Saturday, 11 June 2016

Jadual Bas Percuma SMART Selangor dari Sepang



Harini aku nak balik rumah aku kat Pekan Sepang. Selangor kan ada buat bas percuma SMART SELANGOR dari ERL Kota Warisan (Salak Tinggi) ke KLIA, KLIA 2, Pekan Sepang, Sungai Pelek dan last sekali Tanjung Sepat. Jadi aku main cuba-cuba je.. Tunggu dan tunggu.. Tak sampai2 😅

Tengah menunggu tiba-tiba muncul bas Selangor Free ni.. Tapi yang tu ke banting. Dia kata ke Sepang,  Sg Pelek bas lain.. Abang bas tu tengok la jadual bas Selangor free ni, alih2 dah lepas kul 12 tengahari tadi. 😅 Bas seterusnya pada pukul 4 petang. Maka taknak tunggu lama.. mak aku pun amiklah kat erl ni..

Dah ada jadual ni senang lah takde tertinggal bas...  ðŸ˜‚😂

Ni jadual bas free Selangor ke Tanjung Sepat..


Semoga ada lebih banyak bas free kat selangor.. Takde lah setiap 4 jam... 😂 Apapun bersyukur jugak laa ada bas free..

Wednesday, 2 March 2016

Magnet Hati

Acapkali insan baru akan hadir dalam hidup kita tapi berapa lama agaknya ia akan berada dalam radius perhubungan kita. Ada kalanya ia tersasar sedikit daripada graviti kehidupan kita. Ada yang kembali. Ada juga yang tidak kembali. Untuk insan kerdil seperti aku.. Graviti nucleus hidup aku terlalu rendah sehingga ramai yang tersasar melepasi maksimum koordinat sebuah persahabatan.

Entah.

Aku pun tak tahu

Mungkin aku yang bersalah

Sehingga mereka berjauhan

Mungkin juga nilai kemaafan itu terlalu mahal

Sehingga aku tidak mampu membelinya

Sebab itu aku lepaskan..

Salah aku lagi ke?


Sehinggakan dunia aku seperti ikan di dalam balang kaca. Dikelilingi ramai orang tapi tiada siapa yang boleh masuk ke dunia aku. Dimensi yang berbeza.



Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 2

Hi dear,
bersambung kisah trip ke Pulau Perhentian part 2 punya.

Kalau belum baca Part 1 boleh baca di sini --> Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 1

Ikut kiri orite.

21 Februari 2016

Kekok rasanya nak menaip formal. Seawal jam 7.30 pagi kitorang keluar bilik nak ke long beach. Breakfast tak lagi ni. Tak sabar nak naik windmill. Kat sini pukul 7 pun masih gelap lagi. Matahari tak muncul lagi so siap-siap semua dengan tak mandi lagi keluar hahaha.

Laluan di ombak resort
Lorong ke long beach
Kitorang pun berjalan menyelusuri ombak resort, Erwan Cafe dan Muhsin Chalet. Kitorang memang tak tahu jalan langsung nak naik kincir angin ni. So, Jannah tanya seorang pekerja kat situ.. dia kata ikut satu jalan ni tapi kitorang tak berani so kitorang pergi jalan pantai sebab ada sorang lelaki baju oren ni kata jalan pantai pun boleh.

Memandangkan kitorang semua perempuan, so tak berani nak lalu laluan hiking tu sebab risau faktor keselamatan dan sesat. Jalan sikit je dah boleh nampak pantai. HEAVEN sangat!!! cantik gila macam dalam tv beb. Bunyi ombak yang kuat, takda orang lagi... wuuu seronok sangat!!! Benda paling aku takleh lupa kat Perhentian ni long beach ni laa. best sangat, Adalah beberapa orang yang jogging kat pantai tu.. selebihnya kitorang. Seriously aku rindu ombak long beach... cantik, mendamaikan... dan menenangkan...

Eh abg jebat masuk dalam gambar jugak keke
Long beach

C-06-03 @ 2016
Molek belaka semua posing

Dah puas ambil gambar, kitorang nak panjat la kincir angin. Call abang belalang tu macam mana nak pergi sana. Dia kata lalu sebelah bubu chalet & tanya orang kat situ. Sorang kawan ni tanya la orang yang buat construction kat situ.. Dia kata jalan tutup dan kena naik kat tempat kitorang jumpa tadi. Kitorang ada tanya beberapa orang kat situ tapi hampa tiada jawapan yang memuaskan.

