Tuesday 16 February 2016

An Inspiring Reply From Him

Secara jujurnya, impian aku untuk jadi programmer dah kabur. Nampak bayang-bayang je. Sob. Sebab aku selalu fikir pasal business je. Sampai aku abaikan impian aku ni. So lepas aku dapat kerja kat ITSD ni, impian aku tu hidup tiba-tiba. Lepas tu aku terus emel Dr. Adamu pasal ni.

Dr Adamu, kalau korang tak kenal, beliau ni seorang pensyarah aku dulu ajar ICT. Banyak subjek ICT aku belajar dengan dia antaranya C++, Operating System etc. Aku tahu dalam kelas aku selalu tidur. Sebab ngantuk. Yela kelas aku dari pagi pukul 9 - 5 petang setiap hari sabtu/ahad sahaja. Kadang-kadang satu hari suntuk berturut-turut hari sabtu dan ahad. Tapi beliau tak pernah putus asa dan kecewa dengan kitorang.

Dr. Adamu selalu senyum dan tegur kitorang. Memang aku tak rapat pun dengan beliau sampai last semester kat UIA baru aku semangat sikit belajar dalam kelas dia. Tapi kadang-kadang aku tak boleh tahan jugak ngantuk. Tapi yelah takde rezeki nak dapat A untuk last subject dengan dia. T_T aku aim A sebenarnya.

Berbalik dengan emel aku pada dia, seperti biasa, dia akan balas emel aku lebih panjang daripada aku emel dia. Dia banyak bagi nasihat kat aku n ada offer juga untuk jadi RA. Terharu huhu.

Antara ayat dia yang best untuk aku share kat sini:

Make sure you learn very fast, so that within 8 - 14 months you'll be a senior programmer, then later to be become independent programmer.

Keep pushing for this, despite whatever task you'll be given, just stay side-by-side and keep pushing for this, since you like it and its your dream.

At this point what you should have to drive you to anywhere is confident, once you have confident half of the dream is achieved.

Please think and act very fast


I WILL DO IT. Thank you for listening to me.
Hope you are always in a good health.

Aku rasa nak amik master bulan September ni. May Allah ease.


No comments:

Post a Comment