Hi dear,
bersambung kisah trip ke Pulau Perhentian part 2 punya.
Kalau belum baca Part 1 boleh baca di sini -->
Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 1
|
Ikut kiri orite. |
21 Februari 2016
Kekok rasanya nak menaip formal. Seawal jam 7.30 pagi kitorang keluar bilik nak ke long beach. Breakfast tak lagi ni. Tak sabar nak naik windmill. Kat sini pukul 7 pun masih gelap lagi. Matahari tak muncul lagi so siap-siap semua dengan tak mandi lagi keluar hahaha.
|
Laluan di ombak resort |
|
Lorong ke long beach |
Kitorang pun berjalan menyelusuri ombak resort, Erwan Cafe dan Muhsin Chalet. Kitorang memang tak tahu jalan langsung nak naik kincir angin ni. So, Jannah tanya seorang pekerja kat situ.. dia kata ikut satu jalan ni tapi kitorang tak berani so kitorang pergi jalan pantai sebab ada sorang lelaki baju oren ni kata jalan pantai pun boleh.
Memandangkan kitorang semua perempuan, so tak berani nak lalu laluan hiking tu sebab risau faktor keselamatan dan sesat. Jalan sikit je dah boleh nampak pantai. HEAVEN sangat!!! cantik gila macam dalam tv beb. Bunyi ombak yang kuat, takda orang lagi... wuuu seronok sangat!!! Benda paling aku takleh lupa kat Perhentian ni long beach ni laa. best sangat, Adalah beberapa orang yang jogging kat pantai tu.. selebihnya kitorang. Seriously aku rindu ombak long beach... cantik, mendamaikan... dan menenangkan...
|
Eh abg jebat masuk dalam gambar jugak keke |
|
Long beach |
|
C-06-03 @ 2016 |
|
Molek belaka semua posing |
Dah puas ambil gambar, kitorang nak panjat la kincir angin. Call abang belalang tu macam mana nak pergi sana. Dia kata
lalu sebelah bubu chalet & tanya orang kat situ. Sorang kawan ni tanya la orang yang buat construction kat situ.. Dia kata jalan tutup dan kena naik kat tempat kitorang jumpa tadi. Kitorang ada tanya beberapa orang kat situ tapi hampa tiada jawapan yang memuaskan.
Secara tiba-tiba, Jebat aka mirol muncul. Dia tanya nak naik kincir angin ke. Dia terus offer ikut dia, dia bawak kitorang.
Alhamdulillah la ada orang yang sudi bawak kitorang hiking situ. Tapi dia bawak laluan lain bukan melalui bubu chalet tu. Sebelum tu dia mintak izin pak sedara dia dulu. Dia kata pak sedara dia kerja kat situ. (Yang aku dengar, projek construction tu pak sedara dia punya) HAHA
Minda aku dah fikir, pak sedara dia orang kaya ke. (Adeh materialistik sangat) Maka bermulalah ekspedisi kitorang. Dia kata lama dekat setengah jam n suruh set jam. Pukul 9.15am kitorang start naik sampai atas pukul 9.30am.
15 minit je hiking weh. Tapi ni baru permulaan hehe. Otw naik tu senyap je tak banyak cakap pun. Tetiba sampai satu telaga. Dia bagitau kitorang yang tu telaga. Okay tak lawak pun. Second telaga dia bagi tahu lagi tu telaga. HAHA. lowyar buruk jugak. Yang kitorang ni tak mampu nak gelak sebab hambar sangat. HAHA
|
Kipas rosak |
Jumpa la pencawang elektrik dalam perjalanan. Kat sini line laju huuu. boleh live update. keh keh. Kat situ jugak ada dua laluan berbeza. Lagi sekali dia buat lowyar buruk. HAHA. Sekali tembus jalan yang sama je. ceitt. haha Pukul 9.30 kitorang sampai windmill. Tapi tak boleh masuk la nanti dikira menceroboh. So dia pun bawak la pergi tepi pantai yang banyak tangga tu.