Secara tiba-tiba, Jebat aka mirol muncul. Dia tanya nak naik kincir angin ke. Dia terus offer ikut dia, dia bawak kitorang. Alhamdulillah la ada orang yang sudi bawak kitorang hiking situ. Tapi dia bawak laluan lain bukan melalui bubu chalet tu. Sebelum tu dia mintak izin pak sedara dia dulu. Dia kata pak sedara dia kerja kat situ. (Yang aku dengar, projek construction tu pak sedara dia punya) HAHA

Minda aku dah fikir, pak sedara dia orang kaya ke. (Adeh materialistik sangat) Maka bermulalah ekspedisi kitorang. Dia kata lama dekat setengah jam n suruh set jam. Pukul 9.15am kitorang start naik sampai atas pukul 9.30am. 15 minit je hiking weh. Tapi ni baru permulaan hehe. Otw naik tu senyap je tak banyak cakap pun. Tetiba sampai satu telaga. Dia bagitau kitorang yang tu telaga. Okay tak lawak pun. Second telaga dia bagi tahu lagi tu telaga. HAHA. lowyar buruk jugak. Yang kitorang ni tak mampu nak gelak sebab hambar sangat. HAHA

Kipas rosak

Jumpa la pencawang elektrik dalam perjalanan. Kat sini line laju huuu. boleh live update. keh keh. Kat situ jugak ada dua laluan berbeza. Lagi sekali dia buat lowyar buruk. HAHA. Sekali tembus jalan yang sama je. ceitt. haha Pukul 9.30 kitorang sampai windmill. Tapi tak boleh masuk la nanti dikira menceroboh. So dia pun bawak la pergi tepi pantai yang banyak tangga tu.

Subhanallah. Sungguh cantik yang amat. Angin bayu laut wah wah. Rasa macam nak duk lama je kat situ. Sungguh. Sangat menakjubkan. Kat hujung pantai tu ada satu tempat tersorok sebalik batu camtu.. Kalau amik gambar kat situ fuh seriously cantik laa.

Atas windmill
Nampak sebalik batu tu? Boleh la tangkap gambar kawen kat situ


Ombak rindu
Jebat (bukan nama sebenar) kata kalau kitorang turun sampai bawah tu.. kitorang boleh rasa bayu percikan ombak. Boleh tidur kat situ... Sayangnya aku malas nak turun bawah sebab malas nak naik balik. Takpe, ni memotivasikan aku untuk datang lagi kat sini... :D Make sure korang datang pagi-pagi takde orang. Time kitorang pergi ni pertengahan bulan Februari alhamdulillah la tak hujan. Bulan Mac nanti akan ramai orang sikit... So untuk privacy dan ketenangan kurang la. Bagi aku memang best kalau untuk retreat pergi bulan Feb. Kalau pergi dengan family dan anak-anak kecil better pergi bulan Mac sebab ada bunga api dan lain-lain. Meriah lah.

Bagi aku, aku suka sangat long beach ni bila takde orang. Wuu.. Rasa macam pantai tu kita yang punya. Heaven sangat. On the way balik tu kitorang turun slow-slow sebab licin sikit. Bahaya boleh tersungkur sebab laluan kitorang naik ni macam tanah pasir. Sambil-sambil tu borak-borak la dengan Jebat. Sungguh berahsia sangat dia ni. HAHA Sungguh aku curious.

jebat malu-malu haha. Macam assasin je..

Otw balik hiking


Nenas hutan.. Rasa macam kat luar negara lak..

Kedai tak buka lagi musim ni
Bila balik je dari long beach, kitorang dah lapar gila dah ni terus singgah Ewan's Cafe kat laluan long beach tu. Pergh kalau tengok banner dia memang mengancam habis. Tapi tu belum lagi bila order masakan dia pergh sebijik macam dalam banner. Puas hati sebab portion dia besar jugak dan sedap jugak. At least dia buat dengan penuh kasih sayang. Haha.

Oh lupa ingat nak ajak Jebat makan sekali tapi bila dia tanya nak belanja ke.. Krik Krik bunyinya. Dia kata dia dah masak nasi goreng. Kalau tahu jumpa kitorang boleh masak lebih.. Memang rezeki kitorang kat Ewan's Cafe ni. Tomyam dia sedap sebab bukan macam tomyam siam tapi lebih kepada tomyam melayu tapi pekat. Aku pi order Sup Perhentian pergh haha rasa tomato. Dah ada description dah tapi gatal nak cuba. Bukan taste aku walaupun kawan aku kata sedap.

Restoran Ewan's Cafe yang sangat umphh!


Calamari tu sotong okay haha

Lepas makan kitorang bergegas ke bilik siap-siap untuk check out dan naik boat pukul 12pm. Boat petang last pukul 4 so make sure tak tertinggal. Sampai jeti, kitorang beli cenderamata macam keychain, fridge magnet n t-shirt. Harga lebih kurang je macam kat pulau. Cuma aku perasan t-shirt kat pulau lagi murah. Kat jeti dalam rm28 warna hitam tapi kat pulau haritu kurang dalam RM25 kot. Ada je RM10-20 ikut kualiti.

Maka berakhirlah coretan aku ke Pulau Perhentian. Gambar balik simpan untuk sendiri-sendiri je. Cuma kali ni naik boat duduk depan asik terpercik je air. Haha. Rindu 200% dengan Perhentian. HUHU. Kalau korang nak gi ajak aku sekali boh. Banyak aktiviti aku tak gi lagi kat sana.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yang tak seberapa ni.


Monday, 22 February 2016

Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 1

Hello guys. Alhamdulillah saya sudah selamat sampai di Selangor setelah dua hari yang limited bergambar sakan di Pulau Perhentian Kecil.

Kitorang pergi 2 hari 1 malam je ekoran kesuntukan masa dan duit. Yelah kitorang kan baru kerja. Nak amik cuti pun takut-takut. Ahahah. Pakej kitorang RM170 (Accommodation, snorkelling dan boat) + BBQ RM30. Ada jugak yang kitorang tak puas hati, huhu

TBS

Itienary

19 February 2016, Jumaat

11pm: Bertolak ke Kuala Besut daripada TBS

20 February 2016, Sabtu

6.50am: Tiba di Kuala Besut
7.30am: Breakfast
8.30am: Jalan kaki ke Jetty (30 minit naik boat)
10.00am: Sampai di Pulau Perhentian Kecil
10.30am: Snorkelling
2.00pm: Lunch di Fisherman Village
4.30pm: Selesai Snorkelling dan tidur di bilik
6.30pm: Jalan tepi pantai & tengok sunset
8.00pm: Dinner (Long Beach tutup takde firework/show)

21 February 2016, Ahad

7.30am: Jalan ke Long Beach
9.00am: Naik kincir angin
10.30am: Brunch
12.00pm: Naik boat & balik


19 Februari 2016

Dari Cyberjaya, aku naik bas ke Putrajaya Sentral RM1.50, lepas tu naik ERL ke TBS RM8. Al-maklumlah ERL dah naik harga. Satu stesen je pun dah sampai RM8. Memang sedih gila. Aku keluar pukul 8.40pm dari rumah sampai sana pukul 10pm camtu.

10.30 pm delay sampai 11.15pm

Perjalanan daripada Terminal Bersepadu Selatan, TBS ke Kuala Besut mengambil masa hampir 8-9 jam. Bas kami bergerak pada pukul 11.15pm (delay 45minit) dan sampai Kuala Besut hampir subuh gajah. Dalam pukul 6.50am macam tu. Kami naik Perdana Ekspress. Dalam bas memang tak ramai sangat orang. Ada la tak lebih 10 orang macam tu. So heaven la! Bas ni tempat duduk dia luas sikit. Selesa nak tido dan jalan jauh.

Kedai runcit yang bukak awal

20 Februari 2016

Sampai je terus kami cari surau. Kat surau tu kami mandi dan terus tukar baju untuk snorkelling. Wuu. Dari stesen bas Kuala Besut, ada banyak gerai2 makan dan kedai runcit. Disebabkan kitorang datang pagi sangat, ada beberapa buah kedai je yang bukak termasuk 7e. Kitorang singgah breakfast kat kedai makan situ, agak mahal la jugak (RM3 bagi aku mahal. Sama harga macam kat Cyberjaya) tapi yang tak bestnya sebab dia tak bagi self service. Nasi goreng pun dia cedokkan. Huhu.

Sepanjang pantai di jeti

Dah siap breakfast, jangan lupa beli air dan roti ye :) Nanti snorkelling penat dan lapar. Terus kami singgah jeti untuk naik boat. Lama tunggu jugak hampir sejam kat situ. Dalam pukul 9 lebih baru dapat naik boat. Boat dia sempit sikit dahla kena duduk sebelah lelaki. T_T

Naik je boat, ombak kemain besar. Sakit bontot weh. Terhenjut, terhentak bagai. nasib baik tak melambung. Ada mat salleh tu melambung sampai terhantuk kepala. hahahaha. Tapi fun gila. Kecoh suasana dengan jeritan nyaring dan manja kitorang dalam boat tu. Ada yang rilek je macam dah biasa. Yang kitorang first time ni memang galak la gelak, jerit bagai.

Naik boat dekat 30 minit jugak la baru sampai jeti perhentian kecil. Kitorang stay kat Shari-la, boleh nampak dari jauh. Cantik gila la air dia. Biru kehijauan tak perlu nak edit dah. Masuk bilik je dah abang long call suruh pergi snorkel. Katanya boat dah tunggu kitorang. Tapi hampeh rupanya kitorang yang kena tunggu boat. Kat depan pantai tu je kitorang pakai snorkelling equipment. Ada seorang pak cik tu ajar kitorang pakai snorkel siap speaking lagi, haha. Kat pulau ni memang biasa dah diorang cakap English. Sampai tukang sapu sampah pun boleh speaking.

Keep calm and snorkeling

Bak kata abang boat snorkeling kitorang, pulau ni dulu banyak mat salleh so diorang dari kecik dah pandai speaking. Dia kata dia generasi ketiga kat situ. Atuk nenek dia memang asal orang situ. Kat Fisherman Village ada sekolah & rumah besar yang cantik kat situ rumah cikgu. Katanya lagi, kat sini kalau musim monsun tak boleh keluar masuk pulau. Kena ready stock awal2 & pancing ikan untuk makan.

Coral Point snap snap

Tempat pertama kitorang snorkelling kat Coral Point. Point ni tepi pantai je. Aku masuk je laut kecewa sebab takde apa-apa pun. haha. So aku pergi main jauh sikit. Subhanallah cantik gila lagi2 bila ikan melekat dengan kau nak cium-cium kau. Hahaha. Coral kat sini pun memang cantik. Macam-macam jenis dan warna lagi. Ada yang tajam, panjang, macam rumpai, ada warna hijau.. Macam-macam lagi. Ikan putih belang-belang banyak kat sini..

Coral Point air jernih

Tapi aku tak meneroka jauh sangat sebab aku takut tetibe air jadi hitam. Cuak aku. Untuk yang tak tahu, kalau lautan tu macam gelap je kehitaman tu maksudnya ada terumbu karang aka coral kat bawah tu.. Aku ni yang tak tahu takut je kenapa tetiba warna hitam ni. haha. Bila aku patah balik kat kawan2 aku baru rasa selamat sikit. HAHA. Sumpah aku tak berani jejak batu karang tu. Kawan-kawan aku luka dalam sebab batu karang. Darah mengalir tak henti-henti. Kesian sangat. huuu.

Cangkerang yang tak dapat bawak balik, hanya bawa balik gambar sahaja

Lepas tu kitorang dibawa ke Fish Point. Kat sini bukan tepi pantai, kitorang pergi part dalam sikit. Abang boat tu kata jangan pergi tepi pantai bahaya. Aku lupa pulak sebab apa. Sebab ada ikan beracun kut kat situ. So dia bawak kitorang pergi sarang nemo. Ikan-ikan kat sini cantik2 ada warna biru, hijau, oren dll. Rasa nak pegang-pegang haha. Tapi bila nak pegang semua lari. Abang boat ni ada bawak roti so berkejaran la ikan datang situ. Sampai jari aku pun dianggap roti agaknya. Rasa macam diorang nak gigit je tangan aku. Haha. Terus aku sorok tangan.

Campak roti dia mai la

Sebenarnya, tak digalakkan bagi ikan makan roti kat sini sebab ikan sepatutnya makan2 yang mati untuk bersihkan kawasan tu. Nanti tak bersih la kawasan tu kalau ikan asik makan roti je. So korang jangan bagi dia makan roti okay. Nanti next time melawat Perhentian lagi dah tak secantik dulu pulak. Salahkan lah diri korang tak jaga alam kita untuk generasi akan datang. Ceh.

Lepas tu kitorang nak pergi Shark Point tapi ombak besar pulak. So kitorang pergi Turtle Point. Kitorang tak turun sebab dah penat dan sejuk. HUHU. Kebetulan pulak penyu tak banyak kat situ. Tapi ada lah nampak sekor dua dari jauh. Besar gila penyu tu, HUHU.. aku ingat kecik macam kura-kura je rupanya besar kot. Abang tu kata penyu ni akan naik setiap 20 minit untuk ambik udara. Jenuh la nak tunggu 20 minit kan haha. So kitorang tengok dari atas boat je. hehe

Restaurant kat belakang kedai runcit

Lighthouse

Lepas tu kitorang pergi singgah makan di Fisherman Village. Abang boat tu bawak kitorang singgah makan kat belakang. Tapi tak kena dengan tekak kitorang. Agaknya makanan berlauk kat situ yang sedap kot berbanding nasi goreng. Tapi lama jugak tunggu huhu sampai rasa nasi dah tak panas. harga nasi goreng je RM9-RM15. Harga milo ais RM4!

Fisherman Village

Lepas makan lama kat situ kitorang singgah Lighthouse. Kat tengah-tengah laut tu dah la ombak agak kuat so kitorang tak berani nak turun. huhu. Bawah tu terumbu karang. Rasa rugi pulak tak singgah sob. Lepas tu kitorang chow pergi last point kat Romantic Beach. Air dia keruh sikit la nak snorkelling tak best. Mandi manda boleh laa kat situ. Mat Salleh pulak  sun bath kat situ. Kitorang main air, panjat batu & amik gambar je. Xde nak thrill sangat. haha.

Romantic Beach

Romantic Beach 

Jalan-jalan keliling pulau

 Disebabkan banyak snorkeling point kitorang tak gi, abang boat bawak pusing pulau tapi tak dapat belah sana sebab ombak kuat sangat belah long beach tu. Dia ada tunjuk tempat penyu bertelur tapi biasanya boleh pergi bulan 3 or 4.


Sunset di jeti
 Habis je snorkeling, naik bilik dan tido. HAHA. Petang pulak kitorang keluar beli kopok sambil menikmati sunset. Sayangnya sunset tak dapat tengok full sebab dilindungi awan. huhu

Sunset di Shari-La
 Lepas boring kat pantai kitorang balik kat Shari-La ada sunset point tapi sebab awan tutup tak nampak la sunsetnya. Aku rasa sesiapa boleh je masuk Shari-La ni sebab takde pagar pun hehe.

