Brady bingung bila dia membaca bahawa pernikahannya sudah berakhir ketika Neil Brady mengemaskini statusnya di halaman page nya: "Neil Brady telah berakhir pernikahannya dengan Emma Brady"
*********
Tadi kitorang buat praktis speaking test skejap. tetibe kawan saya lah bangkitkan tajuk ni sebab ada kumpulan yang dapat tajuk pasal facebook.
Cuak la sesangat sampai cakap pon tergagap gagap. takpelah. asalkan dah habis !
hooray !!!!
and tadi kitorang dapat tajuk :
should we make our own decision in life?
Memula bingung. Ohh ! adeyh nasib baik boleh respon. tapi dorang (kawan2 saya la) memang hebat speaking la ! wah syabas untuk wawa, peje n zati. gambatte !
Adeyh,, tajuk die agak pelik.. hehe sebenarnya,, tadi saya tengah stadi,, tapi disebabkan terbuai dengan nafsu nak layan lagu.. habis kemana study ! ahak. Anyway xpelah. Alhamdulillah gak. sebab tadi saya layan lagu nasyid.. jadi semakin insaflah... insyaAllah.. doakanlah saya istiqamah dalam membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. InsyaAllah.
Alhamdulillah, dapat gak saya tulis. Sebenarnya tadi saya hayati lagu Menanti Di Barzakh alunan kumpulan Far East. Alhamdulillah saya sedar kembali setelah sekian lama hanyut dalam dunia ni... Ni saya nak kongsi lagu ni.. Besz gak tau... paling besz kalo dengar sorang2, waktu malam, di tempat yang gelap. Insya Allah hati kita akan terang. (Sebelum ni gelap jer,, karat lagi.. hehe)
Inilah dia.. presenting..
Mati itu pasti.
Menanti Di Barzakh.,
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata..
Astaghfirullahal Azim... Ya Allah ampunkan dosaku.... Tiada penyesalan lagi setelah ke dunia abadi... Harap2 mati kita dalam keadaan yang baik. Insya Allah..
Oh its quite bad today. I'm a bit confusing about the question where they ask the magnetic field of parallel wire.. I dont know what is the radius. Whether 0.6 or 0.12 Arghh!!! Why i need to have this problem... What a small thing. HUh ! Anyway, just now my friend ask me to take MUET form, but i am confusing whether to take it at my U or near my place. Erm, my sister said to take it outside the u because, it will be quite tough to get good band because of the high reputation of my u..
However, till now, i cant still write or speak better in English. I even still not yet exempted for level 6. The due date for speaking test is this 25th Jan ! Oh my God, next week lol. Tuesday. And for the writing test will be on 9th Feb. Ouch. I shall get headache for the two next week. My final sem examination will be begin on 14th Feb. Valentine Day. Haha,, I will be going to have date with my lovely examination paper (Understanding Islam). It will be interesting. haha lol.
Herm, saya dalam dilema nak balik minggu ni ker x.. dah 3minggu tau tak balik... huhu.. siblings laintak balik pon.. tp kesian la kat mak.. mesti beliau rindu giler.. keh3 lagipon takde sape kat rumah. adeq kat skola asrama sume,, kakak lak kat UPSI. tinggal adek yg barudarjah satu tu jer.. hehe...
ish2 ni boleh lah blanje big apple ni.. xde org pon kat rumah.. hehe.. asek big apple jer.. lain la plak.. pizza ker.. huhu..sedap gak.. nyum3.. oklah guys.. nak tengok drama (Personal Taste ni) lagi satu episod jer.. bye2
salam..
pss: teringin nak masuk contest mural untuk mahallah... tp xreti :(
Ini adalah topik yang baru saya belajar semalam ! interesting...
tatau la nape teringin nak pampang kat sini.. hehe,, saja nak buat revision balik...
Ini adalah topik States of Matter.
Vaporization = Evaporation. Ok ceritanya begini, apabila cuaca panas (temperature increase) molekul air akan semakin laju bergerak. Lalu akan mem break (pecahkan) bond between the molecules. (kerana energy molecule tu lagi tinggi daripada attraction force (intermolecular forces). Jadi molekul air akan bercerai berai dan keluar daripada permukaan cecair ke udara. Beginilah rupanya macam mane air boleh tesejat...
