Sunday 10 January 2016

The Reasons Why I Really Like B1A4

Hi. Today I am gonna tell you the secret of why I really crazy about this boy band. I will proceed my entry in Malay. Sorry :D


Aku pernah bagitau sebelum ni macam mana aku boleh jatuh cinta dengan B1A4 pada pandang pertama. Aku minat sejak tahun 2014 rasanya bila first time aku tengok MV Lonely. Ada banyak sangat sebab kenapa aku suka idol korea ni. Sebelum ni aku tak pernah minat mana-mana group idol korea. Sekarang pun aku takde fanatik dengan mana-mana group selain B1A4. Exo ke, Big Bang aku tak layan sangat. Meh tengok sebab musababnya! Sebelum tu biar aku perkenalkan ahli-ahli B1A4.

Ni gambar paling natural

1. They made their own songs
Kalau nak tau, Jin Young (Leader) ada bakat menulis dan compose lagu. Banyak lagu yang baru adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Lirik lagu pun banyak dihasilkan sendiri, bukan sahaja Jin Young, tapi Baro dan ahli lain pun banyak membantu. Baro banyak reka lirik untuk part rap dia.

2. They are humble & well manner
Walaupun diorang takdelah kumpulan baru tapi diorang sangat rendah diri terutama kepada senior-senior diorang. Kalau tengok rancangan jemputan diorang ke, diorang jaga percakapan dan adab diorang terutama Jin Young sebagai ketua. Well manner sangat.. Diorang pun tak segan tunduk hormat dekat kumpulan senior yang lain.

3. Their MVs are beautiful & breathtaking
Kalau tengok Music Video dorang memang cantik sangat. Dreamy-like. Style gila lah kecuali MV mula-mula diorang macam Baby I'm Sorry. Kurang cantik & model pun tak berapa. Tapi kalau tengok MV Lonely, Tried to Walk, White Miracle cantik wuu..

4. They are handsome and unique
Okay ni my personal opinion laa. Kelima-lima ahli B1A4 ni handsome dan masing-masing ada karakter masing-masing yang buat korang seronok kalau kenal diorang. Walaupun diorang berlainan karakter tapi diorang complete each other. Tak pernah lagi diorang gaduh besar or perang antara ahli. Boleh kata diorang rapat la antara diorang..


  • Jin Young - Terserlah sifat semulajadi sebagai ketua. Sangat gentleman & baik. Kadang-kadang nakal sikit buat prank n bijak. Pandai buat lagu n pandai berlakon. Ada drama beberapa drama dia berlakon salah satunya Goo He Ra. 

  • Sandeul - Vocal mantap. Banyak menang award & competition sejak kecil. Ada join theater jugak yang terbaru Cinderella. Memang kebudak-budakan sangat tapi bila atas stage berubah jadi lelaki sejati. Sangat-sangat professional dan serius bila atas stage. Tak caya google je sandeul kat youtube. Sangat-sangat determine & buat yang terbaik la. Suka & kuat makan sebab tu chubby sikit. Sandeul yang paling aku minat. 

  • Baro - The only rapper that I like in this world. Aku tak pernah minat mana-mana rapper tapi Baro rap memang best. Tak nampak rock sangat, cool je. Setiap kali dia rap je memang masuk je jiwa aku. Baro ni aktif la jugak sukan, Dia berani tampilkan diri dia & serlahkan bakat dia. Kadang-kadang ada nampak macam dia poyo n bangga dengan diri dia tapi still boleh diterima laa.. tak over sangat.

  • Gongchan - Paling muda dalam group tapi matured. Kalau tengok gongchan ni macam seducer pun ada. Tapi kadang-kadang dia sweet n comel. Ada satu part tu dia comel sangat. Sekarang ni dia jadi pengacara kat A Song For You.

  • CNU - Skema. Eh? Takdelah skema sangat tapi dia tak boleh masuk dengan sifat kebudak-budakan sandeul n baro. CNU ni pemalu sikit n tak berapa sporting kalau dalam show. Tapi suara dia boleh tahan sedap. Kadang-kadang tengok CNU ni macam perempuan tapi kalau dia buat rambut rock takdelah. 

5. They are awesome
Yang ni tak perlu explain. :D


JOM TENGOK MV TERBARU B1A4







No comments:

Post a Comment