Tuesday, 8 March 2011

GAGAK bukan bodoh !


Apalah salahku :(

Gagak : seringkali kita memandang hina dan keji pada haiwan ini. Apakah salah mereka ? Mereka juga makhluk Allah. Malah ada juga yang sanggup membunuh haiwan ini kerana mengganggu penempatan mereka (di Amerika : membunuh haiwan ini sah disisi undang-undang).

Pada zaman dahulu kala, gagak dianggap simbol kekuatan maharaja. Malah di Eropah, gagak sangat dihormati. Ia terkenal sebagai simbol sebuah kerajaan yang berkuasa. Bagi masyarakat Asia pula, gagak digunakan sebagai agen pembersih secara biologi : membersihkan mayat-mayat yang mati di medan perang. Hal ini kerana, kedua-dua pihak yang berperang tidak mahu bertanggungjawab. Sekiranya sisa kematian ini tidak dibersihkan, maka wabak penyakit akan merebak keserata tempat.

Mengikut kepercayaan masyarakat Dinasti Manchu, gagak telah diiktiraf sebagai haiwan istana dan tidak ada sesiapa yg dibenarkan membunuh, memburu & mencederakan haiwan ini. Malah, seseorang raja yg ingin menaiki takhta perlulah diterima burung gagak kerana ia adalah simbol kedaulatan negara.

Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, UPM, Dr Jalila Abu, gagak boleh menjadi agen kawalan secara biologi dalam membantu manusia mengawal sisa-sisa pepejal terurai. Gagak merupakan haiwan yang cukup lasak dan mempunyai daya survival yg tinggi.



Bayangkan : gagak boleh makan apa sahaja termasuk plastik. Sistem pencernaannya cukup kuat dan unik sekali. Tambahnya, gagak mampu menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio sesebuah tempat. Ini bererti gagak sebenarnya haiwan yang paling memahami komuniti manusia berbanding haiwan lain.

Gagak mempunyai semangat assabiyah yang tinggi. Gagak hidup secara berkumpulan dan amat menitik beratkan amalan hidup secara komuniti. Seandainya salah seorang seekor anak gagak berhadapan dengan kucing/ pemangsa yang lain, gagak-gagak lain akan bersahut-sahutan bagi menakutkan pemangsa tersebut.

Malah gagak juga berfikiran jauh hahaha. Habitat hutan tidak selamat kata mereka.


Ketua Gagak : Kufikir, keadaan di hutan tidak selamat untuk kita. Eloklah kita membuat penghijarahan ke kawasan berhampiran tempat tinggal manusia. 
Anak Buah Gagak : Bukankah manusia lebih dahsyat lagi berbanding haiwan lain? Disana sini peperangan. 
Ketua Gagak : Hidup kita ini hanyalah sementara. Manusia juga memerlukan kita untuk mengawal sistem biologi disana. Malah kita juga tidak perlu bersusah payah memburu mangsa. Makanan mudah kita dapati disana.
Anak Buah Gagak : Tetapi hamba masih was was. Adakah kita akan diterima dengan baik ?
Ketua Gagak : Bersangka baiklah sesama kita. Manusia merupakan rakan kongsi kita yang baik, malah tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada kita.


Inilah dinamakan : MUTUALISM. (Hubungan diantara dua oraganism yg memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. win-win )

Tambahan pula, lazimnya, gagak senior akan mengajar anak-anak gagak teknik mencari makanan & teknik pertahankan diri secara berkumpulan.


Walaupun najis gagak mempunyai ammonia, namun itu bukanlah faktor pengkaratan yang besar berbanding air hujan. Cuma andaian kita sahaja yang berburuk sangka kepada haiwan ini - mengancam habitat manusia. Malah, Allah berfirman, setiap sesuatu yang aku jadikan bukanlah sia-sia.


Surah Al-Imran : ayat 190-191

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. (190) yakni orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Allah, lindungilah kami dari azab neraka" (191)



"We are innocent"

pss : Info drpd : Majalah Infiniti

5 comments: