Sunday, 30 June 2013

Amali Lesen L


Haha, dah lama la jugak benda ni..
Belajar Amali sorang2.. dengan cikgu RK. (indian)
Mula2 dia ajar bukak n pasang tayar. Dia tanya nak belajar tak.. nanti senang.. Aku cakap, kalau nak ajar pun boleh... Pastu dia pun suruh la aku bukak nat n tayar tu. piston tu pulak aku naik n turunkan sendiri. penat wo. first time kan. semua dia suruh buat sendiri T_T. tapi takpe.. nanti senang..

Teringat pulak kes tayar pancit waktu outing haritu. malam2 lak tu. memula rasa cam gedegang gedegung.. kereta tak best je jalan... pastu tetbe orang bagi signal kat tayar. rupanya tayar pancit. time tu semua tak tahu nak buat apa. si syera n una pergi tanya pakcik polis tu, ingat boleh la mintak tolong.. rupanya harem. sekali, ada sorang pakcik botak ni, sempoi je.. tapi dia tolong kitorang... daripada pakcik polis tu... huhuhuhu (kawan aku syera ni ayah dia polis, jadi mesti dia terasa kut).

ok lepas tu uncle RK ni start ajar memandu.. dia suruh aku bawak... belajar control stereng yang berat tu. nak belok je kene cepat2 pusing stereng. mampus T_T. lenguh2 tangan n badan balik rumah

lepas dah boleh control tu dia terus ajar test jpj... ni baru amali kot. belum pun dapat L lagi.. huhuhuhu... naik bukit,, berapa kali aku brake xmasuk petak kuning tu.. apsal tah. takut sangat agaknya. hahaha

3 penjuru plak, banyak kali dia ajar suruh slow.. time tu xreti lagi control clush. ni dah reti dah... hehe n side parking, yang ni okey la gak.. tapi tak perfect lagi... ada jugak yang aku tak ingat. hahaha. sorry cikgu, aku slow sket. yela, dia pergi ajar gilir2.. mana nak ingat. lepas naik bukit, side parking pastu 3penjuru... ulang balik tiga2 tu... cuba ajar satu2 dlu,,baru la sng masuk.. huhu

cerita pasal uncle RK ni, dia dah pencen dah, tapi dia xleh duk diam, muka pun nampak mcm 40an lagi. rambut hitam lagi. hehe. aku tanya la apa rahsianya... dia kata dia jaga makan... pastu dia salu g gym dlu.. bagusla unlce. maintain cool.. hehe,,, banyak dia bagi tips nak lulus ujian jpj... banyak dia letak tanda2 tertentu..hehe macam garisan hitam, kuning n mcm2 lagi.. pastu dia kata, dia baru je tanam pokok kat depan tu.. untuk side parking. hahaha. tambah lagi, dia cakap, ramai orang melayu nak suruh dia ajar. sbb semua lulus.. aku harap pun lulus la nnt.. haha.

cuma malas nak g kelas pertama... nanti dlu la... huhu takut lupa... tapi kalau leh nak habiskan 4jam sebelum puasa... nanti takdelah penat sangat. huhuhu. nanti raya lagi mesti dah xingat. huhuhu kalau test before raya leh tak.... :D

sekian sahaja. selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)

No comments:

Post a Comment