Beribu-ribu tahniah untuk anda kerana dapat ilmu ini secara percuma sahaja. Pada entri kali ini, saya ingin mengajar anda cara membuat laman web ecommerce anda sendiri. Entri ini mungkin panjang, tapi saya akan cuba pendekkan atau bahagikan beberapa bahagian.
Ada 2 benda penting yang wajib ada untuk bina website. Domain name dan hosting. Domain name ni nama domain anda seperti www.ladyofmalaysia.com. Hosting pulak adalah penyedia storage dan bandwidth untuk simpan data website anda. Untuk tahu lebih dalam anda boleh google sendiri.
Bagaimana ingin mendapatkan domain dan hosting ini?
Ada banyak domain dan hosting percuma disediakan tetapi mungkin tidak mendapat fungsi sepenuhnya. Anda boleh dapatkan domain di godaddy.com contohnya. Banyak lagi. Kebanyakan hosting provider menjual domain juga seperti hostgator.
Domain name percuma contohnya: dot.tk
Hosting percuma, saya tidak pasti.
Sebelum membuat laman web ecommerce anda, anda memerlukan domain name dan hosting seperti saya katakan tadi. Anda boleh cuba perkhidmatan daripada syokhost. Saya telah lama menggunakan syokhost sejak beberapa tahun yang lalu kerana syokhost ada cpanel dan softaculous. Softaculous ni memudahkan anda untuk install pelbagai jenis web application seperti blog, ecommerce, poll, forum, dan lain-lain. Harga di Syokhost juga berpatutan dan boleh didapati dengan harga serendah RM10. Pakej mini ini hanya sesuai untuk bina laman web biasa, blog yang tidak memerlukan space yang banyak. Syokhost juga merupakan company daripada Malaysia, jadi lebih senang berkomunikasi. Di samping itu, syokhost tiada caj tersembunyi seperti reseller luar negara contohnya. Sebab tu saya selesa dengan syokhost.
Untuk permulaan, saya cadangkan anda membeli pakej 01 RM30 - 500Mb storage. Cukup untuk memuatkan beratus produk. Jangan risau kerana anda boleh upgrade pakej pada bila-bila masa sekiranya quota storage anda habis.
Domain name .com juga boleh didapati di syokhost dengan harga RM45. Pembelian domain name dan hosting di syarikat yang sama akan memudahkan urusan anda. Anda tidak perlu setting sendiri domain name anda.
Setelah anda ada mempunyai hosting dan domain name, anda boleh membina wsbsite ecommerce (Bukan sahaja ecommerce, tapi ini yang saya akan ajar). Nasihat saya, anda jangan takut mencuba. Banyakkan google jika tak tahu atau hubungi syokhost terus. Anda akan diberikan username dan password. Kalau lupa boleh tengok kat syokhost.
1. Anda pergi ke cpanel anda. www.domainnameanda.com:2083 seperti ini. Atau anda boleh masuk melalui syokhost. Anda hanya perlu log in syokhost kemudian klik cpanel.
2. Akan terpapar laman cpanel anda. Cari Softaculous dan klik.
3. Klik ecommerce > cari dan klik opencart.
4. Install Opencart. Pilih version yang anda ingin. 2.1.++ atau 1.5.6 . Uk version 2.1.++ masih baru dan tidak banyak tema free yang ada. Sekiranya anda ingin membeli tema baru tiada masalah untuk menggunakan version ini. Tetapi saya akan tunjukkan version yang baru untuk tutorial akan datang. InsyaAllah.
5. Sekiranya anda inginkan laman web anda berada Homepage, buang /dir. Biarkan kosong diruangan teraebut.
6. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti username, password dan lain-lain.
7. Klik Install
8. Selesai install, pergi ke www.domainnameanda.com/admin
9. Log in dan akan terpapar dashboard.
10. Selesai. Anda sudah ada web ecommerce anda sendiri. Mudah kan? Boleh start jual? Tunggu dulu, anda perlu ubah beberapa setting seperti currency, location, bank transfer dan lain-lain.
Anda juga boleh google sendiri untuk buat setting ini :) Keep google as your best friend.
Jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment