Monday, 22 February 2016

Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 1

Hello guys. Alhamdulillah saya sudah selamat sampai di Selangor setelah dua hari yang limited bergambar sakan di Pulau Perhentian Kecil.

Kitorang pergi 2 hari 1 malam je ekoran kesuntukan masa dan duit. Yelah kitorang kan baru kerja. Nak amik cuti pun takut-takut. Ahahah. Pakej kitorang RM170 (Accommodation, snorkelling dan boat) + BBQ RM30. Ada jugak yang kitorang tak puas hati, huhu

TBS

Itienary

19 February 2016, Jumaat

11pm: Bertolak ke Kuala Besut daripada TBS

20 February 2016, Sabtu

6.50am: Tiba di Kuala Besut
7.30am: Breakfast
8.30am: Jalan kaki ke Jetty (30 minit naik boat)
10.00am: Sampai di Pulau Perhentian Kecil
10.30am: Snorkelling
2.00pm: Lunch di Fisherman Village
4.30pm: Selesai Snorkelling dan tidur di bilik
6.30pm: Jalan tepi pantai & tengok sunset
8.00pm: Dinner (Long Beach tutup takde firework/show)

21 February 2016, Ahad

7.30am: Jalan ke Long Beach
9.00am: Naik kincir angin
10.30am: Brunch
12.00pm: Naik boat & balik


19 Februari 2016

Dari Cyberjaya, aku naik bas ke Putrajaya Sentral RM1.50, lepas tu naik ERL ke TBS RM8. Al-maklumlah ERL dah naik harga. Satu stesen je pun dah sampai RM8. Memang sedih gila. Aku keluar pukul 8.40pm dari rumah sampai sana pukul 10pm camtu.

10.30 pm delay sampai 11.15pm

Perjalanan daripada Terminal Bersepadu Selatan, TBS ke Kuala Besut mengambil masa hampir 8-9 jam. Bas kami bergerak pada pukul 11.15pm (delay 45minit) dan sampai Kuala Besut hampir subuh gajah. Dalam pukul 6.50am macam tu. Kami naik Perdana Ekspress. Dalam bas memang tak ramai sangat orang. Ada la tak lebih 10 orang macam tu. So heaven la! Bas ni tempat duduk dia luas sikit. Selesa nak tido dan jalan jauh.

Kedai runcit yang bukak awal

20 Februari 2016

Sampai je terus kami cari surau. Kat surau tu kami mandi dan terus tukar baju untuk snorkelling. Wuu. Dari stesen bas Kuala Besut, ada banyak gerai2 makan dan kedai runcit. Disebabkan kitorang datang pagi sangat, ada beberapa buah kedai je yang bukak termasuk 7e. Kitorang singgah breakfast kat kedai makan situ, agak mahal la jugak (RM3 bagi aku mahal. Sama harga macam kat Cyberjaya) tapi yang tak bestnya sebab dia tak bagi self service. Nasi goreng pun dia cedokkan. Huhu.

Sepanjang pantai di jeti

Dah siap breakfast, jangan lupa beli air dan roti ye :) Nanti snorkelling penat dan lapar. Terus kami singgah jeti untuk naik boat. Lama tunggu jugak hampir sejam kat situ. Dalam pukul 9 lebih baru dapat naik boat. Boat dia sempit sikit dahla kena duduk sebelah lelaki. T_T

Naik je boat, ombak kemain besar. Sakit bontot weh. Terhenjut, terhentak bagai. nasib baik tak melambung. Ada mat salleh tu melambung sampai terhantuk kepala. hahahaha. Tapi fun gila. Kecoh suasana dengan jeritan nyaring dan manja kitorang dalam boat tu. Ada yang rilek je macam dah biasa. Yang kitorang first time ni memang galak la gelak, jerit bagai.

Naik boat dekat 30 minit jugak la baru sampai jeti perhentian kecil. Kitorang stay kat Shari-la, boleh nampak dari jauh. Cantik gila la air dia. Biru kehijauan tak perlu nak edit dah. Masuk bilik je dah abang long call suruh pergi snorkel. Katanya boat dah tunggu kitorang. Tapi hampeh rupanya kitorang yang kena tunggu boat. Kat depan pantai tu je kitorang pakai snorkelling equipment. Ada seorang pak cik tu ajar kitorang pakai snorkel siap speaking lagi, haha. Kat pulau ni memang biasa dah diorang cakap English. Sampai tukang sapu sampah pun boleh speaking.

