Monday 1 February 2016

Report Duty On job Training SL1M Khazanah

HI MMU

Hi, sorry sebab lambat update OJT aku. Sebab apa? Sebab baru dapat placement :D

Ok mesti ramai nak tahu kan ramai dapat company apa? Okay di bawah adalah senarai company yang kitorang dapat.

1. Continental, Petaling Jaya (Tayar)
2. Baycom (Satelit)
3. MMU Cyberjaya
4. MMU Terengganu
5. Perunding NFL Sdn Bhd, Bangsar Utama
6. APIIT Corporate Training, Seri Kembangan

Rasanya itu sahaja syarikat yang berkolaborasi dengan SL1M Khazanah untuk batch kitorang. Baru sempat post ni sebab laptop rosak. Sebenarnya sebab baru je dapat placement. Sob2. Tak pelah lambat pun berbaloi sebab dapat masuk team yang aku minat.

Btw, sebenarnya harini hari pertama aku report duty. Report duty kat bangunan solo berbentuk oval warna silver depan Dewan Canselor. Lepas tu baru berpecah ikut bahagian masing-masing. Aku dapat kat IT Service Division, MMU Cyberjaya under Pn Fauziah. ITSD ni dekat bangunan FCM ground floor. Iya-iya aku tanya guard kat mana. Sekali dia pun tak tahu haha. Rupanya bilik depan guard tu je sebelah pintu FCM.

Sejuk beku rasa duduk depan laptop ni, dengan tak tahu nak buat apa. HAHA. Nak berkenalan? Tak tahu macam mana macam semua sibuk buat kerja je. Tunggu masa rehat nanti laa. haha.

Oklah. Itu je, nanti aku update balik la. Oh lupa nak bagitau, aku sewa bilik kat Cyberia Smarthome sebelah MMU je. Jalan kaki je aku hari-hari. Kurus sikit. Keh keh. Sewa kat sini masyaAllah mahal gila laa. Satu bilik je dekat RM600. Sob. Melayang duit aku. Tak masuk lagi makan dia pun mak aihhh. Kalau mamak pun mahaiiiii.


Rupa office dalam ITSD
Cyberia Tingkat 8










No comments:

Post a Comment