Subhanallah. Sungguh cantik yang amat. Angin bayu laut wah wah. Rasa macam nak duk lama je kat situ. Sungguh.
Sangat menakjubkan. Kat hujung pantai tu ada satu
tempat tersorok sebalik batu camtu.. Kalau amik gambar kat situ fuh seriously cantik laa.
|
Atas windmill |
|
Nampak sebalik batu tu? Boleh la tangkap gambar kawen kat situ |
|
Ombak rindu |
Jebat (bukan nama sebenar) kata kalau kitorang turun sampai bawah tu.. kitorang boleh rasa bayu percikan ombak. Boleh tidur kat situ... Sayangnya aku malas nak turun bawah sebab malas nak naik balik. Takpe, ni memotivasikan aku untuk datang lagi kat sini... :D Make sure korang
datang pagi-pagi takde orang. Time kitorang pergi ni pertengahan bulan Februari alhamdulillah la tak hujan. Bulan Mac nanti akan ramai orang sikit... So untuk privacy dan ketenangan kurang la. Bagi aku memang best kalau untuk retreat pergi bulan Feb. Kalau pergi dengan family dan anak-anak kecil better pergi bulan Mac sebab ada bunga api dan lain-lain. Meriah lah.
Bagi aku, aku suka sangat long beach ni bila takde orang. Wuu.. Rasa macam pantai tu kita yang punya. Heaven sangat. On the way balik tu kitorang turun slow-slow sebab licin sikit. Bahaya boleh tersungkur sebab laluan kitorang naik ni macam tanah pasir. Sambil-sambil tu borak-borak la dengan Jebat. Sungguh berahsia sangat dia ni. HAHA Sungguh aku curious.
|
jebat malu-malu haha. Macam assasin je.. |
|
Otw balik hiking |
|
Nenas hutan.. Rasa macam kat luar negara lak.. |
|
Kedai tak buka lagi musim ni |
Bila balik je dari long beach, kitorang dah lapar gila dah ni
terus singgah Ewan's Cafe kat laluan long beach tu. Pergh kalau tengok banner dia memang mengancam habis. Tapi tu belum lagi bila order masakan dia pergh sebijik macam dalam banner.
Puas hati sebab portion dia besar jugak dan sedap jugak. At least dia
buat dengan penuh kasih sayang. Haha.
Oh lupa ingat nak ajak Jebat makan sekali tapi bila dia tanya nak belanja ke.. Krik Krik bunyinya. Dia kata dia dah masak nasi goreng. Kalau tahu jumpa kitorang boleh masak lebih.. Memang rezeki kitorang kat Ewan's Cafe ni.
Tomyam dia sedap sebab bukan macam tomyam siam tapi lebih kepada tomyam melayu tapi pekat. Aku pi order
Sup Perhentian pergh haha rasa tomato. Dah ada description dah tapi gatal nak cuba. Bukan taste aku walaupun kawan aku kata sedap.
|
Restoran Ewan's Cafe yang sangat umphh! |
|
Calamari tu sotong okay haha |
Lepas makan kitorang bergegas ke bilik siap-siap untuk
check out dan naik boat pukul 12pm. Boat petang last pukul 4 so make sure tak tertinggal. Sampai jeti, kitorang beli cenderamata macam keychain, fridge magnet n t-shirt. Harga lebih kurang je macam kat pulau. Cuma aku perasan t-shirt kat pulau lagi murah. Kat jeti dalam rm28 warna hitam tapi kat pulau haritu kurang dalam RM25 kot. Ada je RM10-20 ikut kualiti.
Maka berakhirlah coretan aku ke Pulau Perhentian. Gambar balik simpan untuk sendiri-sendiri je. Cuma kali ni naik boat duduk depan asik terpercik je air. Haha. Rindu 200% dengan Perhentian. HUHU. Kalau korang nak gi ajak aku sekali boh. Banyak aktiviti aku tak gi lagi kat sana.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yang tak seberapa ni.
No comments:
Post a Comment