Malam pulak kitorang BBQ yang hambar kat Dini Restaurant. Tak best langsung. Dahla kitorang bayar RM30 kot dapat 5 ketul ayam bakar kecik takde sos apa suma. KOSONG dan KECIL. Aduhai bakar macam tak ikhlas je... tak masak pulak tu.. Lepas tu dia bagi ikan bakar 4 ketul (4 orang), nasi goreng kosong + air sirap kot. Tu je RM30!!! Sedih gila laa! Kedekut gila belalang holidays ni. Kitorang makan sotong celup tepung tomyam pun lagi tak sampai RM30 tau sorang. T_T TOTALLY SAD.

Untuk menghiburkan hati yang lara, kitorang ingat nak pergi long beach. Lagi2 bulan penuh. huhu Tak sampai separuh berjalan dah patah balik2. Masing-masing cuak. Lorong dia gelap, kitorang pulak semua perempuan.. bahaya kut. Pagi esoknya baru ktorang pergi long beach. Dalam hati nasib baik tak pergi long beach malam tu sebab jauh kot. huhu.

Balik bilik terus gossip & tengok tv lepas tu tertido. hehe. Ada sorang kawan tu, Ain dia tak dapat tido sebab dengar bunyi macam2. Aku dah kelaut dah mimpi. haha.

Bersambung part 2...

Trip to Pulau Perhentian Kecil Part 2 <-- Part 2 Update


Tuesday, 16 February 2016

An Inspiring Reply From Him

Secara jujurnya, impian aku untuk jadi programmer dah kabur. Nampak bayang-bayang je. Sob. Sebab aku selalu fikir pasal business je. Sampai aku abaikan impian aku ni. So lepas aku dapat kerja kat ITSD ni, impian aku tu hidup tiba-tiba. Lepas tu aku terus emel Dr. Adamu pasal ni.

Dr Adamu, kalau korang tak kenal, beliau ni seorang pensyarah aku dulu ajar ICT. Banyak subjek ICT aku belajar dengan dia antaranya C++, Operating System etc. Aku tahu dalam kelas aku selalu tidur. Sebab ngantuk. Yela kelas aku dari pagi pukul 9 - 5 petang setiap hari sabtu/ahad sahaja. Kadang-kadang satu hari suntuk berturut-turut hari sabtu dan ahad. Tapi beliau tak pernah putus asa dan kecewa dengan kitorang.

Dr. Adamu selalu senyum dan tegur kitorang. Memang aku tak rapat pun dengan beliau sampai last semester kat UIA baru aku semangat sikit belajar dalam kelas dia. Tapi kadang-kadang aku tak boleh tahan jugak ngantuk. Tapi yelah takde rezeki nak dapat A untuk last subject dengan dia. T_T aku aim A sebenarnya.

Berbalik dengan emel aku pada dia, seperti biasa, dia akan balas emel aku lebih panjang daripada aku emel dia. Dia banyak bagi nasihat kat aku n ada offer juga untuk jadi RA. Terharu huhu.

Antara ayat dia yang best untuk aku share kat sini:

Make sure you learn very fast, so that within 8 - 14 months you'll be a senior programmer, then later to be become independent programmer.

Keep pushing for this, despite whatever task you'll be given, just stay side-by-side and keep pushing for this, since you like it and its your dream.

At this point what you should have to drive you to anywhere is confident, once you have confident half of the dream is achieved.

Please think and act very fast


I WILL DO IT. Thank you for listening to me.
Hope you are always in a good health.

Aku rasa nak amik master bulan September ni. May Allah ease.


Friday, 5 February 2016

5 Hari OJT di MMU Cyberjaya


Beautiful Artwork by MMU Students

Hoyeah. 5 hari dah. Setiap hari awkward.

Ye, mmg aku anti social. Memang aku pendiam. Memang aku introvert. Nak tegur pun malu. Takut tak kena gaya. Lebih baik diam kan. Bukan apa. Pernah sekali tetiba aku menyampuk orang tua sekali jadi lain. Tak masuk. Tu yang aku tak berani borak dengan mak-mak orang. Tak sama jiwa. Aku rasa macam aku ni masih berjiwa kebudak-budakan lagi.

Kalau dulu bila orang tanya umur, aku mesti lagi muda. Tapi sekarang tak lagi. Bila tanya umur, diorang lagi muda. T_T Dah 24 tahun. Rasa macam baru 23 tahun lagi. Ohmai susahnya nak terima kenyataan. Okay dah melalut kelaut.

1. Hari pertama memang takde keje sebab supervisor aku MC.

2. Hari kedua aku diberi tugasan buat Pivot Table. Ngeh ngeh thanks to kak Jiha tolong aku.

3. Hari ketiga aku buat Pivot Table lagi & pindah masuk Power Point.

4. Hari keempat aku disuruh cek nama & jawatan staff seperti dalam sistem.

5. Hari kelima aku masih buat kerja semalam sebab tak siap lagi. Bayangkan nak cek semua nama staff dekat MMU Cyberjaya dan Melaka sekali untuk semua department.

