Sunday, 10 January 2016

The Reasons Why I Really Like B1A4

Hi. Today I am gonna tell you the secret of why I really crazy about this boy band. I will proceed my entry in Malay. Sorry :D


Aku pernah bagitau sebelum ni macam mana aku boleh jatuh cinta dengan B1A4 pada pandang pertama. Aku minat sejak tahun 2014 rasanya bila first time aku tengok MV Lonely. Ada banyak sangat sebab kenapa aku suka idol korea ni. Sebelum ni aku tak pernah minat mana-mana group idol korea. Sekarang pun aku takde fanatik dengan mana-mana group selain B1A4. Exo ke, Big Bang aku tak layan sangat. Meh tengok sebab musababnya! Sebelum tu biar aku perkenalkan ahli-ahli B1A4.

Ni gambar paling natural

1. They made their own songs
Kalau nak tau, Jin Young (Leader) ada bakat menulis dan compose lagu. Banyak lagu yang baru adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Lirik lagu pun banyak dihasilkan sendiri, bukan sahaja Jin Young, tapi Baro dan ahli lain pun banyak membantu. Baro banyak reka lirik untuk part rap dia.

2. They are humble & well manner
Walaupun diorang takdelah kumpulan baru tapi diorang sangat rendah diri terutama kepada senior-senior diorang. Kalau tengok rancangan jemputan diorang ke, diorang jaga percakapan dan adab diorang terutama Jin Young sebagai ketua. Well manner sangat.. Diorang pun tak segan tunduk hormat dekat kumpulan senior yang lain.

3. Their MVs are beautiful & breathtaking
Kalau tengok Music Video dorang memang cantik sangat. Dreamy-like. Style gila lah kecuali MV mula-mula diorang macam Baby I'm Sorry. Kurang cantik & model pun tak berapa. Tapi kalau tengok MV Lonely, Tried to Walk, White Miracle cantik wuu..

4. They are handsome and unique
Okay ni my personal opinion laa. Kelima-lima ahli B1A4 ni handsome dan masing-masing ada karakter masing-masing yang buat korang seronok kalau kenal diorang. Walaupun diorang berlainan karakter tapi diorang complete each other. Tak pernah lagi diorang gaduh besar or perang antara ahli. Boleh kata diorang rapat la antara diorang..


  • Jin Young - Terserlah sifat semulajadi sebagai ketua. Sangat gentleman & baik. Kadang-kadang nakal sikit buat prank n bijak. Pandai buat lagu n pandai berlakon. Ada drama beberapa drama dia berlakon salah satunya Goo He Ra. 

  • Sandeul - Vocal mantap. Banyak menang award & competition sejak kecil. Ada join theater jugak yang terbaru Cinderella. Memang kebudak-budakan sangat tapi bila atas stage berubah jadi lelaki sejati. Sangat-sangat professional dan serius bila atas stage. Tak caya google je sandeul kat youtube. Sangat-sangat determine & buat yang terbaik la. Suka & kuat makan sebab tu chubby sikit. Sandeul yang paling aku minat. 

  • Baro - The only rapper that I like in this world. Aku tak pernah minat mana-mana rapper tapi Baro rap memang best. Tak nampak rock sangat, cool je. Setiap kali dia rap je memang masuk je jiwa aku. Baro ni aktif la jugak sukan, Dia berani tampilkan diri dia & serlahkan bakat dia. Kadang-kadang ada nampak macam dia poyo n bangga dengan diri dia tapi still boleh diterima laa.. tak over sangat.

  • Gongchan - Paling muda dalam group tapi matured. Kalau tengok gongchan ni macam seducer pun ada. Tapi kadang-kadang dia sweet n comel. Ada satu part tu dia comel sangat. Sekarang ni dia jadi pengacara kat A Song For You.

  • CNU - Skema. Eh? Takdelah skema sangat tapi dia tak boleh masuk dengan sifat kebudak-budakan sandeul n baro. CNU ni pemalu sikit n tak berapa sporting kalau dalam show. Tapi suara dia boleh tahan sedap. Kadang-kadang tengok CNU ni macam perempuan tapi kalau dia buat rambut rock takdelah. 

5. They are awesome
Yang ni tak perlu explain. :D


JOM TENGOK MV TERBARU B1A4







Monday, 4 January 2016

My whisper

Tetibe rasa down, putus asa, kecewa dan macam-macam lagi la perasaan. Betul la orang kata "what you give, you'll get back." Kalau dulu aku buat jahat kat orang, lepas tu orang buat balik kat aku.
Tadi aku rasa macam aku muhasabah n nasihat kat diri sendiri tapi sekarang aku dah lupa point nya. 

Sorrylah ni bukan entri yang memberi manfaat ye.. Ni entri melepaskan perasaan kacau bilau yang menyesak dada.

Tadi aku tengok six flying dragon. Best & ceritanya menarik. Haa baru ingat point..

Dalam hidup ni, kita tak terlepas dengan penyesalan. Kalau aku diberi pilihan, memang aku nak balik ke masa lampau dan betulkan balik semua kesilapan aku. Kenakalan, kemalasan, kekurangan aku semua aku nak ubah.. tapi semua tu mustahil. Apa yang kita boleh ubah hanyalah masa depan kita. Siapa kita dahulu tidak menentukan kita pada esok hari, tapi siapa kita sekarang yang akan menentukan siapa diri kita pada masa akan datang.

Impian yang kita inginkan... azam kita... itu yang patut kita fokuskan sekarang daripada frust menonggeng kene tinggal dengan awek. Move on! Ceh cakap senang lah kau tak rasa. Sorry aku dah rasa banyak kali. Undur tak bermaksud kita kalah, tapi kita menang melawan perasaan kita sendiri. Kita kan kuat.

