Friday, 30 October 2015

Mesiniaga Internship Program

gambar sekadar hiasan
Hi salam, ni entri kedua untuk hari ini. Baru lepas update entri pasal SL1M tadi. Selepas beberapa minit terima call daripada Mesiniaga untuk hadir ke interview. Sebelum ni dia tanya available tak lagi? Dengan eksited aku jawab ya. Hari ni dia call lagi untuk interview. Manager dia available 3hb untuk interview.

Tanpa berfikir panjang aku terus tolak sebab dah dapat SL1M. Bila lepas aku tolak baru aku menyesal kenapa tak fikir betul2... Sebenarnya aku terharu + sorry dekat mesiniaga.. Sorry sangat2.. Dia kata kalau ada kawan2 nak join habaq jelah.. emel kat mesiniaga terus k. Aku dengar dia suara dia macam sedih dan kecewa je. Sorry ye awak. Bukan saya taknak, tapi saya dah pilih SL1M dulu.

Kalau berminat boleh hantar resume terus laa bersama tujuan anda ya.. Dalam website dia kata open bila-bila masa pengambilan internship. Kalau korang betul2 minat bidang ni (Dia tawar kat aku IT, tapi SL1M aku dapat pun IT jugak) boleh la emel serta merta tanpa berfikir panjang. Mesiniaga ni syarikat terkemuka, ada rezeki boleh diserap terus jadi pekerja tetap.

>> Mesiniaga Internship

Aku tanya kawan aku pasal SL1M. Apa kelebihan SL1M ni. Dia kata on the job training. Kiranya kita bekerja sambil belajar dan dia tak lepas tangan membiarkan kita terkontang-kanting keseorangan. Dia ajar softskill supaya diri kita jadi lebih bermutu dan senang diambil bekerja nanti.

Kenapa aku pilih SL1M daripada internship?

1. Tempat tinggal dan makanan disediakan
2. Kurang cost sara hidup
3. Ilmu softskill
4. Tempat dekat dengan rumah (bukan anak mak tapi..)

Itu antara faktor aku memilih SL1M daripada mesiniaga. Kalau ada peluang lepas SL1M aku mintak la kerja dengan mesiniaga... boleh tak? Boleh laa.. pleasee. Ok dah hujan ni kena tutup laptop. See you later. bye.

** Aliff Syahmi yang call aku. Baru jumpa profile dia dekat linkedin

Khazanah Nasional SL1M GREEN Programme Related to IT


Hi, alhamdulillah beberapa hari yang lalu dapat emel daripada SL1M GREEN SECRETARIAT untuk join program Khazanah Nasional SL1M GREEN Programme. Jangan tanya aku apa beza SL1M biasa dengan SL1M GREEN dengan GEMS. Orang kata GEMS ni salah satu program SL1M daripada Khazanah Nasional. Aku pun tak tahu apa bezanya.. Kalau tahu nanti aku update.

Prosedur sangat mudah. Kawan aku bagitau ada program SL1M pasal IT. Sebab dia dapat daripada emel, jadi aku pun tak tahu laa boleh ke aku emel dia.. haha. Pastu aku emel je cuba nasib.. sebab dia kata first come first serve. Satu hari, dia emel "You have been identified and selected to join blabla... You have to sent the attach form and latest resume". Terkejut sebab terlalu excited sampai nak tulis pun gegar2. hahaha

3 hari aku tak dapat balasan, jadi aku pun emel balik tanya dia dah dapat ke emel aku.. Dia kata don't worry, akan bagi offer letter selepas 14th November. Program start 23 November. Alhamdulillah sangat sebab aku memang nak masuk dalam IT company. Gaji rendah tak apa asalkan aku dapat belajar. Punyalah pulun kan aku. Sob2

Tapi aku musykil, takde interview pulak. Eheh. Kalau nak tahu kan, aku dah terima 4 panggilan interview termasuk TM tapi aku tak pergi. Kenapa aku tak pergi? Satu, jauh kat KL, mak aku tak berapa setuju. Kedua, aku takut T_T. Bayangkanlah dia call aku harini, nak suruh pergi interview esok lusa. Aku tak ready apa-apa.