Hari keenam aku enjoy! CUTI CHINESE NEW YEAR sampai la hari Selasa. Baru sempat semalam aku tegur meja akak-akak belakang. Segan sangat sebenarnya sebab meja diorang jauh dengan meja aku. Meja aku pulak dikelilingi lelaki la. Sorang je perempuan. Dah tu sebelum nak ke meja hakak hakak ofis aku, kene lintas meja lelaki dulu. Tu yang aku segan.

**Dr adamu ada reply emel tapi aku masih tak tau nak balas apa. Impian yang mana sepatutnya aku kejar dulu. Masih konfius T_T

**Laptop rosak bak hang mahai benor nak baiki. T_T tak sanggup aku nak bagi cash, so aku transfer online je.

Sekian laporan daripada aku.

Entah la kenapa aku tertarik dengan lukisan ni
Jalan laluan hari-hari
Hujan bila nak balik rumah jalan kaki

Monday, 1 February 2016

Report Duty On job Training SL1M Khazanah

HI MMU

Hi, sorry sebab lambat update OJT aku. Sebab apa? Sebab baru dapat placement :D

Ok mesti ramai nak tahu kan ramai dapat company apa? Okay di bawah adalah senarai company yang kitorang dapat.

1. Continental, Petaling Jaya (Tayar)
2. Baycom (Satelit)
3. MMU Cyberjaya
4. MMU Terengganu
5. Perunding NFL Sdn Bhd, Bangsar Utama
6. APIIT Corporate Training, Seri Kembangan

Rasanya itu sahaja syarikat yang berkolaborasi dengan SL1M Khazanah untuk batch kitorang. Baru sempat post ni sebab laptop rosak. Sebenarnya sebab baru je dapat placement. Sob2. Tak pelah lambat pun berbaloi sebab dapat masuk team yang aku minat.

Btw, sebenarnya harini hari pertama aku report duty. Report duty kat bangunan solo berbentuk oval warna silver depan Dewan Canselor. Lepas tu baru berpecah ikut bahagian masing-masing. Aku dapat kat IT Service Division, MMU Cyberjaya under Pn Fauziah. ITSD ni dekat bangunan FCM ground floor. Iya-iya aku tanya guard kat mana. Sekali dia pun tak tahu haha. Rupanya bilik depan guard tu je sebelah pintu FCM.

Sejuk beku rasa duduk depan laptop ni, dengan tak tahu nak buat apa. HAHA. Nak berkenalan? Tak tahu macam mana macam semua sibuk buat kerja je. Tunggu masa rehat nanti laa. haha.

Oklah. Itu je, nanti aku update balik la. Oh lupa nak bagitau, aku sewa bilik kat Cyberia Smarthome sebelah MMU je. Jalan kaki je aku hari-hari. Kurus sikit. Keh keh. Sewa kat sini masyaAllah mahal gila laa. Satu bilik je dekat RM600. Sob. Melayang duit aku. Tak masuk lagi makan dia pun mak aihhh. Kalau mamak pun mahaiiiii.


Rupa office dalam ITSD
Cyberia Tingkat 8










Sunday, 10 January 2016

The Reasons Why I Really Like B1A4

Hi. Today I am gonna tell you the secret of why I really crazy about this boy band. I will proceed my entry in Malay. Sorry :D


Aku pernah bagitau sebelum ni macam mana aku boleh jatuh cinta dengan B1A4 pada pandang pertama. Aku minat sejak tahun 2014 rasanya bila first time aku tengok MV Lonely. Ada banyak sangat sebab kenapa aku suka idol korea ni. Sebelum ni aku tak pernah minat mana-mana group idol korea. Sekarang pun aku takde fanatik dengan mana-mana group selain B1A4. Exo ke, Big Bang aku tak layan sangat. Meh tengok sebab musababnya! Sebelum tu biar aku perkenalkan ahli-ahli B1A4.

Ni gambar paling natural

1. They made their own songs
Kalau nak tau, Jin Young (Leader) ada bakat menulis dan compose lagu. Banyak lagu yang baru adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Lirik lagu pun banyak dihasilkan sendiri, bukan sahaja Jin Young, tapi Baro dan ahli lain pun banyak membantu. Baro banyak reka lirik untuk part rap dia.

2. They are humble & well manner
Walaupun diorang takdelah kumpulan baru tapi diorang sangat rendah diri terutama kepada senior-senior diorang. Kalau tengok rancangan jemputan diorang ke, diorang jaga percakapan dan adab diorang terutama Jin Young sebagai ketua. Well manner sangat.. Diorang pun tak segan tunduk hormat dekat kumpulan senior yang lain.

