Monday, 12 September 2011

Nak tunjuk Hebat la sangat...


Glub. Glub. Glub. HAHA. "Nia pun boleh selam..", terkejut beruk bukan main lagi family reoysus. Masing-masing terkedu, muka macam jumpa alien.


*************

"Yeeha ! Suasana hotel kat sini memang nyaman. Besz je angin dia, angin bayu.. Oh angin, hadirkan dirimu setiap saat agar diriku tak kesunyian." . Pintu beranda dibuka. Ms reoysus tak sabar menikmati percutian 4 hari ni. Hotel Flamingo menjadi destinasi keluarganya. Baginya, bukan selalu dapat pergi hotel mahal2 macam ni. Dari atas, kolam renang berbentuk infiniti terpampang di setiap penjuru matanya. Sungguh mata ciptaan Ilahi bukanlah dikuasai penuh olehnya. Pasti ada batasan. 

Sudah menjadi kelaziman, setiap percutian di hotel, pasti keluarga Mak Long & Ibu ikut sekali. Oleh itu, percutian kali ni memang meriah. Kak Wawa, kakak sepupunya turut serta. Dalam usia masih mentah (darjah 3) ms reoysus sudah pandai menilai baik buruk, sudah pandai menilai cinta. Lebih tepat lagi, sudah pandai meminati lelaki. HAHAHA. 

Bagi dirinya, kolam renang menjadi aset utama sesebuah hotel. Pantas sahaja kakinya melunjur memijak air tawar (air kolam renang laa). Tak sah kalau tak mandi swimming pool. Along agak takut bermain air. Kak wa memang hantu air. 

"Ok petang ni set, kita mandi kolam renang okay. Kalau ramai orang, kita biar dia pergi dulu. Dah takde orang baru kita masuk.", kak Wa adalah yang tertua, mula memainkan peranan sebagai ketua. Ms reoysus & along cuma mengangguk. 

Strategi kak wa berjalan dengan lancar. Orang ramai sudah semakin berkurangan. Tanpa membuang masa, butang lif bertanda G ditekan. Kolam renang terletak di tingkat bawah sekali,, kolam renang biasanya memang menjadi hiasan di hadapan pintu utama hotel. Ekoran risau akan keselamatan anak-anak dara tak cukup umur sekalian, nenek akan pantau dari sudut kolam renang. 

"Kak wa tak nak masuk kolam renang yang dalam tu ke ?", biasalah hotel kan ada dua kolam renang, satu untuk budak-budak, satu lagi untuk orang dewasa. Balas kak wa "Akak tak cukup tinggi lagi la. Tak sampai kaki nak cecah bawah. Tapi akak nak try la." Ms reoysus hanya melihat kak wa  dah turun ke renang kolam yang dalam tu. "Jom la along & osus. Tak dalam sangat pun." Along tak berani, terus masuk kolam renang kanak-kanak. Ms reoysus lak tak tau nak pilih mana satu. Betul ke tak dalam ni, kang tak pasal2 lemas kang... Sia-sia cuti sekolah tahun ni.

Hmm, mana satu ya nak ikut ni.. 

Tengah sibuk memikirkan persoalan yang tak terungkai, tiba-tiba, Nia terjun ke kolam renang yang dalam tu. 


SEMUA PANIK

Nia baru 6 tahun.


SEMUA TERPAKU

Kepala Nia tenggelam.


TERSEDAR

Mak dah kelam kabut pergi dapatkan Nia.


Kak Wa yang masih kat dalam tu pun cepat2 selamatkan Nia.


Ya Allah ya Tuhanku, macam mana ni. Selamatkanlah cucuku... Nenek tak putus berdoa.

Ms reoysus pulak, baru je nak pergi dapatkan Nia, kakWa dah tarik dia ke tepi. Yang lain sibuk tarik Nia ke atas. Masa tu memang kabut, dahlah Nia tu tak reti berenang + tak penah masuk kolam renang pon. 

Awan kelabu menutup pancaran matahari. Keadaan begitu tenang di langit. Berbeza dengan keadaan di kolam renang. Riuh rendahnya suara-suara bergema terpantul di setiap penjuru hotel. Nasib baik tak ramai orang, kalau ramai lagi kecoh.

Suara-suara memanggil Nia terhenti tatkala Nia membuka mata dan tersenyum. "Nia pun boleh menyelam." 

TERKEDU LAGI

hah ? apakah ?

TERSEDAR

"Ya Allah boleh dia selamba aje, kita punyalah kelam kabut bagai nak rak selamatkan dia, rupanya dia sengaja je..." Kak wa melontarkan suara tak puas hati. Semua orang speechless sambil buat muka takde reaksi. Tak tahu reaksi muka bengang ke, risau ke, lega ke, campur baur, maka jadilah muka monyet. heh. 

Dalam hati Ms reoysus, Lerrrr.......... Taulah kitorang selalu lumba siapa menyelam paling lama, dia pun nak jugak..... 

Bila dah pastikan keadaan Nia selamat, semua orang pecah ketawa. "Apalah ko ni Nia, buat kitorang suspens je tau, ingat ko betul2 la lemas.. Kalau nak lumba sekali bagitau jelah.." Along ketuk bahu Nia. Mak pulak sambung. "Lain kali jangan buat macam ni lagi, risau mak dengan nenek tau... " Nia balas sambil tersengih, "Alah.. Nia pun terror menyelam..." KETAWA LAGI.

bla bla bla

macam tu la. bila balik bilik je, kepoh suasana macam pasar malam. semua berebut nak bercerita kisah Nia. Abah & Pak Long & yg lain gelak jelah.....


MEMANG TAKKAN LUPA SAMPAI BILA2.


moral of the stories :
kalau rasa nak tunjuk lagak pun pada2 la, jangan sampai orang risaukan kita. & jangan tiru aksi sedemikian di mana-mana hotel di Malaysia / di rumah sendiri.

No comments:

Post a Comment