Oh ya, aku pun dapat panggilan interview SL1M daripada Malaysian Building Society Berhad, MBSB. Kawan aku kata bagus, syarikat besar.. MBSB pun ada offer kakak aku, tapi dia tak pergi sebab dia pregnant. Aku tak pergi pun interview sebab fikir transport and tempat tinggal kat KL. Tambahan aku demam pagi tu. Malam tu dah pening kepala nak pergi ke tak. Ceh, bukan apa, aku tak kisah, tapi family aku kisah. Lagipun, macam mana nak support diri aku sendiri sebab aku takde saving langsung T_T (Ini cuma alasan.. kata hati yang tak nak)

5 bulan aku cari kerja tapi tak pergi interview. Kawan aku yang baru habis belajar dah kerja dah, aku menganggur lagi. Kawan aku kata pergi je interview belum tentu dapat. Biasakan dengan interview. Bagi aku, buat apa pergi interview kalau dah dapat nanti tolak kan? Memandangkan aku tengah jimat cermat sekarang.

Kalau nak apply Khazanah Nasional SL1M Green boleh klik sini..

By the way, aku sekarang tengah cuba buat long term investment. Kalau nak tau pasal "Mesin Duit Autopilot" emel aku nshafiqah.nsf [at] gmail (dot) com. Aku pun tengah cuba-cuba buat duit dengan Amazon.


Wednesday, 21 October 2015

Cara Setting Margin di Blog

ANNYEONG HASEYO..

Harini saya nak bagitau cara setting margin di blog.

Margin tu jarak luar kotak. Contohnya?
margin: 20px;
margin: 20px 10px;
margin: 10px 0 20px 20px;
margin-top: 5px;
margin-left: 30px;
margin-top: 40px;
margin-bottom: 200px;

Kita selalu nampak code yang kita copy paste ada margin, padding dan lain-lain. Tapi dalam entri kali ini saya khususkan untuk margin sahaja. Margin dan padding adalah lebih kurang sama cuma bezanya margin jarak diluar kotak dan padding jarak di dalam kotak.



Margin memang biasa digunakan oleh para designer web. Banyak juga code yang saya gunakan mempunyai margin. Margin boleh jadi margin kiri, kanan, atas dan bawah. Sila lihat warna tulisan dan code untuk lihat perbezaan dengan lebih tepat.

1. Margin semua atas, bawah, kiri, kanan sama nilai
margin: 10px;

2. Margin atas dan bawah - kiri dan kanan
margin: 10px 30px;

3. Margin atas - kanan dan kiri - bawah
margin: 20px 30px 20px;

4. Margin atas - kanan - bawah - kiri (Arah pusingan jam)
margin: 10px 5px 0 40px;

5. Margin atas sahaja
margin-top: 10px;

6. Margin kanan sahaja
margin-right: 10px;

7. Margin kiri sahaja
margin-left: 10px;

8. Margin bawah sahaja
margin-bottom:10px;

Dah faham bagaimana margin berfungsi? Lepas ni anda boleh edit sendiri CSS anda!! Selamat mencuba.. Padding pun lebih kurang sama dengan margin codenya... Anda cuma perlu tukar margin kepada padding

Sunday, 18 October 2015

Tutorial Buat Kotak DIY sendiri

ANNYEONG HASEYO..

Hi kawan-kawan. Pernah tak anda teringin nak buat kotak sendiri. Tapi tak tahu macam mana? Saya nak bagitau cara paling senang dan simple untuk buat kotak DIY sendiri. Macam-macam jenis kotak boleh buat. Anda cuma tinggal print je.. Haa mudah sangat kan?



Nampak cantik kan? Boleh guna kertas apa-apa pun. Senang sangat.

Macam mana? Cuma pergi ke TemplateMaker.nl

Kemudian, pilih sahaja kotak yang mana anda berkenan. Kotak bentuk love pun ada..