Semua orang diciptakan dengan kekuatan yang tersendiri. Kadang kita tak nampak kekuatan tu.. Kita kena percaya pada diri sendiri yang kita kuat  Walaupun tak sekuat Keluangman, Cicakman... tapi kita kuat dan hebat  noktah.

Aku ada satu sifat yang aku tak tahu nak buang ke mana. Aku takkan buat bersungguh-sungguh pada sesuatu kalau aku tak yakin dengan keputusannya. Senang cakap, kalau dalam hati aku rasa kalah lah ni.. aku akan buat ala kadar untuk lepas je. 

Tapi kalau aku yakin dengan keputusannya (99% aku yakin yang aku akan berjaya) Aku akan buat dengan seperfect yang mungkin. Flawless. Time ni baru sel otak aku berhubung dengan pantas.
Hidup ni bermain dengan angka, probability, statistics, forecast... tapi kita tak sedar. Otak kita hari-hari mengira. Contoh nak pergi kerja, kalau jem harini, pukul berapa sepatutnya gerak. Kalau nak beli barang, mesti kita akan fikir n compare barang yang lebih tahan. Contoh lagi, kalau nak buat keputusan, mesti kita akan ukur baik buruk & impaknya keputusan kita nanti.

Dah melalut pulak tetiba. Oklah. Oh yaa, aku belum dapat lagi placement on job training. Sob sob, doakan la yang terbaik. Untuk sedapkan hati, lambat belum tentu tak elok kan? Mungkin itu lebih baik. Harap-harap aku tak dapat kat kemaman. Sebab aku nak duduk kat KL & capai impian aku tahun ni.

Mohon maaf ya kalau ada yang terasa, tersinggung dan lain-lain perasaan negatif yang hadir daripada entri aku ni. Aku maafkan korang! Okay bye. Assalamualaikum.


Sunday, 3 January 2016

Cara Daftar Syarikat di SSM KL Sentral dengan Menaiki Transport Awam

Assalamualaikum hi semua.

Alhamdulillah hari khamis yang lalu bersamaan 31 December 2015 aku berjaya daftar syarikat. Aku buat kat KL Sentral. Jenuh aku mencari bangunan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak sangat bangunan aku dah confuse walaupun kat luar KL Sentral je. Berapa kali tah aku tanya orang.

Macam mana nak pergi SSM di KL Sentral dengan transport awam?

1. Gigihkan diri anda menaiki bas, lrt, erl ataupun ktm untuk sampai ke KL Sentral (NU Sentral)
2. Keluar bangunan tu melalui lorong sebelah Chatime. Ada satu je kedai Chatime kat situ or boleh tanya Customer Service dia dekat je dengan kedai Chatime tu
3. Dah keluar nanti anda akan nampak banyak gila bangunan tinggi sampai tak dapat baca pun tu bangunan apa. Haha. Lintas jalan kat sebelah kiri.
4. Lintas jalan guna laluan pejalan kaki. Jangan lupa tekan butang kat traffic light tu. Korang boleh nampak dari jauh ramai orang lintas.
5. Dah lintas, jalan ikut je laluan pejalan kaki berbumbung. Bangunan SSM disebelah kiri anda.
6. Korang akan nampak bangunan tu seperti gambar di bawah


7. Bangunan SSM adalah bangunan yang ada banyak petak2@block kat bangunan tu. (Kedua dari kanan)
8. Dah nampak? Okay so naik tangga ke arah bangunan tu.
9. Kat depan tu ada tulis SSM besar2 tapi pintu masuk utama dia kat belakang. So korang pergi belakang. First korang akan jumpa satu pintu masuk tapi bukan yang tu. Kat depan tu ada beberapa mesin SSM. Kat dalam tu ada lif jugak tapi bangunan tu untuk carpark je. Tak percaya korang masuk naik lif pergi tingkat 14. Tingkat 14 tak wujud. haha
10. So pergi belakang akan jumpa glass door. Bila masuk akan jumpa ATM mesin Bank Rakyat dan kaunter besar2 SSM.
11. Naik lif tingkat 14 disebelah kanan anda.
12. Dah sampai. Nanti ada dua pintu masuk. Pilih bahagian pendaftaran kot. (Part ni aku dah lupa)

Amik nombor giliran anda. Tekan A untuk daftar guna nama sendiri, Tekan B untuk daftar nama tred (nama rekaan). Pastikan borang anda di cek di Kaunter 12 sebelum nombor giliran anda dipanggil.

Document Penting Pendaftaran Syarikat

1. Borang A
2. Borang PNA 42 (Bagi yang menggunakan nama Tred)
3. Salinan IC Pemilik & Rakan Kongsi

*Abaikan Borang PNA 42 sekiranya anda tidak menggunakan nama tred.
**Isi borang dan bawa borang & IC siap2 dari rumah bagi memudahkan proses pendaftaran
**Baca Panduan dan Contoh borang lengkap disini. Sekiranya anda tidak dapat download borang menggunakan link di atas, sila download borang A dan borang PNA 42 disini.

Setelah nombor giliran anda dipanggil dan pembayaran dibuat, sila pergi ke kaunter 12 dan tunggu sehingga nama anda dipanggil. Berikan resit yang anda dapat tadi untuk dicop dan sila semak semula surat pengesahan pendaftaran sekiranya terdapat kesalahan ejaan @ lain2.

**Penting supaya korang tak perlu ke sini lagi untuk tukar. Aku punya ada sikit salah ejaan terus tanya balik kat abg hensem kaunter 12 tu. :P

----------------------------------

Lama jugak tunggu dekat 2 jam untuk uruskan pendaftaran sebab ramai sangat orang haritu.
*Bergantung kepada masa dan ramai orang jugak. Ada yang kata 30 minit je dah siap


Borang PNA42

Resit