Ni pasal condensation (hujan) lakk. Wahh. Partikel2 dah bebas kat udara... tapi... kalau terlalu banyak (lebih daripada separuh drpd yang asal dah bebas ke udara) partikel2 akan duk rapat2 balik antara satu sama lain.. nama pon condense kan... mestilah particle tu makin banyak.. Jadi ini menyebabkan intermolecular forces antara molekul tadi jadi semakin kuat dan menyebabkan vapour pressure tinggi. Jadi partikel akan bertembung semula dan kembali ke liquid state. (As you know particle liquid (air) duk rapat sikit berbanding particle gas (udara) yang duk jauh2 sangat. >>> bila molekul tu duk makin rapat antara satu sama lain, jadi state die akan bertukar daripada gas ke liquid. sama macam hujan. daripada awan... dan mendung (condense) dan hujan....
Salam sahabat semua..
Disini saya ingin berkongsi sedikit keajaiban Allah...
Semalam madam Physics menimbulkan satu persoalan..
"Malaikat diperbuat daripada cahaya.. tapi kenapa kita tak nampak malaikat?"
Dalam fikiran saya dah macam2 sy fikir.. Macam2 jawapan saya dengar dari kawan saya.. sebab kita takleh lihat malaikat laa... malaikat lain dimensi la... malaikat tu spesel laa... Allah xbg tengok lahh... Emm, memg logik jawapan tu.. tapi, fikiran saya dapat menangkap apa jawapannya! hehehe.....
cube teka??
jawapannya :
kerana ELECTROMAGNETIC WAVES !!!
Electromagnetic Waves
Focus on Visible light : 7 spektrum cahaya
Basically, elektromagnetic wave ade 7 : Gamma ray, X-ray, Ultraviolet, Visible light, Infrared, Microwaves, Radio Waves. Setiap gelombang belainan frequency dan wavelength. Ultraviolet merupakan gelombang yang mempunyai frekuensi paling tinggi dan Radio wave sebaliknya.
Tahukah kawan2... sebagai manusia biasa, kita sangat terbatas dalam penglihatan kerana kita hanya mampu melihat gelombang : Visible Light.. Kalau tengok gambar kat atas tu, betapa kecilnya visible light nak dibandingan dengan waves lain..
Jadi oleh itu, percayalah bahawa malaikat tetap ada walaupun kita tak nampak mereka... Mungkin mereka mempunyai frekuensi dan gelombang yang berbeza.. serupa juga dengan binatang seperti semut... adakah kita mendengar apa yang mereka cakap? tak kan jadi..... Belajarlah ilmu sains kerana sains mengungkap setiap kejadian makhluk Allah di bumi.... Wallahualam...
1. Pandang ke cermin dan senyumlah ! kerana efficiency untuk anda mendapat semua ilmu yang anda pelajari pada hari itu bergantung kepada mood anda !
2. Mulakan langkah keluar daripada bilik dengan bacaan basmalah. ( 'Bismillahir rahmanir rahim' ).
Puja dan pujilah Allah dan niatlah "Aku pergi ke kelas/kuliah hari ini untuk belajar kerana Allah Taala."
3. Ambillah sarapan kerana siapa yang tidak bersarapan maka : kelembapan otak beliau adalah seperti orang tua.
4. Apabila penat berjalan dan menaiki tangga : gerakkan ibu jari kaki anda : ke atas, bawah, kiri, kanan,pusing2 ker... : serupa macam bius la... (menahan rasa penat tersebut)
5. Kalau ngantuk dalam kuliah/kelas,
cubalah pejamkan mata anda sekejap... gerakkan bola mata anda ke atas, kebawah, ke kiri dan ke kanan. Kemudian gerakkan bola mata anda mengikut arah jam. Senaman ini juga bleh menajamkan mata anda !
6. Focus ! kajian menunjukkan pelajar2 yang berjaya di Malaysia : fokus semasa guru/lecturer mengajar. (Dalam hadis juga ada mengatakan. " apabila kamu mahu mempelajari sesuatu ilmu, belajarlah daripada seorang guru : bukan sebuah buku :) "
7. Last tips ! ini memerlukan sedikit effort dari anda : Hadis nabi (Peace be upon him) : Apabila puteri Rasulullah menemui baginda untuk mecari khidmat khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah, baginda membalas :
"Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Ini sahaja saya dapat berkongsi sedikit ilmu yang saya amalkan. Sekian, selamat mencuba !!!