Contohnya saya nak kotak bentuk love... hee

Saya cuma perlu edit panjang, lebar dan tingginya sahaja.

Width (Lebar) = 10cm

Length (Panjang) = 12cm

Height (Tinggi) = 5cm

KLIK CREATE!

Anda akan download filenya dalam bentuk pdf. Seusai download, teruslah print. Dah siap print, gunting dan gam sahaja :)

* Pastikan anda menggunakan scale (skala) 100% sebelum print untuk memastikan panjang dan lebar sama dengan yang anda inginkan.



Beginilah hasilnya sesudah anda klik create. Apa lagi, print je... 

Selamat mencuba :)

Lagu Jepun Yang Boleh Menaikkan Bulu Roma Anda

ANNYEONG HASEYO..

Lagu ini diambil daripada sebuah movie Jepun bertajuk 'Laputa' - Castle in the Sky. Kemudian ia dimainkan dalam bentuk okestra diconduct oleh Joe Hisaishi bersama 800 ahli di Budokan di Jepun. Bukan lagunya sahaja yang sedap, bahkan liriknya juga cukup bermakna. Lagu ni sangat terkenal bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh dunia.




Lagu ni juga menjadi favourite saya ketika di musim peperiksaan atau waktu down. Time tengah tension, sedih, kecewa, frust dan down, memang sesuai sangat main lagu ni. Dengarlah dan anda dapat rasakan auranya. Jangan lupa kuatkan sikit biar bagi goosebump!


Ni liriknya, tapi dalam bahasa inggeris jelah..

Within those glittering lights on the horizon,
you must be hiding somewhere.
When I see those twinkling stars
I feel nostalgic because
I know you are in one of them.

Let's set out,
pack a bag with
a piece of bread,
a knife, a lamp,

The passion that my father left me,
That look that my mother gave me.

The earth is spinning, concealing you
Your eyes are shining in the glittering light
The earth is spinning, carrying you
carrying us who shall meet someday.

This passion is that my father gave me,
That look my mother gave me.

The earth is spinning, concealing you
Your eyes are shining in the glittering light
The earth is spinning, carrying you,
carrying us who shall meet someday.

Saturday, 17 October 2015

Akhirnya Dunu Pulang ke Pangkuan Keluarganya

ANNYEONG HASEYO..





Hari ini, Dunu, seekor kucing betina meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun hanya 3 minggu berada di rumahku, tapi dia membawa seri dalam rumahku. Dunu dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar sebab takut hilang. Takut orang jual dia. Sejak dua tiga hari ni dia mula mencari jantan. Pantang pintu terbuka je mula la nak kejar jantan. Pada awalnya kami ingat dia bunting tapi sekarang tidak menunjukkan lagi tanda buntingnya itu. 




Kalau dulu dia cukup marah bila dipegang perutnya. Kini tidak lagi... Dia semakin manja... dan tidak kisah langsung dipegang dimana-mana. Oleh sebab kemanjaan dia yang melampau dua tiga hari ni yang buat aku rasa sedih sangat untuk tinggalkan dia sampai aku rasa nak menangis tadi bila dia masuk kereta nak pergi Selayang balik. Semua orang sayang nak pulangkan dia balik.. tapi takut hilang sebab bukan owner kucing sebenar... Kalau kucing sendiri tak kisah nak lepaskan kat luar pun.

Dunu kuat makan dan tidak memilih langsung. Semua yang diberi dia makan. Keropok, jajan, pisang, roti, kuih semua dia makan. Dia suka makan roti n of course ikan. Dia jugak suka minum susu. Hari-hari kerja dia tidur sebab tak tau nak buat apa. Dahla tidur terkangkang. haha.

Biarlah dia balik ke Selayang balik. Kat sana ada anak-anak dia.. Ada saudara, sahabat dan kekasih lama dia. Huhu. Kekasih baru kat sini tak tau lah macam mana.. Takde jodoh nak buat macam mana kan? Haha.


T_T Dunu, semoga kau tidak lupakan aku seperti mana aku tidak melupakan engkau.


Tutorial Edit Blockquote dan Hover Blockquote

ANNYEONG HASEYO..

Hari ni saya nak ajar cara edit blockquote & hover blockquote.

Senang sangat. Apa yang anda perlu cuma sedikit ilmu mengenai CSS. Ada banyak code CSS yang anda boleh pelajari sebagai contoh di W3schools atau Codecademy. Hover blockquote ni berfungsi apabila anda menghalakan cursor anda ke blockquote anda.


1. Pergi ke Dashboard > Template > Customise

2. Klik Advanced > Add CSS (Bawah sekali)

3. Copy code di bawah ini

Untuk Edit Blockquote
blockquote{
background: #ebf3f6;
padding: 6px 20px;
font-family: 'Calibri', 'sax mono';
font-size: 14px;
margin-right: 40px;
text-shadow: 0px 0px 1px #999;
}

Untuk Edit Hover Blockquote
blockquote:hover {
background: #fff;
border-left: 10px solid #ebf3f6;
text-shadow: 0px 0px 0px;
}
          ** Pastikan anda edit diruang yang berwarna merah sahaja..

4. Kemudian paste ke dalam kotak Add custom CSS



5. Klik Apply to Blog


Biar saya terangkan sedikit sebanyak ya :)

background: #ebf3f6; <-- Tukar warna background. Nak background gambar tukar dengan url("url-di-sini");

padding: 6px 20px; <-- Tukar jarak antara tulisan dan blockquote kiri kanan (6px) dan atas bawah (20px)

font-family: 'Calibri', 'sax mono'; <-- Tukar tulisan.

font-size: 14px; <-- Tukar saiz tulisan

margin-right: 40px; <-- Tukar jarak antara blockquote dengan ruang entri anda sebelah kanan.

text-shadow: 0px 0px 1px #999; <-- Bayang-bayang tulisan (atas bawah - kiri kanan - saiz - warna)


*Untuk tukar warna, boleh pilih warna disini atau disini.


Contoh blockquote bersama code:

Copy code dibawah ini jika inginkan blockquote anda seperti ini

blockquote{
background: #ffc5bd;
border-radius: 30px 0px 30px 0px;
border-bottom: 5px dotted #bd9dad;
padding: 10px 20px;
margin-right: 100px;
}


Copy code dibawah ini jika inginkan blockquote anda seperti ini

blockquote{
background: #acf0f7;
border: 3px dashed #985b3c;
padding: 10px 20px;
}


Copy code dibawah ini jika inginkan blockquote anda seperti ini

blockquote{
background-image: url('http://media.tumblr.com/a00053bd291f520cdd64961428e6db7b/tumblr_inline_mkfot29QK61roozkr.gif');
background-size: 45px;
background-repeat: no-repeat;
padding-left: 55px;
}


Copy code dibawah ini jika inginkan blockquote anda seperti ini

blockquote{
background-image: url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHWpAzV3ekjQrm3ZJ5aQkbu-2sT1yUthYmrY2nML40kOjN6C60Y7a-f3XQn92FCYzACMfpXT6xJL1vLHQQ7-rPao0G6q8w5HTMNgrLcbCvAJzAGqLHHRaUI7T9Adfhyd0-BAnjrok46DQ/s1600/divider3.gif');
background-repeat: no-repeat;
padding-top: 55px;
}

Selamat mencuba!

Friday, 16 October 2015

Cara Bina Laman Web Ecommerce Menggunakan Opencart

ANNYEONG HASEYO..

Beribu-ribu tahniah untuk anda kerana dapat ilmu ini secara percuma sahaja. Pada entri kali ini, saya ingin mengajar anda cara membuat laman web ecommerce anda sendiri.  Entri ini mungkin panjang, tapi saya akan cuba pendekkan atau bahagikan beberapa bahagian.