Keep calm and snorkeling

Bak kata abang boat snorkeling kitorang, pulau ni dulu banyak mat salleh so diorang dari kecik dah pandai speaking. Dia kata dia generasi ketiga kat situ. Atuk nenek dia memang asal orang situ. Kat Fisherman Village ada sekolah & rumah besar yang cantik kat situ rumah cikgu. Katanya lagi, kat sini kalau musim monsun tak boleh keluar masuk pulau. Kena ready stock awal2 & pancing ikan untuk makan.

Coral Point snap snap

Tempat pertama kitorang snorkelling kat Coral Point. Point ni tepi pantai je. Aku masuk je laut kecewa sebab takde apa-apa pun. haha. So aku pergi main jauh sikit. Subhanallah cantik gila lagi2 bila ikan melekat dengan kau nak cium-cium kau. Hahaha. Coral kat sini pun memang cantik. Macam-macam jenis dan warna lagi. Ada yang tajam, panjang, macam rumpai, ada warna hijau.. Macam-macam lagi. Ikan putih belang-belang banyak kat sini..

Coral Point air jernih

Tapi aku tak meneroka jauh sangat sebab aku takut tetibe air jadi hitam. Cuak aku. Untuk yang tak tahu, kalau lautan tu macam gelap je kehitaman tu maksudnya ada terumbu karang aka coral kat bawah tu.. Aku ni yang tak tahu takut je kenapa tetiba warna hitam ni. haha. Bila aku patah balik kat kawan2 aku baru rasa selamat sikit. HAHA. Sumpah aku tak berani jejak batu karang tu. Kawan-kawan aku luka dalam sebab batu karang. Darah mengalir tak henti-henti. Kesian sangat. huuu.

Cangkerang yang tak dapat bawak balik, hanya bawa balik gambar sahaja

Lepas tu kitorang dibawa ke Fish Point. Kat sini bukan tepi pantai, kitorang pergi part dalam sikit. Abang boat tu kata jangan pergi tepi pantai bahaya. Aku lupa pulak sebab apa. Sebab ada ikan beracun kut kat situ. So dia bawak kitorang pergi sarang nemo. Ikan-ikan kat sini cantik2 ada warna biru, hijau, oren dll. Rasa nak pegang-pegang haha. Tapi bila nak pegang semua lari. Abang boat ni ada bawak roti so berkejaran la ikan datang situ. Sampai jari aku pun dianggap roti agaknya. Rasa macam diorang nak gigit je tangan aku. Haha. Terus aku sorok tangan.

Campak roti dia mai la

Sebenarnya, tak digalakkan bagi ikan makan roti kat sini sebab ikan sepatutnya makan2 yang mati untuk bersihkan kawasan tu. Nanti tak bersih la kawasan tu kalau ikan asik makan roti je. So korang jangan bagi dia makan roti okay. Nanti next time melawat Perhentian lagi dah tak secantik dulu pulak. Salahkan lah diri korang tak jaga alam kita untuk generasi akan datang. Ceh.

Lepas tu kitorang nak pergi Shark Point tapi ombak besar pulak. So kitorang pergi Turtle Point. Kitorang tak turun sebab dah penat dan sejuk. HUHU. Kebetulan pulak penyu tak banyak kat situ. Tapi ada lah nampak sekor dua dari jauh. Besar gila penyu tu, HUHU.. aku ingat kecik macam kura-kura je rupanya besar kot. Abang tu kata penyu ni akan naik setiap 20 minit untuk ambik udara. Jenuh la nak tunggu 20 minit kan haha. So kitorang tengok dari atas boat je. hehe

Restaurant kat belakang kedai runcit

Lighthouse

Lepas tu kitorang pergi singgah makan di Fisherman Village. Abang boat tu bawak kitorang singgah makan kat belakang. Tapi tak kena dengan tekak kitorang. Agaknya makanan berlauk kat situ yang sedap kot berbanding nasi goreng. Tapi lama jugak tunggu huhu sampai rasa nasi dah tak panas. harga nasi goreng je RM9-RM15. Harga milo ais RM4!

Fisherman Village

Lepas makan lama kat situ kitorang singgah Lighthouse. Kat tengah-tengah laut tu dah la ombak agak kuat so kitorang tak berani nak turun. huhu. Bawah tu terumbu karang. Rasa rugi pulak tak singgah sob. Lepas tu kitorang chow pergi last point kat Romantic Beach. Air dia keruh sikit la nak snorkelling tak best. Mandi manda boleh laa kat situ. Mat Salleh pulak  sun bath kat situ. Kitorang main air, panjat batu & amik gambar je. Xde nak thrill sangat. haha.

