Friday, 10 May 2013

Kebangkitan Rakyat tanda Kebijaksanaan Rakyat



Pemimpin berjiwa rakyat
Bukan terletak pada agung kalamnya
Juga bukan kerana banyak sumbanganya
Tidak juga yang hebat ilmu ekonomi semata

Pemimpin berjiwa rakyat
Senyuman dilakar ikhlas tanpa mengira bangsa
Duduk semeja untuk mengerti 
Susah senang setiap warga desa
Keperitan cukai warga kota

Pemimpin berjiwa rakyat
Tidak mudah putus asa
Membela nasib sejagat
Biar dia ditekan seribu tombak hitam
mahupun sejuta nista dan dusta
Dari pihak yang lebih berkuasa

Pemimpin berjiwa rakyat
Beban dipukul luar biasa
Amanah digalas setia selagi berdaya
tidak semua sekuat mentalnya
Dan sangat sukar berjumpa selainnya.

.....................................

Rakyat adalah amanah setiap pemimpin.
Jika pincang rakyatnya, maka pincanglah pemimpinnya


Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik raja adalah rajanya

Sultan Muhammad Alfateh adalah sultan yang mengalir darah pekat daripada keturunan yang membuak-buak hatinya untuk membebaskan kota konstantinopel. Perjuangan ayahnya tidak sia-sia selepas Sultan Muhammad Al-fateh menerajui pucuk pimpinan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Murad II. Pandangannya lebih tajam dari mata pisau. Matlamat beliau sangat jelas iaitu membuka pintu konstantinopel untuk menyebarkan Islam. Perjuangan ratusan tahun ini memberi makna kepada setiap umat islam.

Teringat catatan Sultan Al-Fateh kepada ayahandanya saat dia mula berlatih untuk memegang tampuk pemerintahan.

"Siapakah yang saat ini menjadi sultan, saya atau ayahanda? Jika ayahanda yang menjadi sultan, datanglah ke mari dan pimpinlah pasukanmu. Tetapi jika engkau menganggap saya sebagai sultan maka dengan ini saya meminta ayahanda segera datang ke mari untuk memimpin pasukan saya." - Muhammad Al-Fateh karya Felix Siaw

Sekiranya anda ke Istanbul jangan lupa hayati perjuangan perit umat islam dalam menegakkan obor-obor islam. Hayatilah keindahan islam yang sebenar dimana ketelusan, keadilan dan kebijaksanaan pemimpin islam dahulu amat sukar dialami sekarang.

Kebangkitan rakyat - dimana rakyat sudah berani bersuara dan bijak menilai ketelusan dalam politik.

Salam Rejab daripada saya. Panjang umur, saya tulis lagi.



No comments:

Post a Comment