Ada 2 benda penting yang wajib ada untuk bina website. Domain name dan hosting. Domain name ni nama domain anda seperti www.ladyofmalaysia.com. Hosting pulak adalah penyedia storage dan bandwidth untuk simpan data website anda. Untuk tahu lebih dalam anda boleh google sendiri.

Bagaimana ingin mendapatkan domain dan hosting ini?

Ada banyak domain dan hosting percuma disediakan tetapi mungkin tidak mendapat fungsi sepenuhnya. Anda boleh dapatkan domain di godaddy.com contohnya. Banyak lagi. Kebanyakan hosting provider menjual domain juga seperti hostgator.

Domain name percuma contohnya: dot.tk
Hosting percuma, saya tidak pasti.

Sebelum membuat laman web ecommerce anda, anda memerlukan domain name dan hosting seperti saya katakan tadi. Anda boleh cuba perkhidmatan daripada syokhost. Saya telah lama menggunakan syokhost sejak beberapa tahun yang lalu kerana syokhost ada cpanel dan softaculous. Softaculous ni memudahkan anda untuk install pelbagai jenis web application seperti blog, ecommerce, poll, forum, dan lain-lain. Harga di Syokhost juga berpatutan dan boleh didapati dengan harga serendah RM10. Pakej mini ini hanya sesuai untuk bina laman web biasa, blog yang tidak memerlukan space yang banyak. Syokhost juga merupakan company daripada Malaysia, jadi lebih senang berkomunikasi. Di samping itu, syokhost tiada caj tersembunyi seperti reseller luar negara contohnya. Sebab tu saya selesa dengan syokhost.

Untuk permulaan, saya cadangkan anda membeli pakej 01 RM30 - 500Mb storage. Cukup untuk memuatkan beratus produk. Jangan risau kerana anda boleh upgrade pakej pada bila-bila masa sekiranya quota storage anda habis.

Domain name .com juga boleh didapati di syokhost dengan harga RM45. Pembelian domain name dan hosting di syarikat yang sama akan memudahkan urusan anda. Anda tidak perlu setting sendiri domain name anda.

Setelah anda ada mempunyai hosting dan domain name, anda boleh membina wsbsite ecommerce (Bukan sahaja ecommerce, tapi ini yang saya akan ajar). Nasihat saya, anda jangan takut mencuba. Banyakkan google jika tak tahu atau hubungi syokhost terus. Anda akan diberikan username dan password. Kalau lupa boleh tengok kat syokhost.

1. Anda pergi ke cpanel anda. www.domainnameanda.com:2083 seperti ini. Atau anda boleh masuk melalui syokhost. Anda hanya perlu log in syokhost kemudian klik cpanel.

2. Akan terpapar laman cpanel anda. Cari Softaculous dan klik.

3. Klik ecommerce > cari dan klik opencart.

4. Install Opencart. Pilih version yang anda ingin. 2.1.++ atau 1.5.6 . Uk version 2.1.++ masih baru dan tidak banyak tema free yang ada. Sekiranya anda ingin membeli tema baru tiada masalah untuk menggunakan version ini. Tetapi saya akan tunjukkan version yang baru untuk tutorial akan datang. InsyaAllah.

5. Sekiranya anda inginkan laman web anda berada Homepage, buang /dir. Biarkan kosong diruangan teraebut.

6. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti username, password dan lain-lain.

7. Klik Install

8. Selesai install, pergi ke www.domainnameanda.com/admin

9. Log in dan akan terpapar dashboard.

10. Selesai. Anda sudah ada web ecommerce anda sendiri. Mudah kan? Boleh start jual? Tunggu dulu, anda perlu ubah beberapa setting seperti currency, location, bank transfer dan lain-lain.

Anda juga boleh google sendiri untuk buat setting ini :) Keep google as your best friend.
Jumpa lagi!!


Kisah Suka Duka Aku Berblogging

ANNYEONG HASEYO..