Romantic Beach

Romantic Beach 

Jalan-jalan keliling pulau

 Disebabkan banyak snorkeling point kitorang tak gi, abang boat bawak pusing pulau tapi tak dapat belah sana sebab ombak kuat sangat belah long beach tu. Dia ada tunjuk tempat penyu bertelur tapi biasanya boleh pergi bulan 3 or 4.


Sunset di jeti
 Habis je snorkeling, naik bilik dan tido. HAHA. Petang pulak kitorang keluar beli kopok sambil menikmati sunset. Sayangnya sunset tak dapat tengok full sebab dilindungi awan. huhu

Sunset di Shari-La
 Lepas boring kat pantai kitorang balik kat Shari-La ada sunset point tapi sebab awan tutup tak nampak la sunsetnya. Aku rasa sesiapa boleh je masuk Shari-La ni sebab takde pagar pun hehe.

Malam pulak kitorang BBQ yang hambar kat Dini Restaurant. Tak best langsung. Dahla kitorang bayar RM30 kot dapat 5 ketul ayam bakar kecik takde sos apa suma. KOSONG dan KECIL. Aduhai bakar macam tak ikhlas je... tak masak pulak tu.. Lepas tu dia bagi ikan bakar 4 ketul (4 orang), nasi goreng kosong + air sirap kot. Tu je RM30!!! Sedih gila laa! Kedekut gila belalang holidays ni. Kitorang makan sotong celup tepung tomyam pun lagi tak sampai RM30 tau sorang. T_T TOTALLY SAD.

Untuk menghiburkan hati yang lara, kitorang ingat nak pergi long beach. Lagi2 bulan penuh. huhu Tak sampai separuh berjalan dah patah balik2. Masing-masing cuak. Lorong dia gelap, kitorang pulak semua perempuan.. bahaya kut. Pagi esoknya baru ktorang pergi long beach. Dalam hati nasib baik tak pergi long beach malam tu sebab jauh kot. huhu.

Balik bilik terus gossip & tengok tv lepas tu tertido. hehe. Ada sorang kawan tu, Ain dia tak dapat tido sebab dengar bunyi macam2. Aku dah kelaut dah mimpi. haha.

Bersambung part 2...

Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 2 <-- Part 2 Update


Tuesday, 16 February 2016

An Inspiring Reply From Him

Secara jujurnya, impian aku untuk jadi programmer dah kabur. Nampak bayang-bayang je. Sob. Sebab aku selalu fikir pasal business je. Sampai aku abaikan impian aku ni. So lepas aku dapat kerja kat ITSD ni, impian aku tu hidup tiba-tiba. Lepas tu aku terus emel Dr. Adamu pasal ni.

Dr Adamu, kalau korang tak kenal, beliau ni seorang pensyarah aku dulu ajar ICT. Banyak subjek ICT aku belajar dengan dia antaranya C++, Operating System etc. Aku tahu dalam kelas aku selalu tidur. Sebab ngantuk. Yela kelas aku dari pagi pukul 9 - 5 petang setiap hari sabtu/ahad sahaja. Kadang-kadang satu hari suntuk berturut-turut hari sabtu dan ahad. Tapi beliau tak pernah putus asa dan kecewa dengan kitorang.

Dr. Adamu selalu senyum dan tegur kitorang. Memang aku tak rapat pun dengan beliau sampai last semester kat UIA baru aku semangat sikit belajar dalam kelas dia. Tapi kadang-kadang aku tak boleh tahan jugak ngantuk. Tapi yelah takde rezeki nak dapat A untuk last subject dengan dia. T_T aku aim A sebenarnya.

Berbalik dengan emel aku pada dia, seperti biasa, dia akan balas emel aku lebih panjang daripada aku emel dia. Dia banyak bagi nasihat kat aku n ada offer juga untuk jadi RA. Terharu huhu.

Antara ayat dia yang best untuk aku share kat sini:

Make sure you learn very fast, so that within 8 - 14 months you'll be a senior programmer, then later to be become independent programmer.

Keep pushing for this, despite whatever task you'll be given, just stay side-by-side and keep pushing for this, since you like it and its your dream.

At this point what you should have to drive you to anywhere is confident, once you have confident half of the dream is achieved.

Please think and act very fast


I WILL DO IT. Thank you for listening to me.
Hope you are always in a good health.

Aku rasa nak amik master bulan September ni. May Allah ease.