3. Their MVs are beautiful & breathtaking
Kalau tengok Music Video dorang memang cantik sangat. Dreamy-like. Style gila lah kecuali MV mula-mula diorang macam Baby I'm Sorry. Kurang cantik & model pun tak berapa. Tapi kalau tengok MV Lonely, Tried to Walk, White Miracle cantik wuu..

4. They are handsome and unique
Okay ni my personal opinion laa. Kelima-lima ahli B1A4 ni handsome dan masing-masing ada karakter masing-masing yang buat korang seronok kalau kenal diorang. Walaupun diorang berlainan karakter tapi diorang complete each other. Tak pernah lagi diorang gaduh besar or perang antara ahli. Boleh kata diorang rapat la antara diorang..


  • Jin Young - Terserlah sifat semulajadi sebagai ketua. Sangat gentleman & baik. Kadang-kadang nakal sikit buat prank n bijak. Pandai buat lagu n pandai berlakon. Ada drama beberapa drama dia berlakon salah satunya Goo He Ra. 

  • Sandeul - Vocal mantap. Banyak menang award & competition sejak kecil. Ada join theater jugak yang terbaru Cinderella. Memang kebudak-budakan sangat tapi bila atas stage berubah jadi lelaki sejati. Sangat-sangat professional dan serius bila atas stage. Tak caya google je sandeul kat youtube. Sangat-sangat determine & buat yang terbaik la. Suka & kuat makan sebab tu chubby sikit. Sandeul yang paling aku minat. 

  • Baro - The only rapper that I like in this world. Aku tak pernah minat mana-mana rapper tapi Baro rap memang best. Tak nampak rock sangat, cool je. Setiap kali dia rap je memang masuk je jiwa aku. Baro ni aktif la jugak sukan, Dia berani tampilkan diri dia & serlahkan bakat dia. Kadang-kadang ada nampak macam dia poyo n bangga dengan diri dia tapi still boleh diterima laa.. tak over sangat.

  • Gongchan - Paling muda dalam group tapi matured. Kalau tengok gongchan ni macam seducer pun ada. Tapi kadang-kadang dia sweet n comel. Ada satu part tu dia comel sangat. Sekarang ni dia jadi pengacara kat A Song For You.

  • CNU - Skema. Eh? Takdelah skema sangat tapi dia tak boleh masuk dengan sifat kebudak-budakan sandeul n baro. CNU ni pemalu sikit n tak berapa sporting kalau dalam show. Tapi suara dia boleh tahan sedap. Kadang-kadang tengok CNU ni macam perempuan tapi kalau dia buat rambut rock takdelah. 

5. They are awesome
Yang ni tak perlu explain. :D


JOM TENGOK MV TERBARU B1A4







Monday, 4 January 2016

My whisper

Tetibe rasa down, putus asa, kecewa dan macam-macam lagi la perasaan. Betul la orang kata "what you give, you'll get back." Kalau dulu aku buat jahat kat orang, lepas tu orang buat balik kat aku.
Tadi aku rasa macam aku muhasabah n nasihat kat diri sendiri tapi sekarang aku dah lupa point nya. 

Sorrylah ni bukan entri yang memberi manfaat ye.. Ni entri melepaskan perasaan kacau bilau yang menyesak dada.

Tadi aku tengok six flying dragon. Best & ceritanya menarik. Haa baru ingat point..

Dalam hidup ni, kita tak terlepas dengan penyesalan. Kalau aku diberi pilihan, memang aku nak balik ke masa lampau dan betulkan balik semua kesilapan aku. Kenakalan, kemalasan, kekurangan aku semua aku nak ubah.. tapi semua tu mustahil. Apa yang kita boleh ubah hanyalah masa depan kita. Siapa kita dahulu tidak menentukan kita pada esok hari, tapi siapa kita sekarang yang akan menentukan siapa diri kita pada masa akan datang.

Impian yang kita inginkan... azam kita... itu yang patut kita fokuskan sekarang daripada frust menonggeng kene tinggal dengan awek. Move on! Ceh cakap senang lah kau tak rasa. Sorry aku dah rasa banyak kali. Undur tak bermaksud kita kalah, tapi kita menang melawan perasaan kita sendiri. Kita kan kuat.

Semua orang diciptakan dengan kekuatan yang tersendiri. Kadang kita tak nampak kekuatan tu.. Kita kena percaya pada diri sendiri yang kita kuat  Walaupun tak sekuat Keluangman, Cicakman... tapi kita kuat dan hebat  noktah.

Aku ada satu sifat yang aku tak tahu nak buang ke mana. Aku takkan buat bersungguh-sungguh pada sesuatu kalau aku tak yakin dengan keputusannya. Senang cakap, kalau dalam hati aku rasa kalah lah ni.. aku akan buat ala kadar untuk lepas je. 

Tapi kalau aku yakin dengan keputusannya (99% aku yakin yang aku akan berjaya) Aku akan buat dengan seperfect yang mungkin. Flawless. Time ni baru sel otak aku berhubung dengan pantas.
Hidup ni bermain dengan angka, probability, statistics, forecast... tapi kita tak sedar. Otak kita hari-hari mengira. Contoh nak pergi kerja, kalau jem harini, pukul berapa sepatutnya gerak. Kalau nak beli barang, mesti kita akan fikir n compare barang yang lebih tahan. Contoh lagi, kalau nak buat keputusan, mesti kita akan ukur baik buruk & impaknya keputusan kita nanti.

Dah melalut pulak tetiba. Oklah. Oh yaa, aku belum dapat lagi placement on job training. Sob sob, doakan la yang terbaik. Untuk sedapkan hati, lambat belum tentu tak elok kan? Mungkin itu lebih baik. Harap-harap aku tak dapat kat kemaman. Sebab aku nak duduk kat KL & capai impian aku tahun ni.

Mohon maaf ya kalau ada yang terasa, tersinggung dan lain-lain perasaan negatif yang hadir daripada entri aku ni. Aku maafkan korang! Okay bye. Assalamualaikum.


Sunday, 3 January 2016

Cara Daftar Syarikat di SSM KL Sentral dengan Menaiki Transport Awam

Assalamualaikum hi semua.

Alhamdulillah hari khamis yang lalu bersamaan 31 December 2015 aku berjaya daftar syarikat. Aku buat kat KL Sentral. Jenuh aku mencari bangunan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak sangat bangunan aku dah confuse walaupun kat luar KL Sentral je. Berapa kali tah aku tanya orang.

Macam mana nak pergi SSM di KL Sentral dengan transport awam?

1. Gigihkan diri anda menaiki bas, lrt, erl ataupun ktm untuk sampai ke KL Sentral (NU Sentral)
2. Keluar bangunan tu melalui lorong sebelah Chatime. Ada satu je kedai Chatime kat situ or boleh tanya Customer Service dia dekat je dengan kedai Chatime tu
3. Dah keluar nanti anda akan nampak banyak gila bangunan tinggi sampai tak dapat baca pun tu bangunan apa. Haha. Lintas jalan kat sebelah kiri.
4. Lintas jalan guna laluan pejalan kaki. Jangan lupa tekan butang kat traffic light tu. Korang boleh nampak dari jauh ramai orang lintas.
5. Dah lintas, jalan ikut je laluan pejalan kaki berbumbung. Bangunan SSM disebelah kiri anda.
6. Korang akan nampak bangunan tu seperti gambar di bawah


7. Bangunan SSM adalah bangunan yang ada banyak petak2@block kat bangunan tu. (Kedua dari kanan)
8. Dah nampak? Okay so naik tangga ke arah bangunan tu.
9. Kat depan tu ada tulis SSM besar2 tapi pintu masuk utama dia kat belakang. So korang pergi belakang. First korang akan jumpa satu pintu masuk tapi bukan yang tu. Kat depan tu ada beberapa mesin SSM. Kat dalam tu ada lif jugak tapi bangunan tu untuk carpark je. Tak percaya korang masuk naik lif pergi tingkat 14. Tingkat 14 tak wujud. haha
10. So pergi belakang akan jumpa glass door. Bila masuk akan jumpa ATM mesin Bank Rakyat dan kaunter besar2 SSM.
11. Naik lif tingkat 14 disebelah kanan anda.
12. Dah sampai. Nanti ada dua pintu masuk. Pilih bahagian pendaftaran kot. (Part ni aku dah lupa)

Amik nombor giliran anda. Tekan A untuk daftar guna nama sendiri, Tekan B untuk daftar nama tred (nama rekaan). Pastikan borang anda di cek di Kaunter 12 sebelum nombor giliran anda dipanggil.

Document Penting Pendaftaran Syarikat

1. Borang A
2. Borang PNA 42 (Bagi yang menggunakan nama Tred)
3. Salinan IC Pemilik & Rakan Kongsi

*Abaikan Borang PNA 42 sekiranya anda tidak menggunakan nama tred.
**Isi borang dan bawa borang & IC siap2 dari rumah bagi memudahkan proses pendaftaran
**Baca Panduan dan Contoh borang lengkap disini. Sekiranya anda tidak dapat download borang menggunakan link di atas, sila download borang A dan borang PNA 42 disini.

Setelah nombor giliran anda dipanggil dan pembayaran dibuat, sila pergi ke kaunter 12 dan tunggu sehingga nama anda dipanggil. Berikan resit yang anda dapat tadi untuk dicop dan sila semak semula surat pengesahan pendaftaran sekiranya terdapat kesalahan ejaan @ lain2.

**Penting supaya korang tak perlu ke sini lagi untuk tukar. Aku punya ada sikit salah ejaan terus tanya balik kat abg hensem kaunter 12 tu. :P

----------------------------------

Lama jugak tunggu dekat 2 jam untuk uruskan pendaftaran sebab ramai sangat orang haritu.
*Bergantung kepada masa dan ramai orang jugak. Ada yang kata 30 minit je dah siap


Borang PNA42

Resit