Tuesday, 23 July 2013

Poligami lagi dan lagi

suami: abang nak kahwin lagi satu boleh x yank.
isteri: boleh je abg nk madukan ayg...... tapi.....
suami: tapi apa?
isteri: madukan dgn kereta, bola ke. tu ayg benarkan.

^_^

----------------------------------------------------------

kalau tanya aku sanggup poligami x? Aku sanggup! Tapi. Poligami yang benar jalannya. bukan poligami yang menghuru-harakan keadaan, memutuskan silaturrahim! Poligami?


Kita boleh tengok sesetengah suami berpoligami tapi tanpa pengetahuan isteri, keluarga terutama ibu bapa. Poligami disyariatkan untuk menjalin silaturrahim atau niat ingin menolong bukan kerana nafsu semata-mata. Apa yang paling menyedihkan, perkahwinan "kedua", "ketiga" mahupun "keempat" tidak sampai ke pengetahuan ibu bapa, mahupun isteri. Lagi menyedihkan apabila perkahwinan di rahsiakan sehingga sanggup bernikah di Siam.

Nikah di Siam bukanlah perkara manis, malah diragui. Apakah kita benar2 yakin bahawa tok kadi itu adalah tok kadi yang sah? Banyak masalah yang bakal timbul. Pernah ada kes di mana perkahwinan yang hampir 10 tahun lamanya dijatuhkan hakim tidak sah. Bagaimana dengan hubungan mereka sampai anak dah tiga? Hal ini akan menimbulkan banyak masalah terutama tentang nasab dan keturunan anak-anak. Apabila anak-anak sudah dewasa, siapa yang akan menjadi wali mereka?

Saya ada pengalaman tentang saudara rapat saya di mana, perkahwinan itu dijalankan hanya di sebelah pihak sahaja yang hadir. Manakala sebelah pihak (belah lelaki) tidak hadir. Malah, isteri barunya itu tidak pula berjumpa dengan ibu mertua atas sebab perkahwinan yang dirancang tanpa pengetahuan keluarga. Sedikit sebanyak kita boleh lihat seperti ada unsur perkelahian dan hubungan mesra tidak terjalin antara ibu bapa mertua dan isteri. Sedangkan poligami sepatutnya meraptkan hubungan silaturrahim! Kahwin bukan sekadar dengan anak, tapi kahwin dengan ibu bapa dan keluarganya sekali!

Saya tidak dapat menerima lelaki yang sebegini. Berkahwin atas dasar pengecut, tidak bermaruah dan tidak ada tanggungjawab dalam diri. Tambah lagi lelaki yang tidak punya harta yang cukup dan tidak dapat berlaku adil antara isteri-isterinya. Memang proses poligami itu mudah, tapi amanah dan tanggungjawab itu dua kali beban yang ditanggung. Seeloknya, jika iman di dada belum mantap, pergi masjid pun sekali je seminggu, duit dipoket belum penuh, dapur tak menyala, tak payah la berangan nak poligami. Seolah-olah menempah tiket ke neraka. (kasaq bahasa. haha)

Apa-apa pun aku tidak anti-poligami, malah aku terima sekiranya madu aku itu akhlaknya lebih baik daripada aku, ilmu agamanya lebih tinggi drpd aku, bahasanya juga semanis madu. Dia boleh bimbing aku :D ada jugak kawan yang boleh menjadi rujukan dan teman permainan. :P takyah susah-susah nak jaga suami. sebab ada orang boleh jagakan. hak hak.

31 July ada test jpj. harap lah lulus. raya dah boleh bawak kete.



No comments:

Post a Comment