Friday, 5 February 2016

5 Hari OJT di MMU Cyberjaya


Beautiful Artwork by MMU Students

Hoyeah. 5 hari dah. Setiap hari awkward.

Ye, mmg aku anti social. Memang aku pendiam. Memang aku introvert. Nak tegur pun malu. Takut tak kena gaya. Lebih baik diam kan. Bukan apa. Pernah sekali tetiba aku menyampuk orang tua sekali jadi lain. Tak masuk. Tu yang aku tak berani borak dengan mak-mak orang. Tak sama jiwa. Aku rasa macam aku ni masih berjiwa kebudak-budakan lagi.

Kalau dulu bila orang tanya umur, aku mesti lagi muda. Tapi sekarang tak lagi. Bila tanya umur, diorang lagi muda. T_T Dah 24 tahun. Rasa macam baru 23 tahun lagi. Ohmai susahnya nak terima kenyataan. Okay dah melalut kelaut.

1. Hari pertama memang takde keje sebab supervisor aku MC.

2. Hari kedua aku diberi tugasan buat Pivot Table. Ngeh ngeh thanks to kak Jiha tolong aku.

3. Hari ketiga aku buat Pivot Table lagi & pindah masuk Power Point.

4. Hari keempat aku disuruh cek nama & jawatan staff seperti dalam sistem.

5. Hari kelima aku masih buat kerja semalam sebab tak siap lagi. Bayangkan nak cek semua nama staff dekat MMU Cyberjaya dan Melaka sekali untuk semua department.

Hari keenam aku enjoy! CUTI CHINESE NEW YEAR sampai la hari Selasa. Baru sempat semalam aku tegur meja akak-akak belakang. Segan sangat sebenarnya sebab meja diorang jauh dengan meja aku. Meja aku pulak dikelilingi lelaki la. Sorang je perempuan. Dah tu sebelum nak ke meja hakak hakak ofis aku, kene lintas meja lelaki dulu. Tu yang aku segan.

**Dr adamu ada reply emel tapi aku masih tak tau nak balas apa. Impian yang mana sepatutnya aku kejar dulu. Masih konfius T_T

**Laptop rosak bak hang mahai benor nak baiki. T_T tak sanggup aku nak bagi cash, so aku transfer online je.

Sekian laporan daripada aku.

Entah la kenapa aku tertarik dengan lukisan ni
Jalan laluan hari-hari
Hujan bila nak balik rumah jalan kaki

Monday, 1 February 2016

Report Duty On job Training SL1M Khazanah

HI MMU

Hi, sorry sebab lambat update OJT aku. Sebab apa? Sebab baru dapat placement :D

Ok mesti ramai nak tahu kan ramai dapat company apa? Okay di bawah adalah senarai company yang kitorang dapat.

1. Continental, Petaling Jaya (Tayar)
2. Baycom (Satelit)
3. MMU Cyberjaya
4. MMU Terengganu
5. Perunding NFL Sdn Bhd, Bangsar Utama
6. APIIT Corporate Training, Seri Kembangan

Rasanya itu sahaja syarikat yang berkolaborasi dengan SL1M Khazanah untuk batch kitorang. Baru sempat post ni sebab laptop rosak. Sebenarnya sebab baru je dapat placement. Sob2. Tak pelah lambat pun berbaloi sebab dapat masuk team yang aku minat.

Btw, sebenarnya harini hari pertama aku report duty. Report duty kat bangunan solo berbentuk oval warna silver depan Dewan Canselor. Lepas tu baru berpecah ikut bahagian masing-masing. Aku dapat kat IT Service Division, MMU Cyberjaya under Pn Fauziah. ITSD ni dekat bangunan FCM ground floor. Iya-iya aku tanya guard kat mana. Sekali dia pun tak tahu haha. Rupanya bilik depan guard tu je sebelah pintu FCM.

Sejuk beku rasa duduk depan laptop ni, dengan tak tahu nak buat apa. HAHA. Nak berkenalan? Tak tahu macam mana macam semua sibuk buat kerja je. Tunggu masa rehat nanti laa. haha.

Oklah. Itu je, nanti aku update balik la. Oh lupa nak bagitau, aku sewa bilik kat Cyberia Smarthome sebelah MMU je. Jalan kaki je aku hari-hari. Kurus sikit. Keh keh. Sewa kat sini masyaAllah mahal gila laa. Satu bilik je dekat RM600. Sob. Melayang duit aku. Tak masuk lagi makan dia pun mak aihhh. Kalau mamak pun mahaiiiii.


Rupa office dalam ITSD
Cyberia Tingkat 8