Masih ada lagi 3 blog aku belum import. Total semua sekali 7. Ya, aku suka berblog. Tapi aku kerap bertukar angin. Blog juga ikut musim. Kalau rasa nak menulis, aku tulis. Kalau rasa nak melukis, aku lukis. Waduh kok.

JADI!
HARI INI!
AKU NAK IMPORT SEMUA BLOG AKU KE BLOG INI.
KALAU RAJIN AKU DELETE BLOG YANG LAMA.
KALAU TAK RAJIN NASIBLAH...

Aku dah tapis sikit-sikit mana yang tak berkenan atau gambar dah hilang. Tak tahu lah kalau masih ada saki baki yang link gambar mati tu maaf deh.

Bila baca balik post-post lama, macam diari pulak. Tapi kalaulah aku buat diari, confirm banyak la pasal emosi. Haha. Yelah, dulu aku kan puitis, artist, kreatif bagai. Sekarang ni nak buat template blog pun susah. Idea datang tak mencurah-curah. Lama aku godek-godek. Lepas belajar html & css ni senang sikit nak buat. Bukan blog je aku boleh buat, website pun boleh. Apps je aku tak berapa mahir lagi.

Rasa macam nak stop kat sini. Ok bye. Lapar deh.

Cita-cita

Eh kau, kau yang tengah taip tu.. "Aku ke?"
Apa cita-cita kau sebenarnya... "Cita-cita?"
Kau nak jadi programmer ke businesswoman? "aaa... programmer laa"
dah tu kenapa kau sibuk2 nak berbisnes???

erm.
sebab aku nak jadi kaya
erm.


Cara Centerkan Title Dan Content Column Tepi Atau Sidebar Anda



Kat sini saya nak ajar bagaimana untuk center kan title/tajuk sidebar, content sidebar atau kedua-duanya sekali. Senang. Macam biasa kita cuma Add CSS.

1. Pergi ke Dashboard > Template > Customise

2. Klik Advanced > Add CSS (Bawah sekali)

3. Copy code di bawah ini

Centerkan Title/Tajuk

/*Column Title Center*/
.column-right-inner h2{
text-align: center;

Centerkan sidebar column content (Tidak termasuk Title/Tajuk)

/*Column Content Center*/
.column-right-inner .widget-content{
text-align:center;
}
     ** Sila tukar tulisan merah (right) tersebut kepada left sekiranya sidebar anda berada disebelah kiri.
     **Sekirannya anda inginkan kedua-duanya, copy sahaja kedua-dua code tersebut.

4. Kemudian paste ke dalam kotak Add custom CSS

5. Klik Apply to Blog

Selamat mencuba !



Cara Centerkan Menu Atau Page Menu

Cara untuk centerkan menu/pages anda seperti contoh di bawah ini. Blog anda akan kelihatan lebih menarik dan kemas..


1. Pergi ke Dashboard > Template > Customise

2. Klik Advanced > Add CSS (Bawah sekali)

3. Copy code di bawah ini

/*Menu Center*/
.PageList, .widget-content ul{
text-align: center;
}
.PageList .widget-content ul li{
display: inline-block;
}
.PageList .tabs .widget li, .tabs .widget li{
float: none;
}

4. Kemudian paste di dalam kotak Add custom CSS


5. Klik Apply to Blog

Ia akan menggantikan CSS anda yang lama dan centerkan menu anda :)
Selamat mencuba!

*Saya gunakan Simple Template

Thursday, 15 October 2015

Freebies Bendera Malaysia Cute

60 x 40 px

150 x 101 px

375 x 253 px

Right click & download!
Bendera Malaysia ni boleh selit kat header ke, kat blog ke kat mana-mana laa :)
Feel free to use it. #proud2beMalaysian


Header Baru Warna Bendera Malaysia

Haha terfikir pulak la nak buat warna bendera Malaysia.. Biru, Kuning, Merah, Putih


Sebenarnya nak buat pakai tudung, tapi takde masa lagi nak edit. Ni pun amik gambar lama je.. Nanti kalau free nak update la gambar bertudung..